Pukul 6 pagi aku and the geng get ready check out hotel untuk ke Ranau. Kalau dari Kota Kinabalu kita akan melalui area Tamparuli, Kundasang dan akhirnya Ranau. Perjalanan ke Ranau mengambil masa selama 2 jam. Kami terpaksa melalui laluan bengkang-bengkok dan berbukit-bukit. Uishhh memang mencabar jugak lah.. Tambah-tambah bila lori ada di hadapan kitaorang! Terpaksa tunggu time yang sesuai nak potong je.
So, our first destination is Poring Hot Spring. Ramai yang datang ke sini untuk berkelah dan bermandi-mandi. Bagi yang tidak mahu mandi, ada disediakan tempat untuk kita basahkan kaki je. Caj masuk yang dikenakan adalah sebanyak RM3. Terdapat juga taman rama-rama, canopy walkway, gua kelawar dan air terjunan Langanan di sini. Waktu kami di sini, cuaca teramat panas okeh. Kami mampu terjah canopy walk je.. Tu pun mengah-mengah memanjat untuk sampai ke area canopy walkway. Phewwwww.... Menitis-nitis peluh...
Canopy walkway ni setinggi 30 meter ye. Dengar macam tak tinggi je kan?kan? Padahal gayat jugak lah aku rasa.. Serammm.. Nak try canopy walkway ni kena berbayar. Lupa pulak RM berapa. Paling tak menahan, kalau bawak kamera atau fon akan dikenakan caj tambahan lagi. Waina kau!!! Keluar habis bahasa sabah aku time tu. hahaha... Ingatkan dekat sini je bawa kamera dikenakan caj extra. Rupa-rupanya time nak bergurau senda dengan ikan kelah dekat Tagal pun 2x5.
Lepas Poring Hot Spring, kami ke Tagal pulak. Tagal ni kira destinasi wajib yang patut pelancong terjah kalau ke KK. Sebab dekat sini boleh jumpa ikan kelah yang sangat jinak dan sanggup memakan sisa-sisa kulit kaki anda yang yang yang.......... sambung sendiri ayat tu.. hahahaha... Ada tempoh masa yang diberikan untuk masuk ke sini. Aku lupa daaa.. Harga masuk RM5 untuk dewasa dan aku kena charge extra ye sebab bawak kamera. So, total RM8. Duit ohh duit...
|
Buah tarap. Katanya hanya boleh didapati di Sabah sahaja. |
Our last destination before kami check in lodge is Sabah Tea. Sabah Tea ni bersebelahan dengan Tagal je. Kalau uolls dari Kundasang, uolls akan jumpa simpang nak ke Poring Hot Poring, Sabah Tea dan last sekali barulah Tagal. Aku ni kan budget pemandangan dekat Sabah Tea ni ala-ala dekat Cameron Highland. Sampai je...hampa!
No comments:
Post a Comment