Tajuk di atas secara umumnya sahaja. Tajuk penuh adalah 5 Perkara Menarik Tentang Ho Chi Minh City Menurut Firasat Aku. hahaha... Lain orang lain pendapatnya. Maka aku ingin menegaskan sekali lagi bahawasanya entri ini dibuat atas pendapat dan pengalaman aku sendiri. Korang jangan pulak nak bidas ek. Kang aku cepuk kepala sekali...wakakaka.. (gelak baru sekarang nampak!).
5 Perkara Menarik Tentang Ho Chi Minh City adalah:
1) Rakyat Vietnam boleh berbahasa melayu
Kalau korang stay area Ben Than Market, majoriti peniaga boleh berbahasa melayu. Bila lalu je depan mereka, korang akan dengar la aunty atau uncle ni panggil korang macam ni, adik, kakak mari, mari.. murah!murah! Ada yang siap fasih berbahasa melayu lagi. Aku dan Cik Ain memang tak speaking dah habaq hang. Mostly kami bantai cakap bahasa melayu je. Lagi Senang! Sesiapa yang menginap di Saigon Pink Hotel mesti akan nampak bellboy bernama Tung Nguyen. Kemain popular dia ni.. Hari ketiga baru sempat aku dan Cik Ain bertegur sapa dengan dia. Kemain bersemangat dia bercerita dekat aku dan Cik Ain. Dia cakap gadis Malaysia cakap dia macam Tomok la pastu siap ada yang bagi hadiah jam (sambil tunjuk jam yang dia pakai tu). Amboiiii ko Tung, sampai tahap macam tu orang Malaysia sayang ko. Aku dan Cik Ain berpendapat dia ni nice la. That why orang Malaysia yang menginap kat sini boleh kamceng dengan dia. Aku ambil kesempatan jugak korek info pasal Vietnam kat dia. So bagi membalas jasa ko Tung Nguyen, aku dah berjanji nak promote gambar ko di blog aku. muahahaha.. Selain itu, si Tung ni cakap sangat mudah nak belajar bahasa melayu. Aku suruh la dia ajar simple word seperti terima kasih dalam bahasa Vietnam. Kemain tergeliat nak sebut. Aku surrender awal-awal. Susah!
Tung Nguyen |
Kanak-kanak di bawah ni pula berumur 11 tahun. Masih memakai uniform di waktu malam kerana menolong ibunya berniaga. Yang paling aku kagum dengan budak ni, dia boleh bercakap 15 bahasa. Ooo maaakkk kaauuuu!!!! Kita yang dah lama hidup ni pun tak mampu nak menguasai lebih dari dua bahasa. Katanya, dari umur setahun dia follow mak dia merantau ke negara luar untuk berniaga. Akhirnya, umur 11 tahun dia dah mampu cakap 15 bahasa habaq hang. Bahasa melayu dan english dia memang fasih. Aku test dia suruh cakap bahasa korea pulak. Kemain dia ber'anyo haseyo'..hahaha..
2) Skill Menunggang Motorsikal
Seperti yang sedia maklum, pengangkutan utama penduduk di sana adalah motorsikal. Memandangkan Vietnam bukan negara maju maka tidak pelik lah bila tidak ramai penduduk yang mampu memiliki kereta sendiri. Skill menunggang motorsikal mereka agak mengagumkan bagi aku sampai boleh kena heart attack.hahaha.. Serius sangat scary okeh! Tambah-tambah part round board atau simpang yang tiada traffic light.. Lagi boleh kena heart attack bila nak melintas jalan. Mula-mula sampai di Ho Chi Minh City, aku dan Cik Ain memang agak gabra nak melintas. Tapi kebanyakkan yang pernah datang ke sini mengatakan penunggang motorsikal akan automatik berhenti atau mengelak bila melihat kita sedang melintas. Pada aku still kena berhati-hati dengan pandang kiri dan kanan dahulu sebelum melintas. Tak boleh main terjah je.. Satu lagi, korang perasan kan yang patern helmet mereka ni sangat colourful dan bermacam-macam design. Yang penting helmet mereka ni jenis helmet 'steng' (helmet setengah atau separuh). Unik dan sangat rare!
3) Gajah
Sepanjang berada di Ho Chi Minh City, aku dan Cik Ain perasan terdapat banyak cenderahati berbentuk gajah, monyet dan kerbau. Peminat gajah seperti aku berasa agak musykil dan tertanya-tanya kenapa mesti gajah? Thailand yang terkenal dengan gajah pun tidak menjual sebegitu banyak cenderahati berbentuk gajah (berdasarkan pengalaman aku ke Bangkok dahulu). Jadi aku pun bertanya kepada peniaga di Cho Ben Thanh dan dia mengatakan gajah memang menjadi identiti negara Vietnam. Yeker? Aku ada buktinya..
Let me show u...
Taraaaa....
Dekat duit 1000 dong pun ada gambar gajah. Maka kemusykilan aku kini sudah terjawab. Sekian..
Aku yang merupakan peminat haiwan bernama gajah sudah pasti tidak melepaskan peluang membeli cenderahati berbentuk gajah untuk simpanan peribadi. Aku nak share juga beberapa keping gambar cenderahati berbentuk haiwan kesayanganku yang sempat diambil sepanjang berada di sana. Macam comel je, macam cantik je... :)
Dari kiri: Encik Gajah, Puan Monyet dan Cik Kerbau |
aku punya! |
Puppet |
info yg sangat berguna. trima kasih banyak2. tak sabar nak ke HCM hujung bln ni
ReplyDeletewelcome.. enjoy ur trip!
ReplyDeleteWah.. syoknya.. memang teringin nak pergi tapi bukan tahun ni sebabnya tahun ni jadual berjalan macam dah pack je. hehehe
ReplyDeletesp yg kaki shopping mmg sgt2 dialu2kan ke HCMC..hehehe
DeleteHi. Informative and lots of nice pics...love the cute bags. Ada masa singgah lah Kenapa Perlu Penapis Air?
ReplyDeleteBaru balik vietnam ni.. Terkenang-kenang vietnam bila baca entry ni..hihi
ReplyDeletesama..nk turun HCMC lagi semata-mata nak makan pho n minum ice coffee die...gulppppp...sedapnya!
DeleteOhh kami tak cuba pun makan pho n minum ice coffee dia...tp kawan ada minum tp tak cakap sedap ke..ape ke..huhu...
DeleteMemang betul. Saya dah jumpa budak tu. Dia kata namanya Siti Nurhalizi .. Huhu..memang sangat fasih berbahasa melayu. Dah macam orang malaysia.
ReplyDeleteBiar betul dia kata nama die Siti Nurhalizi???hahhahaa.. Nama glamer mungkin!
DeleteSememangnya kat sana Bahasa melayu/indo dijadikan bahasa rasmi kedua
ReplyDelete