Total Pageviews

Tuesday, 23 December 2014

A Winter Story: Korea Trip (Day 2) - Petite France And Nami Island

Pukul 5 pagi kami dah bangun. Selesai je mandi, solat dan breakfast, lebih kurang pukul 7 pagi lebih kami keluar daripada guest house menuju ke Sinchon station. Aku memang memilih guest house yang betul-betul dekat dengan subway station selama berada di Korea. Tak kuasa aku nak menapak jauh-jauh bawak backpack!hehehe... Icos guest house yang kami stay hanya 5 minit sahaja dari Sinchon station. 


Cuaca sangat sejuk pagi tu.. Kalau bukak glove, habis tapak tangan aku jadi kemerahan. Bagi sesiapa yang nak travel time winter, pemakaian glove, stokin dan long john memang penting. Tak lupa pakai pelembab sebab kulit mudah kering. Ingatkan bibir je yang kering. Aleh-aleh satu badan habis mengelupas! So, please take note ye uolls...







First destinasi kami adalah Petite France. Dari Sinchon station, kami menuju ke stesen Wangsimni. Dari stesen Wangsimni, kami menukar train warna turquoise menuju ke stesen Cheongpyeong. Stesen Cheongpyeong hanya ada dua exit sahaja iaitu exit 1 dan 2. Untuk menuju ke Petite France, anda perlu ambil exit 2 dan naik bas di setesen bas berhadapan dengan pintu stesen Cheongpyeong. Tiket bus one day trip berharga 5000 won. Bayar direct je dengan driver bas. Memandangkan kami tiba lewat, kami terpaksa menunggu bas yang seterusnya iaitu pada pukul 11.25 pagi. Untuk menghabiskan sisa masa yang ada, kami menuju ke tourist information yang berada di luar exit 1. Sambil-sambil tu sempat la kami buat sesi bergambar sebab orang tak banyak pun. Macam sunyi sikit suasana area stesen Cheongpyeong ni. 








Dekat sini jugak lah kami jumpa seorang ahjussi yang sangat ramah dan helpful. Time tu aku nak membeli coffee. Aleh-aleh dia datang kat aku bla bla bla cakap bahasa Korea. Ahjussi, sorry I tak faham ye bahasa Korea ni. Yang I tau, anyohaseyo, kamsahamnida dan beberapa words lain. Lagu Korea I tau la nyanyi sikit walaupun ntah betul ke tak aku menyebut. Janji I confident.hahahaha... Kemudian ahjussi tu tunjuk kat aku dan Cik R route kalau naik bas nanti. Nasib la kawan aku ni faham sikit dan sanggup bersembang dengan dia. Aku sempat tanya umur dia berapa dan dia reply sambil menunjukkan jari tangan, 75. Daebakkk ahjushhi!!! Kata aku sambil menunjukkan signal bagus. Lagi dia ketawa bila aku cakap Malaysian, 75 years old, sambil menunjukkan aksi gaya orang tua yang terbongkok jalan terketar-ketar sambil pegang tongkat. hahahaha.. Aku memang kagum betul dengan rakyat Korea. Tua-tua pun still sihat dan aktif. Faktor cara hidup yang merangkumi cara pemakanan menjadi penyebab rakyat Korea masih kuat walaupun sudah berusia.






Semangat ahjussi ni memberi penerangan dalam bahasa Korea. 





Tepat je pukul 11.25 pagi, bas datang.. Sempat kami melambai-lambai kepada ahjussi. Kamsahamnida ahjussi! Perjalanan ke Petite France mengambil masa kurang daripada 30 minit. Akhirnya kami sampai di Petite France.. Aku ingat lagi Running Man pernah buat pengambaraan di sini. Episode tu merupakan salah satu favourite aku sebab klakar gila! Harga tiket masuk ke Petite France 8000 won. Kawasan Petitet France ni tak luas mana pun. Sempat je nak cover dalam tempoh sejam. 
















Tengah sibuk-sibuk mengambil gambar, tiba-tiba ada seorang ajumma datang menghampiri aku dan Cik R. Rupa-rupanya dia tengah buat survey berkaitan area situ meliputi tempat penginapan, makanan, tempat menarik dan lain-lain. Kami pun bantu la dengan seikhlas hati memandangkan kami masih punya masa. Habis je isi form survey, ahjumma tu kasi kami chopstick di bawah ni.. Kasahamnida! Lega sebab tak payah dah beli souvenir chopstick untuk diri sendiri.











Untuk ke Nami Island, kami tunggu bas di stesen bas yang kami turun bertentangan dengan Petite France. Sewaktu naik bas, kami just tunjukkan semula tiket bas yang kami beli. So, diingatkan agar menyimpan tiket berkenaan sebab kalau hilang anda terpaksa beli semula. Perjalanan nak ke Nami Island mengambil masa lebih kurang 30 minit melalui jalan yang kecik, berbukit dan bengkang-bengkok. Pak cik driver bas memang cekap kot sampai bawak bas laju gila wehhhh.... Dorang memang akan sentiasa ingatkan kita supaya memakai seat belt bagi mengelakkan daripada berlakunya kemalangan yang tak diduga. Tapi aku nan hado nak pakai! Nampak, perbezaan Malaysian dengan Korean. hehehehe...


Bas akan berhenti di stesen bas yang berada lebih kurang 100 meter dengan pintu masuk Nami Island. Tiket masuk ke Nami Island berharga 8000 won. Akhirnya berjaya juga aku jejakkan kaki ke sini.. Yuhuuuuu!!! Nak kata aku ni peminat Winter Sonata, memang tak la.. Just aku suka nature dan nak rasa feel bila berada dekat sini. Aku rasa memang Malaysian dah kenal sangat dengan tempat ni. So, tak perlu lah kan aku cerita lebih-lebih.















Cuaca di Nami Island seriously sangat sejuk. Jangan tertipu dengan gambar. Nampak je cerah mentari tapi sebenarnya menggeletar habis satu badan. Air kolam pun dah start membeku. Selama berada dekat Korea, ada dua tempat je paling senang nak jumpa Malaysian. Satu dekat Nami Island dan satu lagi dekat Itaewon. Marilah kita melemparkan senyuman sesama kita.  















Feeling habis Cik R. Curlass sangat!



Lepas penat round Nami Island, kami tercari-cari kedai jual nasi goncang yang popular bangat tu.. Malangnya tak jumpa uolls.. Bukan aku dan Cik R je tak jumpa, tapi ada juga geng-geng Malaysia yang mencari-cari kedai tu. Memang tiada rezeki kami agaknya. Kami akhirnya makan bibimbap di restoran halal berdekatan dengan deretan kedai dan Musolla. Portion bimbimbap agak besar dan rasanya agak sedap compare kalau makan korean food di Malaysia. Harga semangkuk bibimbap adalah 10000 won. Air kosong diberi percuma. 













Hampir pukul 5, kami get ready nak balik.. Cuaca  makin gelap. Malam cepat sangat sewaktu musim sejuk. Ianya sedikit sebanyak membataskan perjalanan kami. Kami tunggu bas di stesen bas yang sama untuk ke Gapyeong station seterusnya balik ke guest house semula. Bagi sesiapa yang tidak mahu ke Petite France, boleh lah turun di Gapyeong station dan ambil taxi untuk terus ke Nami Island.

Malam tu kami siap-siap packing apa yang perlu kami bawa sebab esoknya kami akan bergerak ke Sokcho. Perjalanan bakal mengambil masa selama 2 jam 30 minit dengan menaiki bas. Owner guest house sangat baik hati kerana membenarkan kami meninggalkan barang di sana. So, kami just bawa baju untuk sehari sahaja.. 

Mount Sorak, hang tunggu aku datang!!!!!!!!!!!





No comments:

Post a Comment