Entri ni merupakan sambungan daripada entri http://gajahgenduts03.blogspot.com/2015/01/a-winter-story-korea-trip-day-5-street.html .Aku malas giler nak menaip panjang-panjang. No idea. Otak tak berkembang akibat kekangan masa menyebabkan idea tak dapat dijana dengan sempurna. Hiperbola sangat minah ni!
Lepas cover street art Ihwadong, aku dan Cik R tiada perancangan nak pergi mana-mana pun. Melissa ajak kami follow dia round tempat lain pulak. Aku dan Cik R pun on je. Asalkan dapat berjalan. So, our next destination is Gwangjang Market. Dari stesen Hyehwa (line biru muda), kami turun di Dongdaemun History & Culture Park. Aku tak sure exit berapa. Tapi lepas exit dan jalan beberapa minit, aku jumpa Doota dan Cheonggyecheon Stream.
Area luar doota ni ada satu peti pos yang sediakan poskad sempena Christmas. Yang best anda boleh send poskad ni ke luar negara secara percuma. Cuma setiap orang hanya boleh send 5 poskad je. Kemain semangat Cik R menunggu turn untuk wish Merry Christmas kepada saudara mara dia nun jauh dari perautauan. Tapi minah dua orang kat atas tuh tak kasi chance langsung. Aku syak dorang tulis lebih daripada 5 poskad!
Nampak kan Cheonggyecheon Stream di atas? Kami jalan terus sampai ke hujung simpang. Kemudian belok kanan dan sebelah kiri anda akan kelihatan GwangJang Market. Kena cross jalan dulu untuk ke sini. Bagi sesiapa yang tak tahu pasal market ni, aku sediakan sedikit info mengenai market ni.
Established in 1905, GwangjangMarket is one of Korea's largest traditional markets as well as Korea's oldest market with over 100 years of history. Visitors can get quality silk goods, bedding, fabric, hanbok, kitchenware and clothing sold at both wholesale and retail prices. One thing that Gwangjang Market is famous for will be none other than its street food delicacies including 전 (Korean Pancakes), 회 (raw fish/sashimi), 순대국 (Blood Sausage Soup), 비빔밥 Bibimbap, 떡볶이 (Tteokbokki) and more.
Actually aku tak tau langsung pasal market ni. Disebabkan follow orang, layankan jelah.. Market ni sesak dengan manusia yang datang untuk lepak dan makan-makan. Aku rasa sesiapa yang layan drama ataupun game show Korea akan tahu yang Korean memang suka makan oink oink.. Market ni tak terkecuali penuh dengan kepala, kaki dan bla bla oink oink. Geli! Kalau tak masuk kecik hati pulak si Melissa. Selain oink oink, aku tengok menu lain yang top adalah Korean pancake yang digoreng panas-panas. Ada pancake sayur, seafood dan goguma. Korean pancake memang menjadi kegilaan kot sebab aku perasan banyak giler gerai yang jual pancake semata-mata.
|
Korean Pancake |
Tengah round-round, nampak satu gerai (rujuk gambar di atas) penuh dengan pembeli. Aku musykil lalu sesi soal jawab dengan Melissa pun bermula. Kata Melissa, gerai tu pernah masuk dalam tv. Members 2 Days 1 Night pernah datang makan kedai ni. Tu je??? Motif???
Then kami decided pergi Myeongdong sebab aku nak sangat lepak minum coffee dekat mana-mana cafe. Lepas meredah lautan manusia dekat Myeongdong, kami sampai JHolic Cafe. Sementara menunggu coffee siap, Melissa pun start citer pasal cafe ni.
Melissa: U tau ke ini cafe famous maa.. Itu ahli JYJ punye.
Aku dan Cik R: Krik... krik... krik....
Melissa: You tau ker itu Kim JaeJoong???
Aku: Hmmm... macam kenal je.. Itu yang berlakon dengan Song Ji Hyo ker? (aku main agak-agak je)
Melissa: Hmmmm.. tak sure..
Aku: Okey, I try google dulu.
Tekaan aku ternyata tidak meleset sama sekali. Memang mamat yang berlakon dengan Song Ji Hyo ni lah Kim JaeJoong. Sorry, aku tak familiar dengan mamat ni. Tapi aku perasan banyak merchandise dia di Korea. Kiranya dia ni antara penyanyi/pelakon yang famous di Korea. Muka so so je pun.. Dislike! hahahaha....
Selepas membuat pesanan dan pembayaran, kita akan diberikan satu buzzer. Bila coffee dah siap, buzzer ni akan bergetar dan menyala seperti gambar di bawah. So, kena pergi sendiri ke kaunter dan ambil pesanan anda. Dah habis minum pun kena buang dalam tong sampah sendiri. Semuanya self service! Menurut kawan aku, negara maju banyak dah amalkan konsep macam ni.
Dekat resit ada signature Kim JaeJoong. Peminat-peminat kipas mati Kim JaeJoong boleh lah datang sini.
Paling best ada orang tu bawak balik straw Cafe JHolic untuk kasi dekat students. Limited edition okeh!
Akhirnya, habis sudah hari ke 5 di bumi Korea. Thanks Melissa!
#Hari ke 5 di Korea penuh dengan gambar Melissa je :)
No comments:
Post a Comment