Total Pageviews

Sunday, 18 August 2013

Floating Market Dumneon Saduak

Hari pertama di Bangkok berlalu dengan pantas. Tiba hari kedua, kami sekadar ingin bersiar-siar di sekitar bandar Bangkok. Keluar je dari bilik hotel, kami didatangi oleh beberapa pemandu taxi yang menawarkan perkhidmatan ke beberapa tempat menarik. Kami sepakat untuk ke Floating Market Dumneon Saduak yang terletak di wilayah Ratchaburi (100km di barat daya Bangkok). Tempoh perjalanan mengambil masa hampir sejam. Perjalanan ke sana tidak terlalu bosan memandangkan pemandu taxi sangat peramah. Sepanjang berada di Bangkok, aku dapati rakyat Thailand boleh berbahasa Inggeris. Kira ok jugak kan compare dengan rakyat China. Memang tragis bila mengenangkan pengalaman aku bercakap dengan rakyat China. Macam gajah cakap dengan Lipas..Kalau le gajah tak boleh tahan sabar, kompem lipas tu dah lumat kena smackdown sebab tak faham-faham bahasa..Hahahaha...

 

#Gambar sepanjang perjalanan ke Floating Market Dumneon Saduak

Agak-agak kan, korang lalu tak nak makan kangkung cap kaki ni?



Petronas, Malaysia. Bangga sebentar!



   

 

Sampai je dekat Floating Market Dumneon Saduak, kena plak tawar-menawar untuk naik bot. Time tu rasa macam terkono pon ada. Silap-silap harga sebenarnya untuk naik bot/sampan lebih murah berbanding apa yang kami bayar. Pengajaran di sini, nak pergi mana-mana sila buat kajian terlebih dahulu. Kan dah terkono!

   Sepanjang menyusuri sungai, aku dapat melihat beratus-ratus penjual yang menjalankan urusniaga di atas bot. Kebanyakan produk yang dijual merupakan produk pertanian, makanan tempatan seperti pulut mangga dan barangan kraftangan. Selepas ditolak, dibahagi, dikali serta dikuasa dua kan, aku agak suka dengan Floating Market Dumneon Saduak ni sebab tempat ni unik dan first time aku tengok pasar terapung yang besar camni. Justeru, banyak la jugak gambar yang terhasil. Boleh la kita layan sekarang ye...

 

 












 

  

 Sebelum aku lupa, sepanjang kami berada di  Floating Market Dumneon Saduak, Pak cik taxi yang bawa kami ke sini tunggu di jeti. Aku mula-mula risau takut-takut pak cik tu blah je macam tu selepas kami naik bot. Untuk elakkan daripada terkono lagi, abang aku ambik gambar taxi dia senyap-senyap. Hahahaha..Sebenarnya tak mungkin kot pak cik taxi lari sebab kami belum buat full payment seperti yang dijanjikan.

 

Contoh taxi yang terdapat di Thailand

  

 

 


1 comment: