Tujuan utama aku ke Vietnam memang nak tengok sendiri sungai Mekong. Kalau sebelum ni asyik dengar time belajar subjek Geografi ketika sekolah menengah dulu je tapi kali ni aku haruslah merebut peluang yang ada. Hasil pembacaan aku kalau nak ke Mekong, lebih jimat kalau booking direct to travel agency dekat sana tapi masa first day aku dan Cik Ain round-round tak jumpa pulak mana-mana travel agency. So, aku tanya dekat receptionist hotel aku menginap. Untuk 1 day Mekong trip berharga 13USD per person. Aku dan Cik Ain terus je book sebab malas nak fikir dah. Lagipun price macam ok je. Pukul 7.30 pagi esoknya, kami perlu tunggu di lobi hotel sebab nanti ada orang akan jemput kami ke Mekong.
Pukul 7.00 pagi aku dan Cik Ain dah keluar dari hotel dan round-round kawasan sekitar. Lebih kurang pukul 7.15 pagi, Cik Ain boleh ajak aku pergi sarapan pagi dekat gerai Amin Halal. Dalam hati sempat ke idok ni nak makan.. Dah la bantai kuey teow sup panas pagi-pagi. Tengah best makan, tetiba ada mamat Vietnam ni menegur. Aku ingat dia nak jual-jual barang, so aku malas la nak layan. Aleh-aleh mamat ni rupanya wakil agency yang perlu jemput kami untuk ke Mekong. Kalut-kalut Cik Ain makan tapi aku tak sempat pun habiskan makanan. Sedih! Kalau bab makan semuanya sedih kan?hahaha.. Kopi ais kami bungkus bawak naik atas bas. Laju-laju kami follow mamat tu naik bas dan aku kagum dengan usahanya mencari aku dan Cik Ain sampai dapat. Kalau tak, memang miss la trip ke Mekong.
Morning Ho Chi Minh City! |
Kopi ais |
Tak sempat habiskan..sedihhh!!sob..sob.. |
Gambar kuey teow sup yang aku makan tu nampak macam sama dengan pho je kan? Mula-mula aku ingat ni adalah pho sebab macam sama je. Tapi masa aku makan dekat Kedai Basiroh, ada daging (meatball) tapi yang ni ada isi ayam. Bila ditanya rupa-rupanya pho tu bahan asasnya adalah daging dan yang aku makan tu kuey teow sup biasa je. Bertambah ilmu aku pasal makanan Vietnam ni. Memang yakinlah aku sesuai bebenor jadi duta makanan Vietnam.hahaha..
Sewaktu dalam bas, hanya ada aku dan Cik Ain je. Kemudian driver bas teruskan perjalanan untuk ambil pelancong-pelancong lain di hotel penginapan mereka pulak. Bus tak penuh pun dengan penumpang. Pelancong-pelancong yang join trip ni datang dari Australia, China, Thailand dan tak lupa two beautiful ladies from Malaysia..muahahaha.. Mesti rasa nak muntah hijau beramai-ramai kan? Yang join trip macam dah over matured je tambah-tambah mamat dari China duduk belakang aku dan Cik Ain. Nampak sangat macam individu yang educated person! BI dia jangan cakap la..fasih! Aku budget dia orang Korea sebab kulit halus, cerah dan glow bak artis Korea si Chansung 2pm.. Masa dia lepak semeja dengan aku dan Cik Ain, baru la kami tahu yang dia dari Shanghai China. Then aku tanya dia kenapa dekat Guangzhou orang cina kulit gelap-gelap? Dia cakap sebab Guangzhou berada dekat selatan China. Kiranya makin ke utara China, makin gebulah kulit mereka ni. Logik la kan sebab bila winter season di Guangzhou tiada salji pun tapi kalau di Beijing di mana lokasinya berada di utara China, salji kemain lebat. Kulit pun tiada masa nak berubah menjadi gelap!
pheewwiiittt..gebunya si Chansung ni.. |
Yang pakai baju merah di atas ialah our tourist guide. Nama dia Mr Dong. Aku ingat okeh nama dia sebab nama dia macam duit Vietnam, dong..hehehe.. Orangnya kelakar juga dan bahasa inggerisnya mudah difahami. Sepanjang perjalanan dia ada menceritakan tentang bandar Ho Chi Minh City. Katanya Bandar Ho Chi Minh City adalah bandar terbesar dan mempunyai 24 districts. Pasal jumlah districts ni aku tak beberapa pasti sebab tak ingat sangat. Malas nak search google. Ada district yang terkenal dengan golongan mafia dan dia juga tunjukkan district yang hanya didiami oleh orang-orang kaya sahaja. Kata Mr Dong, kalau datang Ho Chi Minh City empat tahun lagi akan ada LRT/MRT sama macam negara-negara lain. Perrhhhhh!!!
Perjalanan ke Mekong adalah sejauh 75km dan mengambil masa selama 2jam dengan menaiki bas. Perjalanan ke sana sangat menderita weiii.. Masa balik lagi la.. Memang mencabar betul jalan raya dekat sana. Sampai bila-bila aku akan ingat. Memori macam ni la akan ku semat dalam otak! Kata Cik Ain, jalan kampung dia di Felda Palong Timur lagi ok. hahaha.. Nak tido dengan lena pun susah kalau lalu jalan macam ni. Asyik termelompat je... Driver pulak bawak punya la ganas. Semua lubang dia bantai langgar. Sebelum sampai ke destinasi, bas ada berhenti dekat satu perhentian. Aku dan Cik Ain sempat ambil gambar dan ke tandas. View memang cantik dan menerapkan unsur-unsur tradisional sikit.
