Total Pageviews

Friday 14 October 2016

Japan-Korea Trip Day 7: Ihwa Mural Village & Nami Island

Assalamualaikum. 

Anyeohaseyo.

Hi! 


Tak sabar nak habiskan lagi satu, dua entri. Then, boleh fokus pada trip early December nanti. This trip will be the longest trip so far. Tak sabar!!!! 


Awal pagi hari ke-7, kami plan nak ke Ihwa Mural Village memandangkan lokasi ini berdekatan sahaja dengan tempat penginapan kami di Hyehwa. Kalau dari Hyehwa station, keluar Exit 2. Ini adalah kali kedua aku ke sini. Tempat ini adalah one of my favourite places selain Nami Island. Dulu aku ambil Exit 1. Jauh kena menapak. Better ambil Exit 2 demi kesejahteraan kaki anda. Gambar di bawah cuma sebahagian daripada gambar yang diambil. Yang lain tu boleh tengok di entri A Winter Story: Korea Trip Day 5 - Street Art Ihwadong .  






Akibat kebosanan menunggu  lelaki dua orang tu, terpaksa lah cari idea untuk menghilangkan kebosanan melampau. Maka, terhasil lah gambar lakonan tak seberapa menjadi ini.






Kalau ambil exit 2, jalan ke depan sikit then nampak signboard di atas. Teruskan berjalan dan anda akan dapat melihat banyak mural art yang cantik dan kreatif.




Elephant!!!!











Memandangkan hari ini adalah Christmas Day, banyak lah Korean keluar berjalan memenuhi kawasan tumpuan pelancong termasuklah di Ihwa Mural Village. Kemudian nampak geng gadis remaja berlima di atas. Kami tawar diri ambil gambar mereka. Agak-agak berapa umur mereka ni? Lepas ditanya, rupa-rupanya baru 14 tahun. Tapi dah terror pakai foundation dan lipstick merah menyala okeh. Aku umur 14 tahun satu muka penuh jerawat plus sunburn tahap kritikal. Steady je keluar rumah belemoih pakai tudung senget-senget. Remaja sekarang memang advanced.


Pernah tengok 2 Days 1 Night Season 3 episode Teacher All-Stars? Dalam reality show tu, salah seorang cikgu ada cerita tentang masalah melibatkan pelajar perempuan di sekolahnya yang suka memakai makeup di sekolah. Memang di sekolah tak membenarkan pelajar pakai makeup pun. So guru perempuan memang  dah sediakan cleanser dan arahkan mereka ini mencuci muka masing-masing. Bukan student dia je kuat makeup, student aku pun 2X5. Tengah perhimpunan boleh dia sapu lip gloss sambil tengok cermin. Aku perhatikan je dari jauh. Aleh-aleh terperanjat tengok aku ada depan dia. Be careful ye students. Anda sedang diperhatikan!(sambil bagi jelingan maut) Hahaha.






Antara famous arts di Ihwa Mural Village. Kalau nak ambil gambar terpaksa beratur .













I came back after a year and found my handwriting is still there. Terkilan tak bawak marker pen untuk update kedatangan aku selepas setahun di Ihwa Mural Village. Amalan meconteng di Korea adalah sebahagian dari art kot. Merata-rata tempat ada kesan conteng sampaikan dekat bangunan KBS pun tak terkecuali. Try buat dekat bangunan Sri Pentas TV3. Silap haribulan jadi viral dan masuk TV3 free!








Tak senonoh lelaki dua orang ni. Ada je idea mengarut bikin orang ketawa.




Next destination is Nami Island. Memang rugi kalau datang Korea tapi tak terjah Nami Island sebab view Nami Island memang amazing. Kalau boleh nak terjah setiap seasons tapi kekangan cuti menjadi penghalang utama. Memang impian nak datang Nami Island ketika salji penuh menutupi bumi. Malangnya impian belum kesampaian lagi. Mungkin the best month is in January. Walaupun kali kedua ke sini, tapi tetap pening dengan train nak ke Gapyeong. Perjalanan memakan masa selama satu jam. Dalam train memang seat full. Kami dengan penuh keyakinan duduk bersila atas lantai je. 


Dari Gapyeong station, kami ambil bas untuk ke Nami Island. Ada dua station bas di luar station Gapyeong. Yang menghala ke Nami adalah station bas di seberang jalan. Anda perlu melintas ke seberang jalan untuk ke sana. Masa ni ramainya manusia beratur nak naik bas. Hampir majoriti bersama pasangan masing-masing. Sambil menunggu, kami makan dulu bekalan roti yang ditapau. Harga sehala menaiki bas ke Nami Island adalah 1000 won.






Tiket ke Nami Island masih sama harganya iaitu 8000 won.






Crowded







Tiba-tiba nampak orang tengah shooting. Dari jauh nampak macam budak perempuan dengan lelaki dewasa. Terus usha dengan lebih dekat. Rupa-rupanya, Choo Sarang!!!!!!!!!!. Mereka tengah shoot The Return of Superman. Tapi bila tengok episode ni dalam tv, part dekat Nami Island pendek je. Banyak yang dah di cut.







Choo Sarang nampak tak selesa dengan orang ramai. Ada sekali tu nampak dia nangis tapi berjaya ditenteramkan oleh ayahnya. Bagi yang tak pernah menonton The Return of Superman, boleh lah layan di youtube or 391 (KBS World). Choo Sarang ni antara anak celebrity yang agak popular di Korea dan Jepun. Tapi sekarang Choo Sarang dan ayahnya dah out dari rancangan tu.







Kali ni datang Nami ada beberapa snowman siap dengan baju traditional negara masing-masing. Yang paling kiri tu,  snowman Malaysia. 






Baru jalan sekejap, dah lapar. Terus kami ke restoran Asian Cuisine. Restoran ni serve menu halal. So, dont worry. Walaupun kali kedua ke Nami Island, aku tak terasa lagi nak makan nasi goncang. Nampak macam so so je nasi goncang yang sering dihebohkan dalam blog tu. Sedap ke tak?






Menu di atas always be my favourite kalau ke Nami Island. Rice with spicy stir-fried octopus and vegetables. Kawan aku yang lagi tiga tu order yang with grilled chicken. Pada aku, Korea octopus tetap the best. Terus terliur.




 This is mine!






 


Kali ni datang Korea aku tak beli banyak souvenir sebab dah banyak membeli masa trip lepas. Just beli fm di Nami Island sebab ada tulisan Nami Island walaupun harga boleh tahan mahal. Masa aku pergi tahun 2014, 1000 won lebih kurang RM 3.20. Trip kali ni, selepas setahun 1000 won bersamaan RM 3.80. 





Make your wish




Hari dah mulai gelap. So, kami plan nak ke Myeondong pula. Masa tunggu train dekat Gapyeong station, kawan aku yang pakai cap tu hilang. Kami ingatkan dia main-main je. Puas kami bertiga mencari satu station. Nak dijadikan cerita, kami kena tukar train di Dongdaemun station nak ke Myeongdong. Aku dan Cik Y, nak ke tandas. On the way nak ke tandas, ternampak mamat tu. Hahaha... Macam tak sangka boleh jumpa dekat Dongdaemun station. Nasib terasa nak ke tandas. Kalau terus ke Myeongdong, memang tak jumpa dah mamat tu. Kami ada tanya, macam mana dia boleh hilang. Katanya, dia slumber je naik train tanpa sedar sebab terlalu mengantuk. 



Dekat Myeongdong ni lah kami berjaya menyaksikan snow fall. Tengah sibuk berjalan, aku perasan benda putih atas winter coat aku. Aku ingatkan taik burung. Bila pandang langit, taraaaaa.................... Dah ada tanda-tanda snow nak turun. Terus berdoa dengan harapan snow semakin lebat dan lebat.







Masa nampak langit time ni, terasa sangat teruja. Speechless.





Tunggu snow sambil makan odeng dan tteokbokki tepi kaki lima. Memang terbaik tteokbokki dan odeng mak cik ni. Spicy! Sampai aku repeat beli next day. Sebekas ni kalau tak salah 2000 won.





Goguma







Salji semakin lebat


Kami balik ke hostel pukul 12 malam lebih. Naik taxi sebab train dan bus dah nan hado. Puncanya kami boleh marathon ke tandas dekat Myeongdong station sebab sakit perut. Naik taxi dari Myeongdong ke Hyehwa kena lebih kurang 20000 won. Mahal gila tapi terpaksa. Tak kan nak jalan kaki tengah malam sambil menyaksikan snow fall.







Hari ni merupakan hari terakhir kami berempat. Esoknya kawan lelaki aku akan ke Ho Chi Minh pulak. Aku dan Cik Y akan meneruskan misi ke local university.


Bye!




Sunday 9 October 2016

Japan-Korea Trip Day 6: Myeongdong & Dongdaemun

Assalamualaikum. 


Entri sebelum ni aku ada story yang kami overnight di Terminal 2 Kansai International Aiport untuk ke Korea. Jom sambung story. Mood menaip dah mai balik dah.


Kami overnight di airport sahaja disebabkan flight ke Incheon lebih kurang pada pukul 8.30 pagi. Tak berbaloi sangat nak check in hotel. Berjaya juga aku tidur dengan lena di atas kerusi tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang. Pada pukul 4 pagi lebih, kami bangun dan terus ke toilet untuk bersiap. Orang dah semakin ramai memenuhi setiap ruang airport. 


Bila kaunter dan mesin Peach Airline dah mula beroperasi, kami try check in sendiri di mesin. Malangnya gagal selepas berkali-kali cuba disebabkan oleh ejaan nama tiada space. Contoh nama sebenar ALIA MAYA jadinya ALIAMAYA. Memang masa isi nama kalau letak spacing melalui website Peach Airline tak boleh nak proceed. Jadinya masa isi online tak letak space pun. Nak tak nak, terus lah kami ke kaunter untuk selesaikan masalah. Staff sana ok je. Siap bagi seat dekat pintu kecemasan. Luas lah sikit ruang kaki. Actually plan nak ke Korea dari Japan datang secara tak sengaja bila Peach Airline buat promo. Tiket flight aku dari Kansai-Incheon lebih kurang RM200 sahaja. 


Dengan beg yang agak besar, kami agak sedikit gabra sebab takut backpack masing-masing tak lepas. Memang ada staff yang menjaga depan pintu masuk dan siap suruh timbang berat beg lagi. Mati lah! Dalam hati dok berdoa semoga lepas. Dengan muka confident, terus masuk tanpa rasa bersalah. Alhamdulillah lepas. Hehehehe.... Perjalanan ke Seoul memakan masa selama 2 jam. Sesi tidur terus bermula.






Pastikan beg anda memenuhi piawaian di atas. Depan pintu masuk ada penimbang kot. Scary!





Tengok lah backpack kawan aku. Siap ada beg extra tepi. Hehehe...




After 2 hours, finally we arrived at Incheon Airport. Anyeonghaseyo!



Sampai airport, terus keluar beli tiket bus ke Hyehwa berharga 10000 won. Actually kalau naik train lagi jimat. Kalau tak salah dari airport naik ITX- Seoul Station lebih kurang 3000 won. Then, dari Seoul Station ke Hyehwa Station 1250 won. Total 4250 won. Boleh jimat lebih kurang 5000++ won. Tapi kelebihan naik bas bila bas stop betul-betul depan station bas area Hyehwa. Lintas jalan terus jumpa Bong Backpacker. Bong Backpacker pada aku tak best sangat disebabkan tiada dapur untuk memasak. Dia just sediakan air panas, roti dan jem je setiap pagi. Hmmmm... Terpaksa makan maggi pakai air panas je kalau dah kebulur sangat. Tandas pulak ade satu je. Bathroom ada dua. Terpaksa berebut kalau nak membuang. Phewwwww....




   

Tiket bus ke hyehwa station. Dapat discount coupon ke Lotte World. Tak berminat nak pergi amusement park.





Lepas mandi, kami plan nak ke Myeongdong. No rest. Badan masih terasa lemah. Bawa Cik Y lepak Yoogane sebab dia belum pernah try makan dekat sini. Sambil makan, kami tunggu dua lagi kawan aku. Dorang memang dah stay Korea beberapa hari. Alang-alang dah sama-sama di Korea, terus plan untuk jumpa dan berjalan sekali. Lama jugak lah menunggu kawan aku ni sampaikan nasi goreng pun dah licin. 







Myeongdong tak pernah sunyi dengan manusia. For street food lovers, Myeondong is one of the best place so far.





Keluar je exit 6, terus nampak lori KBS. Mula lah teruja dan mata melilau mencari-cari pelakon mana yang tengah shooting sekarang. Malangnya, tiada... Hampa! hahaha...



Then ternampak orang ramai mengundi. Aku dan Cik Y pun sibuk juga mengundi walaupun tak faham undi untuk kategori apakah. Hahaha...




 Ramai yang berminat dan tak lepaskan peluang ambil gambar dengan bear gergasi ni. Aku just berminat untuk perhatikan aksi mereka posing for a picture je.




Namja. 

Dua kali datang Korea tak jumpa lagi yang iras-iras  Jo In Sung  mahupun Ji Sung. 



Hari semakin gelap. Next, kami ke station Dongdaemun Cultural Park. Nak cari ikan bakar Dongdaemun yang popular dalam kalangan Malaysian. Before ni aku tak sempat nak merasa pun. Kali ni memang tak lepaskan peluang lah. Kami order makan untuk 4 orang. Ada ikan bakar, sotong dan side dishes. Total untuk sekepala 8750 won. Makan sambil bergelak ketawa. Macam-macam cerita keluar seolah-olah macam dah lama tak jumpa. Meriah sikit bila dah berempat. 





Perut full tapi paksa diri makan juga. Kenyang terus sandar badan di dinding. Kebahagiaan tak terungkap dengan kata-kata.


Aku memang suka sambal sotong dekat Korea. Ishhhh... Bila teringat terus terasa nak terbang ke Korea semula. Sedap!



Kedai ahjumma yang kami makan. Boleh lepak makan di atas or bawah. Agak famous kedai ni sebab pernah masuk tv.


Kami gunakan masa semaksimum yang mungkin melepak. Esoknya adalah Christmas Day. Masih ramai lagi Korean yang melepak walaupun cuaca semakin sejuk dan hari semakin gelap. On the way nak balik, kami lalu depan Doota. Aleh-aleh macam ramai orang berkumpul. Siap ada cameraman dan photographer lagi. Perasaan nak menyibuk tu sangat mendalam okeh. Terus risik-risik. Rupa-rupanya kejap lagi ada performance oleh Crayon Pop. Aku tak kenal! hahaha... Tapi kan, walaupun tak kenal terasa teringin nak tengok Kpop Idol live. Cantikah? Kurus sangat kah? Perasaan ingin tahu tu tetap ada.




Tak sangka aku ada bakat menjadi paparazzi tak bertauliah.





Mamat baju hitam (paling kiri) tu gila semangat menyanyi masa Crayon Pop tengah perform. Dia lah yang explain dekat aku group idol mana yang akan perform.





Cantik tak? Cute tak? Kurus tak? Hehehe.. Seriously memang kurus pun. Cute la jugak compare dengan Korean yang lain. Slumber pulak dorang perform dalam cuaca yang sangat sejuk ya amat tanpa pakai winter coat.





Terjumpa pula geng BBM. Rancak kami bersembang seolah-olah macam dah lama kenal. Typical Malaysian sangat. Rakyat Malaysia peramah orangnya.





Lebih kurang  pukul 11 malam baru kami balik. Sempat lagi try beberapa street food area Hyehwa. Esoknya, kami berjanji nak ke Nami Island sama-sama. Nampak orang tengah shooting. Siapakah? Nantikan next entry!