Total Pageviews

Saturday, 26 October 2013

Ho Chi Minh City Part 5: Cho Ben Thanh VS Pasar Malam VS Cho Binh Tay









Sesiapa yang pergi ke Ho Chi Minh City mesti tak boleh lari dengan aktiviti membeli belah. Jujur la kan, niat aku nak travel ke sini sebenarnya nak tengok negara luar, budaya dan cara hidup rakyat Vietnam. Kalau nak beli belah pun, aku plan nak beli beg deuter, fm dan keychain. Fm dan keychain adalah benda wajib dibeli kalau aku pergi mana-mana tempat. Aleh-aleh sampai sana, aku jadi rambang mata pulak. Cissss.. Kejap tengok beg yang unik-unik terbekenan pulak. Kejap tengok kain sutera Vietnam rasa rugi tak beli pulak. Pastu nampak pulak baju baby yang comel-comel buat aku teringat dekat anak buah. Ishhhh.. Mimpi ngeri betul sepanjang stay 4 hari 3 malam dekat Vietnam ni. hahaha...


Tempat shopping utama yang selalu dikunjungi oleh pelancong untuk membeli belah adalah Cho Ben Thanh, Pasar Malam dan Cho Binh Tay. Aku dan Cik Ain juga mengunjungi Taka Plaza, Saigon Square dan kedai-kedai sekitar hotel. Bagi aku tempat yang dinyatakan di atas ada keistimewaan dan kekurangannya yang tersendiri. 

 

 

 

 


   

 

 

Lokasi Cho Ben Thanh memang berdekatan dengan dengan hotel-hotel yang popular di kalangan rakyat Malaysia yang datang ke Ho Chi Minh City. Dah rasa macam duduk dekat Malaysia pun ada sebab pergi mana-mana pun terserempak dengan rakyat Malaysia. Ada yang ramah dan ada juga yang sombong! Sesama Malaysia pun nak sombong ek?hmmm... Jarak lokasi yang berdekatan hotel menjadikan Cho Ben Thanh menjadi lokasi paling popular untuk shopping bagi rakyat Malaysia. Pelbagai jenis barang yang dijual disini seperti kain cotton, sutera Vietnam, beg, sandal, kopi dan  barangan kraftangan. Memang agak rambang mata dibuatnya. Tapi pada aku harga barang yang dijual di Cho Ben Thanh agak mahal berbanding di tempat lain. Anda perlu mempunyai skill tawar-menawar yang tinggi.


Selain itu, peniaga-peniaga di sini ada penyakit suka tarik-tarik tangan orang dan paksa orang beli. Kalau orang tak nak beli, mula la dia buat muka masam yang tak beberapa nak cun tuh! Aku ingat lagi hari pertama aku masuk Cho Ben Thanh atau dikenali sebagai Ben Thanh Market. Aku dan Cik Ain lalu je bahagian yang jual-jual t-shirt. Tiba-tiba je ade sorang penjual (laki okeh) slumber rentap dan tarik tangan aku. Kurang ajo betul! Yang aku geram, aku lalu je bukan singgah dan tak tanya pun harga baju kat kedai dia. Kenapa aku diperlakukan sebegini rupa?Kenapaaaaaa!!!????? Kemain sakit lengan aku.. Siap ada kesan merah-merah lagi. Rasa nak bagi flying fox je. Nasib aku bersabo.. (sambil tarik dan hembus nafas). Kali berikutnya aku masuk Cho Ben Thanh, aku dah siap sedia mental dan fizikal. Kalau dorang buat muka masam kat aku, aku buat tak faham je.. Pastu blah.. Cho Ben Thanh ni ade banyak pintu. Mula-mula memang sesat la jugak tapi kalau dah 3,4 kali masuk mesti dah master punya. 


Kesimpulannya Cho Ben Thanh ni memang best sebab ada pelbagai jenis barang yang dijual dan banyak pilihan tetapi kita perlu ada skill tawar menawar yang mantap serta sanggup berhadapan dengan kerenah penjual yang agak luar biasa kejamnya.. hahaha.. (kesan trauma kena rentap belum habis).

 

 

 
Nah sejibik flying fox!Geramm aku..

 

 

 

Aku nak bagi tips bagi sesiapa yang nak beli souvenirs seperti fm dan keychain, lebih baik anda membeli di kedai-kedai di luar Ben Thanh market. Harga yang dijual di luar adalah lebih murah dan tak perlu nak bergaduh dengan aunty-aunty mahupun uncle-uncle untuk mendapatkan diskaun yang tak seberapa nak murah tu.. Aku dah terkono sekali. Puas aku merayu kat aunty yang meniaga dalam Ben Thanh market untuk dapatkan best price. Keesokkan harinya aku ke deretan kedai area depan hotel dan didapati harga keychain dan fm jauh lebih murah!


Bila Cho Ben Thanh tamat beroperasi, pasar malam pula akan ambil alih peranan. Lokasi pasar malam ni di sekitar Cho Ben Thanh je. Barang yang dijual hampir sama dengan apa yang dijual di Cho Ben Thanh. Buktinya, korang akan jumpa peniaga yang jual di Cho Ben Thanh turut membuka gerai di tapak pasar malam. Terfikir la juga berapa jam dalam sehari mereka bekerja. Ada yang mengatakan barang-barang yang dijual di pasar malam lebih murah berbanding di Cho Ben Thanh dan ada yang mengatakan ianya lebih mahal. Hmmmm... Pada aku macam sama je asalkan korang bijak tawar-menawar. Tu jela konklusinya. Entri sebelum ni aku ada bagi tahu yang aku beli baju traditional kanak-kanak berharga 100000 dong. Kain dan jahitan memang cantik dan kemas. Harga asal yang peniaga letak kalau tak salah antara 300000-250000. So aku tawar harga yang logik dan mampu milik sikit. Bila aku cakap 100000 dong, peniaga tu macam tak nak bagi. Aku blah je dari situ (sambil buat muka keras hati) sebab dia tak setuju dengan harga yang aku nak. Keluar je dari gerai dia, terus dia panggil aku balik. Nampak tak skill aku dah berjaya?hehehe.. 

