Total Pageviews

Sunday, 15 September 2013

5 Unforgettable moments during Guangzhou-HK-Shenzhen-Guangzhou trip

 

Cik DA dah nak kahwin lagi 2 minggu!!!

Entri ini dibuat khas untuk Cik DA dengan harapan dia akan ingat kenangan bersama aku..ceewaahhh..

 

 

 

 

 

Peristiwa Pertama 

 

    Sewaktu aku dan Cik DA dekat window of the worlds, kami ada menaiki sejenis motosikal yang disewa selama sejam. Disebabkan motorsikal bergerak terlalu slow macam siput sedut (jalan kaki lagi laju huh!), aku dan Cik DA riso bebenor dikenakan bayaran tambahan sekiranya masa melebihi tempoh sejam. Ketika hampir-hampir berada di tempat pemulangan motorsikal, Cik DA suruh aku turun dari motorsikal dan lari untuk punch card. Terpaksa aku buat aksi stunt time tu sebab masa tinggal kurang dari 5 minit. Ntah macam mana, aku sempat punch card tapi Cik DA boleh pulak tak dapat kawal motosikal then terbabas langgar pasu bunga kat situ.hahaha.. Cik DA terus blah tinggalkan motorsikal kat situ je. Aku perasan ada dalam 3, 4 buah pasu bunga yang retak dan pecah. Dah la pasu bunga tu cantik. Tiba-tiba datang pekerja dorang membebel sorang-sorang @#%%^^*&#%^# dalam bahasa cina. Memang gelabah gak risau kena ganti rugi.. Tapi pekerja dia tak pulak panggil aku dan Cik DA. Mungkin dia tak tau nak marah kami in English kot! Terus je kami jalan laju-laju sambil gelak….

 

 

 

 

 

Peristiwa Kedua

 

        Aku tanya kat receptionist ada tak sediakan iron ketika menginap di hotel kat Guangzhou. Dia tak faham apa yang aku nak.. Ok, fine! Balik bilik aku dan Cik DA gigih google translate iron dalam bahasa cina. Pastu kami tanya balik ada tak iron dalam bahasa cina. Dia tak faham jugak. Mungkin sebab cara sebutan kami tak sama dengan orang cina kot atau pun kami salah translate #Bahasa cina kan ada banyak dialek# . Then aku  semangat la buat gaya tengah iron baju dengan harapan dia faham. Datang la pulak mak cik cleaner konon-konon menjadi penyelamat keadaan. Pastu dia buat isyarat faham dan mintak no bilik kami sebab dia akan hantar iron kat bilik. 5 minit selepas aku dan Cik DA naik bilik, ada orang ketuk pintu.. Buka je pintu mak cik cleaner sengih-sengih sambil tunjuk berus basuh baju kat aku. Aku cakap no..no..bla..bla… Mak cik cleaner tu pon blah. Tutup je pintu bilik, aku dan Cik DA gelak berguling-guling atas katil. hahahahhaha….  

 

#Bila fikir-fikir balik, kenapa kami tak google image iron pas tu tunjuk kat mereka. Bukan kah itu lebih mudah? Mari kita gelak dekat diri sendiri pulak.. muahahaha...

 

 

 

 

 

 

Peristiwa Ketiga


       Train dari Shenzhen ke Guangzhou meninggalkan aku dan Cik DA begitu sahaja.. Tragis bukan? Serius memang kami tak sedar pun. Rakus makan maggie time tu sebab perut lapar sangat-sangat. Pastu lari laju-laju kejar train sambil bawak beg berat. Rasa macam nak nangis bila sorang pun tak tolong. Tiba-tiba datang sorang amoi ni suruh follow dia cepat-cepat naik train. She can speak English. Dia kemain suruh follow dia tapi dia lari bukan main laju pastu hilang begitu sahaja. Aku dan Cik DA naik je next train asalkan sampai Guangzhou. Kami tak beli pon tiket baru. Kiranya naik train secara tak sah la ye.. Sengsara aku dan Cik DA berlari mengalahkan Usain Bolt!





selamat sampai ke Guangzhou walaupun naik train tanpa beli tiket baru

 

 

 

 

 

Peristiwa Keempat

 

            Memandangkan aku dan Cik DA bukan naik train yang sepatutnya kami naik, so memang kami tiada tempat duduk. Perjalanan mengambil masa selama hampir 1 jam 30 minit.  Muka masing-masing penat dan stress dengan apa yang jadi. Aku dan Cik DA kemain tanya attendant train samaada kami kena bayar untuk tiket baru ke tak. Then mereka pun balas dalam bahasa cina @%%#%^$@^.. Adoiii, serius sangat stress.. Aku dan Cik DA cari tempat duduk kosong sambil-sambil tanya orang. Sorang pon tak boleh reply in English… Tiba-tiba ada sorang budak perempuan cina umur 6 tahun cakap dengan aku, u can sit here.. Finally, thank you lengloi.. Rupa-rupanya mak budak tu menyaksikan gelagat aku dan Cik DA dari tadi then dia suruh anak dia cakap dengan aku sebab mak dia tak boleh berbahasa inggeris. Syukur! 

 

 

  #The major problem in China is language barrier

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peristiwa Kelima 

 

Banyak moment tak dapat dilupakan terjadi kat China.  Kat HK macam ok je. Semua lancar.. Tapi semasa di HK, aku dan Cik DA mengalami sakit kaki yang teramat sampai terpaksa buat foot massage. Nampak bebenor dah lama tak bersenam. hahahaha... Walaupun mengalami sakit kaki, ia tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjalanan seperti yang dirancangkan! 

 

(Peristiwa pahit dan manis yang berlaku menjadikan trip Guangzhou-HK-Shenzhen-Guangzhou kali ini merupakan satu pengalaman yang indah dan sukar dilupakan)

 

 

 



 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   #Tahniah untuk Cik DA dan pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga!      

2 comments:

  1. salam..travel berdua je ke with cik Da?:)memang super women lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. Aah berdua..First xperience ke luar ngara berdua plak tu. Macam-macam jadi. Agak mencabar jugak lah

      Delete