Heyyyy sexy lady |
Bila lalu je dekat jambatan ni (merujuk kepada gambar di bawah), Mr Dong pun sambung balik cerita pasal sungai Mekong. Jambatan yang kami lalui sedang merentasi sungai mekong. Sungai Mekong mengairi 6 buah negara iaitu China, Myanmar, Cambodia, Laos, Thailand dan Vietnam.
Sungai Mekong |
Aktiviti pertama yang kami lakukan adalah melihat sarang lebah dan rasa madu lebah asli. Macam sama dekat Malaysia je kan? Yang beza sikit pun kami dihidangkan dengan buah-buahan segar seperti pisang, tembikai, nanas dan buah naga. Kemain laju aku makan. Kemudian ada pulak persembahan nyayian lagu traditional. Part ni kira unik sikit la sebab boleh dengar muzik tradisional rakyat Vietnam. Tapi aku perasan melodi lagu tradisional mereka macam sama sikit dengan melodi lagu tradisonal Thailand. Betul ke idok aku ni?hahaha.. Duduk je di meja kami dihidangkan dengan buah dan teh madu. Campuran madu dengan air teh. Pelik je aku dan Cik Ain rasa.. Tak Sedap!
Sesi nyayian lagu tradisional Vietnam |
Sesi nyayian lagu tradisional Vietnam yang kedua |
Semasa nyayian lagu tradisional berlangsung, aku perasan pelancong-pelancong lain berasa bosan. Muka masing-masing masam memanjang. Mungkin melodi lagu yang agak perlahan menyebabkan suasana agak hambar. Bila part lagu terakhir dinyayikan, kami perasan penyayi menyebut perkataan Ho Chi Minh dan Vietnam. Maka aku dan Cik Ain ikut sekali menyanyi dengan rasa gembira bagi menghilangkan rasa bosan. Habis je nyanyi, boleh pulak geng-geng mat saleh depan meja aku pandang kami sambil gelak. Kurang asam!hahaha...Takpe la kan.. Atleast aku dan Cik Ain berjaya menghiburkan mereka. Ayat nak cover maluuuu......muahahaha...
Aktiviti seterusnya pula, kami dibawa menaiki sampan untuk melihat tempat memproses coconut candy. Satu sampan boleh memuatkan 4 orang penumpang. Mengeluh mak cik yang mendayung sampan sebab berat sangat. Dah la memang aku dah berat tambah pulak mat saleh sorang lagi tu. Sian kat mak cik! Maafkan saya mak cik! Saya berjanji akan berdiet mulai dari sekarang! (menaip sambil makan cekelat).
Hujan rintik-rintik sewaktu kami menaiki sampan. Nasib aku dan Cik Ain bawak baju hujan sumbat dalam sling bag. Sampai tempat memproses coconut candy, aku dan Cik Ain perasan banyak betul anjing kat situ. Terpaksa kami berlari-lari anak kalau ada anjing yang nak menghampiri. Mr Dong ada menerangkan cara membuat coconut candy. Proses nak buat coconut candy macam lebih kurang buat dodol je aku tengok. Pelancong dibenarkan untuk rasa coconut candy yang terdiri daripada beberapa jenis perisa. Aku dan Cik Ain tak nak try sebab tak jamin halal dari sudut kebersihan dan bahan yang digunakan. Pelancong jugak boleh try pegang ular sawa yang berada di situ. Aku memang dah memasang angan-angan nak rasa badan ular tu macam mana. Finally, berjaya gak I merasa ok.. Mamat cina tu boleh pulak nak tolong angkatkan ular sawa untuk letak kat leher I..Oohhh tidakkk.. Next time pulak la aku kumpulkan keberanian nak buat adegan macam tu.
Finally |
Kemudian kami di bawa menaiki bot besar untuk ke tempat makan. Aku dah buat review sebelum ini yang mengatakan makanan yang disediakan tiada jaminan halal. Maka aku dan Cik Ain dah siap sedia bawa maggie cup dan biskut risau tak tahan lapar. Aku dan Cik Ain dah inform dengan Mr Dong pasal ni maka dia menggantikan makanan kami dengan menyediakan air buah kelapa. So agak layan makan maggie sambil minum air kelapa.
Lepas selesai makan, kami menaiki bot semula untuk ke jeti. Bas telah siap sedia menunggu di jeti untuk pulang. Kami tiba di hotel pada pukul 6.00 petang. Perjalanan seharian ke Mekong agak meletihkan. Walaupun penat, aku dan Cik Ain sempat lagi round-round kawasan sekitar pada waktu malam. Then singgah pulak pasar malam area Ben Thanh Market. Pasar malam ni di buka setiap hari pada waktu malam sahaja. Lokasinya adalah di sekitar Ben Thanh Market. Kebanyakkan peniaga yang menjual di pasar malam adalah peniaga yang sama menjual di dalam Ben Thanh Market. Anda harus jadi pembeli yang bijak. Sila buat perbandingan harga sebelum membeli! Aku berjaya membeli sehelai baju tradisional Vietnam berharga RM15 untuk anak sedara aku selepas membuat tawar-menawar secara maksimum. Kalau mereka tak nak terima harga yang anda mahukan, sila beredar dari situ. Insyaallah mereka akan memanggil kembali.. Selamat mencuba!
Pasar malam |
No comments:
Post a Comment