Kita sambung lagi kisah ke Sokcho pulak. Plan nak ke Sokcho dibuat last-last minute juga selepas aku membaca banyak blog yang share tentang kecantikan Mount Sorak. Mount Sorak juga merupakan gunung ketiga tertinggi di Korea. Alang-alang dah datang Seoul kannn.... Terus aku masukkan Mount Sorak dalam list itinerary.
Aku dan Cik R seperti biasa dah plan untuk bangun awal konon-konon nak kejar bas paling awal ke Sokcho. Rasanya pukul 6.40 pagi kot kami start bergerak ke stesen Sinchon dan terus ke stesen Gangbyeon (line hijau). Aku dan Cik R just bawa baju yang perlu je untuk stay semalam di Sokcho. Backpack memang aku tinggal je kat guest house. Untuk pengetahuan, aku just tinggalkan barang tanpa bayaran pun. Semua tu atas belas ihsan owner guest house. Sampai je stesen Gangbyeon, exit sebelah kanan dan lintas jalan untuk ke Dong Seoul Bus Terminal. Masuk je terminal bas, sebelah kiri ada kaunter tiket. Harga tiket untuk ke Sokcho adalah 17300 won sehala. Bas ke Sokcho ni banyak je. Di bawah ni ada aku sertakan jadual bas Seoul-Sokcho dan Sokcho-Seoul.
Konon-konon nak naik bas around pukul 6 pagi macam tu tapi akhirnya terbabas gak. hahahaha.. Bas yang kami naik bergerak tepat pukul 7.35 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Before bas bergerak, seperti biasa driver akan ingatkan penumpang supaya memakai seat belt. Aku rasa kebanyakkan masa aku dalam bas dihabiskan dengan tido je. Balas dendam!
Rasanya, sebelum pukul 10 pagi kami dah sampai di Sokcho. Memang cepat beberapa minit seperti yang dijangka. Sampai je di Sokcho Intercity Bus Terminal, kami ke tourist information yang berada betul-betul di hadapan stesen bas. Untuk ke Mount Sorak, anda perlu menaiki bas bernombor 7-1 dan stesen bas berkenaan berada bersebelahan dengan Sokcho Intercity Bus Terminal sahaja. Harga tiket bas sehala ke Mount Sorak berharga 1400 won. Mount Sorak merupakan stesen yang terakhir dan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk tiba di sana. Sewaktu perjalanan ke Mount Sorak ni lah aku nampak habuk-habuk halus turun dari langit. Aku memang syak itu adalah salji!
Sampai je dekat kaunter, ada notis mengatakan yang cable car tak berfungsi hari ni. Terus rasa down! Kecewa kot sebab datang dari jauh semata-mata nak menikmati keindahan Mount Sorak dari atas puncak. Dah la sejuk gila time tu. Menambah kedukaan betul. Kami terus membayar tiket masuk ke Mount Sorak berharga 3500 won dengan hati yang................ Isikan ruang kosong berkenaan. Memang tiada rezeki gamaknya.. Maka, dengan kaki yang berat melangkah longlai (over sangat aku hiperbola), kami menikmati keindahan sekeliling sambil mengambil gambar. Sampai je di kawasan cable car, kami berhenti dan cari port nak makan. Sebelum nak ke Sokcho, aku memang dah panaskan nasi segera dalam microwave. Ikan bilis mak aku memang sangat berjasa sepanjang berada di Korea. Terima kasih mak! I love u soooo muchhhhhhh......
Makan nasi berlaukkan sambal ikan bilis plus susu pisang sewaktu perut menyanyi lagu k-pop. Tidakkah ianya satu kenikmatan bukan??? Jujur, memang tersangat nikmat. Mana nak cari nasi kat Mount Sorak ni oiiiii.... Habis je makan, kami berlegar-legar di kawasan cable car. Nak dijadikan cerita, pekerja tiket cable car announce yang cable car akan berfungsi semula lebih kurang 10 minit lagi. Alhamdulillah.. Akhirnya tiket cable car berharga 9000 won berjaya dirembat! Time tu tak perlu beratur pun sebab yang ada hanya aku dan Cik R serta satu family dari Malaysia yang menggunakan khidmat travel agent. Kami menjadi orang yang terawal menaiki cable car menuju ke puncak Mount Sorak.
|
cable car station |
Turun dari cable car, kami memulakan pendakian ke puncak Mount Sorak. Awalnya aku agak berat hati nak panjat ke atas memandangkan cuaca sangat sejuk dan angin agak kuat. Atas ajakkan Cik R, aku meneruskan pendakian juga. Aku tak sure berapa lama tempoh kami mendaki sebabnya kejap-kejap stop ambil gambar. Kemudian teruskan perjalanan. Lagi satu bila travel time winter, memang tak rasa letih sangat pun. Bukan setakat tak letih, peluh pun tak. Muka aku yang spesis kerap meghasilkan minyak ni pun tutup kedai sepanjang berada di Korea. hehehehe... Sepanjang pendakian, boleh nampak pokok-pokok dah togel. Tiada lagi daun-daun membaluti tubuh mereka. Aku rasa kalau terjah Mount Sorak time Autumn and Spring confirm cantik! Time salji lebat pun nice jugak.
Aku dan Cik R buat keputusan tak mendaki sampai betul-betul puncak paling tertinggi. Scary wehhhh... Angin kuat gila.. Rasa tak stable je badan bila berdiri.
Dah puas bergambar, kami buat keputusan untuk balik. Untuk ke Sokcho Intercity Bus Terminal, kami menunggu bas di station bus yang sama. Tak lama kemudian, bas tiba. Sepanjang menaiki bas, aku terlelap sekejap. Lebih kurang 15 minit perjalanan, geng-geng malay dari Singapore tekan loceng kemudian dorang cakap dah sampai stesen. Aku yang terpinga-pinga terus ajak Cik R turun. Rupa-rupanya kami dah tersilap! Geng Singaporian tu nak ke Sokcho Express Terminal tapi kami pulak nak ke Sokcho Intercity Bus Terminal. Adoiiii.. Sila take note supaya anda tak jadi macam kami. Cik R kata dia pelik kenapa aku ajak dia turun bas sedangkan perjalanan baru 15 minit. hahahaha.. Nasib area situ ada tourist information. Kami buat keputusan nak naik taxi je memandangkan caj yang dikenakan tak terlalu mahal. Rasanya kurang daripada 4000 won. Sampai je destinasi, terus check in guest house.
Jumpa lagi dalam entri yang akan datang. Aku akan story pasal Abai Village pulak.. Tak terdaya nak cover dua tempat dalam satu entri. huhuhuhu...
sis.. nak tanya klau pi mount sorak ni ... ada tak any destination yg one way ke sana .
ReplyDeleteKos utk kanak2 sama gak kr
ReplyDeleteBas, masuk & kabel car tu
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete