Mood nak membaca buku untuk interview belum ada. So, aku sambung menulis sebab idea tengah mencurah-curah seperti mamak menyiram kuah kari di atas roti canai.. Tung Nguyen dah reply mesej aku tadi berkenaan isu duit Vietnam dong. Tak pasti dia ni faham ke tak apa yang aku tanya. Dia cakap dulu memang ada duit yang lagi rendah nilai daripada 1000 dong tapi bank negara Vietnam dah berhentikan pengeluaran. Betul ke idok ni? Risau betul salah fakta.. Sesiapa yang tahu, boleh la share dan betulkan info I ni..huhuhu..
Kita sambung lagu trip aku di Ho Chi Minh City. Aku tiba di Tan Son Nhat International Airport pada pukul 8.30 pagi waktu di Ho Chi Minh City. Keadaan macam lengang je dan urusan imigresen berjalan dengan lancar. Walaupun lancar tapi aku tak faham betul kenapa pegawai imigresen kat sana tak mesra alam. Aku say hi and good morning sambil senyum pun mereka tak layan. Masa balik lagi la tak tahan.. Sambil pegang pasport aku, dia boleh sembang-sembang dengan kawan sebelah dia. Tangan tak gerak-gerak pun buat kerja. Pastu sempat usha awek sexy dekat fon. Last sekali, dok usha gambar pasport aku lama-lama.. Cik Ain yang menunggu pun bengang sebab kaunter sebelah dah ramai yang setel urusan imigresen. Teruk!
Keluar dari airport, kami menuju ke sebelah kanan untuk naik bas bernombor 152 untuk ke stesen bas area Ben Thanh Market. Memang keluar dari pintu dan pandang sebelah kanan dah boleh nampak batang hidung bas tu. Tak susah pun cuma kena sediakan wang kecil. Tiket bas untuk seorang adalah 5000 dong tapi disebabkan kami bawak luggage, dia caj 7000 dong kalau tak salah aku. Aku dan Cik Ain ni pulak tiada duit kecik. Yang ada 100000 dong je. Then driver bus tanya samaada aku ada tak 1USD. Nasib baik aku ade wang 1USD dan terus bayar untuk tiket dua orang. Kiranya rugi lebih kurang RM1 macam tu je..
Sebelum ke Ho Chi Minh City aku dah tengok weather forecast yang menunjukkan akan hujan di sana. Aku dan Cik Ain dah prepare baju hujan siap-siap. Semasa perjalanan ke Ben Thanh, hujan dah mula turun tapi tidak terlalu lebat. Perjalanan ke Ben Thanh makan masa lebih kurang 30 minit bergantung kepada kesesakan lalu lintas. Seperti yang sedia maklum, bandar Saigon ni penuh sesak dengan motorsikal. Sesiapa yang miliki kereta memang individu yang terkaya mungkin! Skill menunggang motorsikal mereka memang luar biasa. Kagum sebentar aku tengok..hahaha.. Kejap menyelit sana, kejap menyelit sini. Aku yang dah ada lesen motor sejak sekolah menengah pun sentap tengok mereka tunggang motorsikal. Serius tak berani! Selama 4 hari 3 malam dekat sini, aku tak nampak lagi la berlakunya kemalangan tapi menurut si Tung Nguyen, banyak je berlakunya kemalangan. Cuma aku dan Cik Ain je yang tak berpeluang tengok depan mata.
Dah nak sampai stesen bas dekat area Ben Thanh Market |
Kalau korang dah nampak patung orang tengah menunggang kuda seperti gambar di atas, maknanya dah nak sampai le dekat stesen bas Ben Thanh. Stesen bas Ben Thanh adalah stesen bas yang terakhir. Korang jangan risau sebab driver bas akan panggil korang turun. Driver bas boleh cakap english sikit-sikit. Tak seteruk masa aku pergi Guangzhou dan Shenzhen dulu.
#Sila rujuk peta di atas
Sampai je di stesen bas, aku dan Cik Ain terus menuju ke area ke kawasan yang popular dengan rakyat Malaysia menginap. Aku memang tak catat nama jalan tu. Korang boleh la google search sendiri la ek. Aku dan Cik Ain main gamble je tanpa booking hotel dari awal. Kami terjah dulu hotel Saigon Pink 2 dan masih ada bilik kosong. Terus aku dan Cik Ain book sebab malas nak fikir cari hotel lain memandangkan harga dan lokasi hotel sangat memuaskan dan strategik!
Harga bilik untuk standard room for 2 persons untuk 3 malam berharga 75USD. Aku dan Cik Ain memang bayar dalam USD. Bayar dalam dong pun boleh sebenarnya. Masa buat pembayaran tu, aku dan Cik Ain booking tiket untuk trip ke Mekong River pada keesokkan harinya. Seorang perlu membayar 13USD termasuk pengangkutan dan makan. Pukul 7.30 pagi, akan ada orang jemput kami di lobi hotel.
Sementara tunggu pukul 1 untuk check in hotel, aku dan Cik Ain jalan-jalan dekat Ben Thanh Market dan makan di Kedai Basiroh berhadapan dengan Saigon Pink 2 hotel. Menu kami berdua adalah pho beserta kopi vietnam. Bagi mereka yang datang ke sini, silalah cuba kedua-duanya kerana anda pasti tidak akan menyesal. Kalau tengok pho secara luaran nampak macam kueyteow sup biasa je tapi kalau dah campur dengan ulam-ulam, cili dan sambal dia baru terasa kick! Selama duduk dekat sini, ni jela menu aku. Aku dan Cik Ain langsung tak sentuh nasi. Kopi Vietnam pulak memang tak payah cakap la..Terover sedap!hahaha..Gaya aku macam boleh jadi duta makanan Vietnam kan? Aku rasa Starbucks dekat Ho Chi Minh City mesti tak laku sebab kopi tepi jalan pun dah sama level sedap dengan Starbucks. Harga semangkuk pho kalau tak salah lebih kurang 60000 dong dan kopi ais 20000 dong. Area kedai Basiroh ada lagi 2, 3 buah kedai makan yang halal. Fokus aku pada kedai Basiroh je sebab lebih murah dan jimat.
Aku perhatikan dekat Ho Chi Minh City ni bersepah-sepah kedai pho dan rakyat Vietnam memang minum kopi je sentiasa tak kira pagi, petang, siang dan malam. Aku tak nampak pun dorang minum teh ais, air sarip bandung, fresh oren, soya mahupun pepsi. Kira pho dan kopi ni memang dah sebati dalam diri rakyat Vietnam.
sedap |
Salam..
ReplyDeleteNice sharing^^
Nak recommend tourist guide kat sana..
Boleh hubungi Abdolloh, seorang tourist guide muslim berbangsa Melayu Champa dan fasih berbahasa Melayu utk sebarang pertanyaan mengenai pakej secara ground atau sbrg lawatan di Ho Chi Minh (Mekong, Chu Chi Tunnels, tmpt2 shopping, kilang kain, tmpt2 menarik di hcm dll). Dijamin berpuas hati..
No Hp / Whatsapp: +841269930648
Fb: Loh Aeda
Email: abdollohvet@gmail.com
Blog: lohabdolloh.blogspot.com