Total Pageviews
Tuesday, 30 September 2014
Saturday, 20 September 2014
Land Below The Wind Trip
Hai uolls! Aku kembali selepas lebih kurang dua minggu sunyi sepi dibawa angin bayu.. Phewwwww... Terus rasa nak menyayi lagu Feminim. Angin bayu membawa diriku, sepintas lalu ku terkenang kamu.. la la la la la... Sedap tak? Cehhhhhhh........
Cuti selama seminggu dihabiskan dengan jelajah Sabah memaksimum yang mungkin. Macam banyak entri je perlu di'update' dan mungkin memakan masa sedikit. Aku try habiskan before aku ke destinasi lain hujung tahun nanti. Insyaallah. So, aku sharekan sikit antara tempat-tempat yang sempat aku terjah. Antaranya adalah Bukit Tengkorak, Pulau Kapalai, Pulau Mabul, Desa Dairy Farm Kundasang, Poring Hot Spring, Tanjung Aru, Tagal Sg. Moroli, Kinabalu Park, Jambatan Tamparuli, Sabah Tea Garden dan lain-lain.
Dalam banyak-banyak tempat yang aku berjaya terjah, aku suggestkan anda turun ke Semporna untuk merasa sendiri pengalaman snorkeling mahupun scuba diving di Pulau Mabul dan Pulau Kapalai. Kecantikkan hidupan laut di sana seriously sangat awesome! Walaupun berubah tona warna kulit, pengalaman ke pulau tetap menjadi poojaan hatikuuuu.. Jika anda mendarat di Kota Kinabalu pula, jangan lepaskan peluang menikmati keindahan panorama Kundasang especially Desa Dairy Farm. Deabakkkk!!!
Jom kita warming up dulu dengan melihat beberapa gambar yang berjaya aku ambil. Gambar-gambar lain akan di'update' dalam entri berikutnya.......
#Harap dapat mencuri sedikit ruang dan masa untuk update blog
Saturday, 6 September 2014
Fakta Yang Perlu Diketahui Tentang Semporna
Kaum Bajau merupakan kaum majoriti penduduk di Semporna.
Anak Bajau laut memang hebat berenang. Air dan sampan merupakan mainan mereka sejak kecil.
Kata anak-anak bajau, petua nak pandai berenang adalah dengan menelan sotong mentah. Erkkkkkkk..
Tahukah anda, terdapat banyak lagi pulau yang popular dan cantik di Semporna selain Pulau Mabul dan Pulai Sipadan. Antaranya adalah Pulau Kapalai, Pulau Sibuan, Pulau Bohay Dulong, Pulau Mataking dan Pulau Pom Pom.
Regatta Lepa merupakan sambutan yang paling ditunggu oleh kaum Bajau. Festival ini akan diadakan setahun sekali sahaja.
Sambu layang akan dipasang menandakan akan ada sambutan seperti majlis perkahwinan yang bakal berlangsung.
Pengangkutan utama di Semporna adalah kereta sapu dan van.
Caj yang dikenakan ke kawasan berdekatan jika menaiki kereta sapu adalah RM2 sekepala.
Bagaimana mahu mengenal pasti kereta sapu? Sila tunggu di tepi jalan. Jika anda mendengar ada kereta hon kepada anda, ia bukan bermakna driver itu mahu mengorat anda! tetapi ia merupakan isyarat jika anda mahu menaiki kereta mereka atau tidak.
Penduduk Semporna menggelar van sebagai bas besar.
Tiada lampu isyarat sepanjang jalan di Semporna. So, bayangkan cara mereka memandu???
Tarian igal merupakan tarian tradisional kaum Bajau.
Harga makanan laut yang fresh yang dibeli di pasar sangat murah.
Sangat susah untuk mencari ikan keli di Semporna. Kempunan tau tak!!!!!!!!!!!
Ikan buntal antara menu kegemaran penduduk Semporna. Isi ikan buntal akan dicarik-carik dan dimasak. Menu ini dinamakan sagol.
Harga makanan yang siap dimasak di kedai sangat mahal. Kadang-kadang lebih mahal berbanding harga makanan di Kuala Lumpur.
Adalah normal bagi segelas milo ais berharga RM3.00++.
Kebanyakkan kawasan di Semporna dikelilingi oleh ladang kelapa sawit.
Rumah di Semporna besar-besar. Walaupun sudah mempunyai keluarga sendiri, mereka lebih gemar tinggal sebumbung.
Penduduk di sini menggelar Semporna sebagai pekan Sampah.
Semporna selalu mengalami masalah air. Cuacanya pula sangat panas.
Jika ke pekan, anda boleh melihat anak-anak bajau laut berambut perang dan berkaki ayam ke hulu dan ke hilir mencari sesuap nasi.
Sebilangan penduduk Semporna mempunyai habit meludah di kaki jalan. So, please mind your step!
Giant merupakan pasaraya yang terbesar di Semporna.
Hanya terdapat satu restoran fast food di Semporna iaitu KFC.
Penduduk Semporna kebanyakkan bertubuh kecil dan berkulit sawo matang. Maka, aku boleh diklasifikasikan sebagai gergasi kot oleh mereka. Phewwwww....
Jangan berangan barang yang dibeli secara online di hantar di depan pintu rumah anda. Tiada penghantaran ke rumah dilakukan sebaliknya anda sendiri perlu ambil di pejabat pos laju.
Subscribe to:
Posts (Atom)