2 Febuari 2013
Tadaaa... Aku dan Cik DA dah sampai Shenzhen.. Bagaimana kami ke sana? Senang saja ok.. HK dan Shenzhen, China ni sebenarnya berjiran je..Macam Johor dan Singapore. Aku dari awal lagi memang plan nak singgah Shenzhen sebab nak pergi Window Of The Worlds. Teruja gedik-gedik.. Aku rasa antara Window of the Worlds dengan Disneyland, aku pilih WotW.. Jujur la kan, Disneyland memang tak kena dengan jiwa aku langsung! Cik DA pun cakap tak best. Pergi semata-mata nak menunaikan impian yang tak kesampaian masa kanak-kanak dulu je.hahaha.. Pagi hari ke-3 di HK, aku dan Cik DA terus kemas barang untuk ke Shenzhen.
Bye-bye HK
Lo Wu dan LuoHu stesen hanya bersempadan |
#Sila rujuk peta di atas
Untuk ke Shenzhen aku naik MTR line biru muda iaitu stesen East Tsim Sha Tsui terus ke stesen terakhir iaitu stesen Lo Wu. Kat stesen terakhir ni la aku dan Cik DA pulangkan kad octopus kat kaunter dan kami dapat kembali wang yang masih berbaki. Bila sampai je stesen Lo Wu, then jalan lebih kurang 5 minit anda akan sampai di stesen LuoHu Shenzhen. Mudah bukan? Aku dan Cik DA plan tak nak bermalam di Shenzhen pun sebab keesokkan pagi kami nak ke Yuexiu Park, Guangzhou. So, before pergi WotW aku dan Cik DA simpan barang dekat tempat penyimpanan luggage. Harga memang aku tak ingat.. Shenzhen metro stesen seriously sangat besar dan ramai orang. Aku dan Cik DA terkial-kial juga mencari tempat nak simpan luggage..Dah setel, kami pun bergerak menuju destinasi impian...hahaha.. (dalam hati tak sabo-sabo nak bergambar dekat Eiffel Tower..Yuhuuu!!!.)
Naik subway dari LuoHu stesen line hijau terus je ke stesen WotW. Tiket beli sendiri dekat mesin tiket. Harga kalau tak silap aku RM2 sehala..
WotW sangat popular di kalangan pelancong luar. WotW adalah sebuah taman replika yang terletak di bahagian barat bandar Shenzhen, China. Ia menempatkan kira-kira 130 bangunan yang menjadi identiti setiap negara di seluruh dunia. Contohnya, Eiffel Tower, Taj Mahal, Niagara Fall, Colosseum, Leaning Tower, Angkor wat, Pyramid dan sebagainya. Tapi KLCC tidak menampakkan batang hidungnya..sadis.. Harga tiket CNY160 iaitu lebih kurang RM80. Ada peristiwa yang tak boleh dilupakan semasa di sini. Aku akan stori di entri 5 unforgettable moments during Guangzhou-HK-Shenzhen-Guangzhou trip. Nantikan...
|
No comments:
Post a Comment