Total Pageviews

Wednesday, 5 November 2014

Land Below The Wind Trip: Rocky Mountain Lodge

Kami memilih untuk bermalam di Rocky Mountain Lodge, Kundasang. Untuk pengetahuan uolls, lodge ini baru dibina pada tahun lepas. Kalau cari dalam Agoda memang nan hado ye.. Korang search kt google dan fb. Senarai harga, lokasi semua ada dinyatakan. Harga memang ok sangat!








Kalau korang berada di pekan kundasang, korang akan nampak simpang nak ke Desa Dairy Farm dan War Memorial. So, masuk je simpang dan  teruskan perjalanan sehingga anda jumpa Desa Dairy Farm. Bila dah Nampak Desa Dairy Farm, teruskan perjalanan anda lagi lebih kurang 2km dan akhirnya anda bakal berjumpa dengan Rocky Mountain Lodge yang tersergam indah di atas bukit. Lodge ini juga berhadapan dengan Kiram Village dan lain-lain. Jalan nak ke lodge ni pun mencabar sebab terpaksa naik turun bukit. Memang slow motion kami bawak kete.. Semputtttttt…..








kawasan parking depan lodge





Harga untuk semalam bagi single+queen adalah RM90. Kira kami bahagi kepada 3 jadinya sekepala perlu bayar RM30 je.. Sebenarnya ada banyak je lodge dan hotel tepi jalan besar area Kundasang tapi harganya memang mahal. Tak berbaloi nak stay semalam je. Memandangkan nak ke lodge ni naik kete dah semputtt semacam , maka kami tapau makanan siap-siap jela… So, tak payah nak naik turun bukit ke pekan kundasang semata-mata untuk makan. Lokasi lodge ini memang best pada aku sebabnya pagi-pagi boleh nampak kelibat gunung kinabalu di hadapan lodge. Keluasan bilik juga ok dan ada balcony. Aircond tiada dalam bilik dan bagi aku tak perlu pun sebabnya sejuk sangat okeh…. Sesiapa yang plan budget trip ke Kundasang, boleh lah stay kat sini. Sangat-sangat recommended!









Nampak ndak gunung kinabalu tu???






Aku rasa cukup lah aku promote lodge ni… Confirm ramai orang akan berkunjung ke lodge ni lepas entri ni di publish.. Cehhhhh…….. Bajet blog femes sangat kannn????


4 comments:

  1. Info yang bagus ....percutian yang menarik....I Like it.

    ReplyDelete
  2. Rindu tempat nie.. Trip 4 april 2015..

    ReplyDelete
  3. Rindu tempat nie.. Trip 4 april 2015..

    ReplyDelete