 

 



 

 

 

Aku ada survey-survey kain di Cho Ben Than, pasar malam dan kedai kawasan sekitar hotel. Harga kebanyakkan lebih kurang dan susah sikit nak dapat diskaun. Hasil dari pembacaan blog-blog lain ada mengatakan kain Cho Binh Tay adalah lebih murah tetapi tidak banyak pilihan berbanding di Cho Ben Thanh. Nak ke Cho Binh Tay senang je.. Aku dan Cik Ain naik bas no 1 dari stesen bas area Ben Thanh. Harga tiket adalah 5000 dong untuk seorang. Bas no 1 ni macam bas baru je aku rasa. Rasa macam naik bas rapid KL pun ado. Selesa!

 

 



Gambar sliper pun nak letak ke?





 

Perjalanan ke Cho Binh Tay dengan menaiki bas makan masa lebih kurang 30 minit  macam tu kot. Bila sampai je stesen terakhir, aku dan Cik Ain tanya dekat driver bas arah ke Cho Binh Tay. Jarak dari stesen bas ke  Cho Binh Tay tak jauh sangat pun. Kalau jalan kaki lebih kurang ambil masa selama 5-10 minit. Sepanjang nak ke sana, aku lihat terdapat banyak kedai yang jual pelbagai jenis barang tapi dalam kuantiti yang besar. Keadaan di sini agak sibuk dengan peniaga yang ke hulu dan je hilir mengangkut barang.

 

 

stesen bas terakhir



topeng muka



pintu masuk utama

   

 

Memang betul harga kain di Cho Binh Tay lebih murah berbanding di tempat-tempat lain cuma tidak banyak kedai yang menjual kain berbanding di area Ben Thanh. So kurang la pilihan sikit. Sempat la aku rembat sepasang kain sutera Vietnam untuk diri sendiri. Takut menyesal kalau tak beli. Balik rumah terus hantar dekat tukang jahit untuk buat baju sempena konvo nanti. Cik Ain pulak rembat 3,4 pasang kain sutera Vietnam. Kata penjual tu, kalau dekat Malaysia peniaga akan jual harga dua kali ganda berbanding harga mereka jual di sini. Harga sepasang kain sutera Vietnam gred A yang aku beli kalau tak silap RM46 untuk 4 meter (bidang 60). Aku check blog dan fb, kain ni dijual dengan harga lebih kurang RM80-RM100 lebih sepasang. Aku ada juga beli kain chiffon untuk buat shawl. Harga memang murah compare dengan harga di Malaysia. Banyak pulak design yang unik-unik.


Aku dan Cik Ain sempat terjah Taka Plaza dan Saigon Square. Bagi aku tempat ni macam kurang best dan barang yang dijual kebanyakkannya adalah pakaian seperti t-shirt dan blouse. Tapi sewaktu aku round-round dalam Saigon Square, aku dan Cik Ain tertarik dengan baju kanak-kanak yang dijual.. Harga pulak boleh dikatakan murah dan boleh mintak diskaun lagi. Maka, rembat la beberapa 3 helai baju untuk anak sedara aku. Untung la Rania dapat mak sedara macam aku ni..muahahaha..  

 

 Taka Plaza









hasil tangkapan untuk Rania

 

 

 

 

Setakat ini sahaja penerangan dan komen yang aku boleh buat mengenai tempat shopping yang aku kunjungi sepanjang berada di Ho Chi Minh City. Lepas ni korang boleh la try terjah tempat-tempat yang aku nyatakan ni dan buat perbandingan harga. Kuasa membeli terletak di tangan anda dan belanjalah dengan bijak.

 

 

 

 

 

 

 

 

Happy Shopping!

 

 

 

 

 

 

  

10 comments:

  1. Thanx... sgt membantu... sy follow panduan ni aritu.... binh tay lgi murah, pegi naik bas... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome
      binh tay mmg lagi murah..mostly dapat la less dlm rm5 utk sepasang kain..klu dh beli 10 pasang tak ke jimat rm50.. lagi pun tambang bas murah je kan. so sangat berbaloi ke binh tay.. :)

      Delete
  2. salam... nk tny awk dok hotel kt mne??? murh x??? seng x nk mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. saya stay dekat Saigon pink 2 hotel dekat Ben Thanh Market.. senang nak makan dan hotel berpatutan.. kawasan makanan halal sangat banyak di area berhadapan dengan hotel je.

      Delete
  3. Nak tanya, harga doll yg cute mute tu brape ek in Dong/RM? and also harga Keychain paling murah boleh dapt...Thank u :-)

    ReplyDelete
  4. tq atas perkongsian info....nak pegi 2 mggu lg utk kali ke 3...mmg heaven shopping dkat sana kan....ni pegi pun sebab nak shopping utk raya nanti...:)

    ReplyDelete
  5. tq atas perkongsian info....nak pegi 2 mggu lg utk kali ke 3...mmg heaven shopping dkat sana kan....ni pegi pun sebab nak shopping utk raya nanti...:)

    ReplyDelete
  6. tq juga atas perkongsian ini....sgt2 membantu saya..

    ReplyDelete
  7. sis, kalo dari pasar Binh Tay tu nak balik ke hotel @ area Ben Thant u naik bas kat mana n nombor brape? ataupun u naik cab? tq

    ReplyDelete