A Winter Story: Korea Trip (Day 7) - Changdeokgung Palace, Bukchon Hanok Village, Namsagol Hanok Village And Yoogane, Myeongdong
Hari terakhir kami di Seoul. Banyak tempat rasanya belum pergi. Mendoakan ada rezeki lagi dapat repeat trip ke Korea. Esoknya kami akan gerak ke Busan pula.
Lepas breakfast, kami plan nak ke Changdeokgung Palace. Palace ni agak berdekatan jugaklah dengan our guest house di Hyehwa. Tapi kalau nak menapak, agak take time jugak lah. Sebab tu plan nak naik taxi je. Kami dikenakan caj taxi sebayak 3000 won. Just touch your t-money. Selesai masalah! Sampai dekat kaunter, plan nak beli sekali pakej tiket masuk Secret Garden. Malangnya untuk english tour start pukul 11.30 pagi dan 1.30 pagi. Waktu kami sampai lebih kurang pukul 9.30 pagi. Tak kan nak tunggu lagi 2 jam? So, cancel pakej Secret Garden. Sedih!
Lagi bertambah malang bila aku jatuh tergolek-golek kat sini. hahahaha.. Time tu Cik R sibuk belek beg dia. Yang ada just sekumpulan geng foreigner yang sibuk mendengar taklimat. Tengah best nak ambil gambar, kaki aku tersandung lalu jatuh atas pasir. Aduihhhhh!!!! Syukur sebab hanya seorang je minah saleh yang nampak. Cik R yang duduk berhampiran pun tak sedar. Bila ingat balik, tak menahan nak gelak. Lepas jatuh, terus bangun check seluar risau terkoyak! Kah kah kah....
Info mengenai Changdeokgung Palace boleh rujuk gambar di bawah. Kalau tak salah aku ada lagi 2 buah palace dekat Seoul dan aku tak pergi palaces tu sebab ianya tutup pada hari berkenaan. Sesiapa yang nak ke mana-mana palace dekat Seoul, sila check dulu ye. Kang tak pasal-pasal buang masa begitu sahaja.
Kagum kan tengok istana besar dekat bandar Seoul. Ada sebahagian darinya recontructed untuk mengekalkan balik binaan berkenaan di Korea. Next, kami ke Bukchon Hanok Village pula. Bukchon Hanok Village juga berdekatan dengan Changdeokgung Palace je. Lebih kurang 15 minutes walk mungkin! Keluar je dari pintu istana, kami belok ke kanan. Lebih kurang 10 minutes walk, kami belok ke kanan. Teruskan berjalan dan anda akan dapat lihat rumah-rumah trandisonal Korea di sebelah kiri dan kanan anda.
Terdapat lebih 900 buah rumah tradisional di kawasan ini. Tapi aku dan Cik R sempat lihat beberapa buah je. Tak mampu nak cover satu village. Ada blogger mengatakan di sinilah tempat pengambaraan drama Personal Taste dilakukan. Serius sangat nice! Tambah-tambah aku suka dengan rustic design. Kedai-kedai area sini punya deco sangat menarik dan unik.
Basikal dan payung atas bumbung kedai uolls.. Aku yakin owner ni tengok filem P.Ramlee yang ada adegan moto naik atas bumbung. So, dia aplikasikan apa yang dia tengok dekat kedai die. hew hew hew...
Menarik nama kedai makan ni. Kalau buang huruf q lagi menarik dan tertarik kau memang da bom! hahhahaha..
Antara mission aku ke Korea adalah untuk try pakai hanbok. Hasil research aku, dekat Namsagol Hanok Village ada disediakan perkhidmatan menyewa hanbok. Harga lebih kurang 3000 won. Aku baru tau yang rupa-rupanya Namsagol Hanok Village ni bersebelahan dengan Namsan Tower je. Ohhh rasa tertipu! Tepuk dahi sekali. Sampai je sana, aleh-aleh terpampang besar kedai gambar Arirang Studio yang sediakan servis sewa hanbok plus ambil gambar sekali. Bila tengok price, tepuk dahi dua kali!Hmmm... kempunan la gamaknya.
Tengok kasut ni teringat dekat triplet anak kepada Song Il Gook dengan Lee Haru dalam citer The Return of Superman. Kasut ni diperbuat daripada jerami padi. Kreatif!
Dari Namsagol Hanok Village dah boleh nampak batang hidung Namsan Tower. Next time, masukkan skali Namsagol Hanok Village dan Namsan Tower dalam list hari yang sama je.
Next, nak cari makan pulak. Aku dan Cik R terjah kedai makan Yoogane di Myeongdong. Kedai ni antara yang top di kalangan blogger-blogger Malaysia. So, dari stesen Myeondong, ambil exit 6 or 7. Nampak Nature Republic dan depan tu ada LLOYD. Korang kena belok kanan depan kedai LLOYD tu. Teruskan berjalan dan lihat sebelah kiri. Kedai Yoogane ni berada di sebelah kiri anda dan ianya betul-betul bersebelahan dengan GS25.
Oppa, marinated seafood fried rice dua! Euuwwww.. Tak kuasa nak ber'oppa-oppa' ni. Rasa nasi goreng ni not bad! Tambah-tambah makan time lapar. Rasa macam tak cukup pun ada. hahaha.. Waiter akan datang ke meja dan dia akan tolong gorengkan dari mula sampai siap dimasak. Side dish seperti kimchi, sayur kobis, pickled radish dan lain-lain boleh diambil sendiri. Free of charge!
Before ni aku dah pernah makan kimchi tapi serius tak lalu. Anak tekak tak boleh terima. Tapi dekat Korea aku boleh pulak makan. Apakah petanda ini??? Kebulur???? Kui kui kui...
Kami balik ke guest house agak awal sebab nak kemas barang siap-siap. Get ready to Busan tommorow!
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment