Total Pageviews

Monday 25 November 2013

Sarawak 2010

Sorry, kisah ini sudah lama basi... (Bagitau siap-siap)

   Aku malas nak tulis pasal pengalaman ke Sarawak sebenarnya sebab dah tak ingat banyak benda yang berlaku sepanjang trip di sana. Aku kan pelupa sikit.. Kadang-kadang bila kawan-kawan aku cerita kisah masa zaman belajar 6, 7 tahun lepas, aku akan blurr kejap.. Then baru akan usaha mengingatnya balik. Ada satu hari tu adik beradik aku citer pasal perangai hodoh aku masa kecik-kecik tapi aku buat muka macam tak bersalah sebab aku dah tak ingat.. Aku ingat part yang baik-baik je dan part yang buruk-buruk aku buang jauh-jauh. Baguskan aku?hehehe.. Bak kata Jep sepah time Maharaja Lawak, barang yang lepas jangan dikenang..

   Trip ke Sarawak aku pergi berdua je dengan adik laki aku.. Susah la kalau pergi trip ngan adik laki berdua je. Orang akan pandang pelik bila part nak check-in hotel.. Adoiii.. pandang lain macam je sebab masing-masing muda kan. Mesti mereka ingat aku dan adik laki aku ni kapel yang sosial then pergi trip sekali. Ceit! Ada satu peristiwa lagi yang menggelikan bulu ketiak sewaktu aku di sana. Tungguuuu....

   Flight aku ke Sarawak pada pukul 11 pagi kot. Lebih kurang la.. Flight dari Penang-Kuching, Sarawak mengambil masa selama 2 jam.. Pagi-pagi lagi mak aku dah ready hantar kami ke airport Bayan Lepas Penang. Aku sampai di Sarawak lebih kurang dalam pukul 1 petang. Sempat aku dan adik aku melantak dulu sebelum check-in hotel. Aku memang tak ingat hotel aku nama apa okeh!Harap mak long ye... Tapi lokasinya berhampiran dengan Kuching Waterfront. Time nak check-in ni la pekerja-pekerja hotel usha pelik kat aku sebab aku book 1 je bilik untuk dua orang (twin bedroom). Dalam hati nak je citer budak laki tu adik aku.. At the end, bila dah lepak-lepak dan kenal dengan pekerja hotel, aku cerita je laki tu adik aku..

 

 

 

 




   

 

 

   Kalau tak salah aku, aku stay di Sarawak 4 hari 3 malam.. Cukup kot 3 malam sebab macam tak menarik je tempat-tempat kat sana. 2 hari pun ok bagi aku kalau sesiapa nak ke Sarawak. Aktiviti kami banyak dihabiskan dengan melepak-lepak area Kuching Waterfront, berjalan kawasan sekitar dan juga ke Semenggoh Wildlife Centre. Suasana di Kuching pada waktu malam agak sunyi dan banyak kedai yang tutup. Akibat kebusanan yang teramat, aku dan adik aku buat tindakan bijak dengan pergi menonton wayang. Panggung wayang sebelah hotel la katakan.. Dua malam aku dan adik aku pergi tengok midnight movie.. 

   Okeh, aku dah bersedia bercerita kisah yang terjadi pada waktu malam di Kuching.. Ada sekali tu aku dan adik aku round-round area hotel. Ada banyak penjual-penjual jalanan menjual sejenis minyak gambir yang aku sendiri tidak tahu fungsinya. Yang paling aku tak suka, mereka ni jual benda-benda 18sx jugak.. Kalau jumpa benda-benda ni dekat Bangkok dan HK aku tak kisah sangat. So, aku memang tak layan penjual jalanan sedemikian rupa. Ntah macam mana adik aku pergi tanya pasal minyak gambir tu. Penjual tu kemain bercerita fungsi minyak tu bagi kaum lelaki bla..bla..bla.. Aku yang duduk jauh sikit ni dah bagi hint kat adik aku suruh blah.. Last-last penjual tu cakap macam ni kat adik aku. Katanya adik aku sesuai la pakai minyak ni sebab baru kahwin (sambil memandang kepada aku). Whattttt!!!!!!!?????? Terus aku bidas kata laki tu adik aku.. Terus dia say sorry... Eeeuuwwwww geli aku! Tak payah kot nak promote-promote barang tanpa tanya dulu..

 

 

 

Suasana waktu malam





    Hari kedua di Kuching kami join trip ke Semenggoh Wildlife Centre. Kami ambil pakej dekat hotel. Harga seorang aku tak ingat la. Rasa lebih kurang RM20-RM30 kot. Kalau tak salah aku dekat Kuching ni, lokasi tempat pelancongan dengan tempat pelancongan yang lain agak jauh. Memang tiada pilihan kecuali sewa kereta atau join mana-mana pakej yang disediakan. Pagi-pagi dah ada orang pick up kami naik van ke sana. Just aku dan adik aku je orang Malaysia yang join. Van kami penuh dengan mat dan minat saleh je. Sampai kat sana, dapek la aku nengok orang utan dari jarak yang dekat. Waktu sampai tu pulak memang ngam-ngam waktu orang utan ni makan, maka banyak la orang utan ni bergayut-gayutan dan menghampiri makanan yang disediakan.

 

 








 


   Bab makanan di Kuching ni macam tiada banyak pilihan. Aku dan adik aku makan di kedai muslim depan hotel je. Ade jual nasi campur dan makanan bergoreng. Harga pula rasanya agak mahal berbanding harga makanan di semenanjung. Ada sekali aku makan di Sebila Cafe area hotel jugak. Tapi kena rajin berjalan sikit baru boleh jumpa kedai makan ni sebab lokasinya tersorok sikit. First time aku try makan mee kolok dekat kedai ni la.. Rasanya ok ok je. Macam makan maggie dengan kuah sup plus kicap.. Aku try gak laksa sarawak kat sini. Rasa so so juga.. Mungkin sebab first time try kan dan aku tak tahu tahap kesedapan kedua-dua jenis makanan ni sebenarnya macam mana. Kalau tanya laksa penang atau laksa kedah aku tau la level kesedapan dia. Tak gitu? Sebab dah biasa makan kannn...








Licin mee kolok aku






   Gambar di bawah pula diambil sepanjang  di Waterfront, Kuching. Area Waterfront tu ada banyak gerai-gerai kraftangan. Aku rasa dekat Kuching je aku boleh beli keychain dengan harga 50 sen sebiji. Dah la banyak design and ada juga yang hand made. So banyak juga keychain dan fridge magnet yang aku angkut. Aku beli juga shoulder beg yang diperbuat daripada cantuman kain-kain batik Sarawak. Macam rare dan unik! Harga kalau tak salah RM15.












Shoulder bag yang berjaya dibeli. Selepas 3 tahun baru aku menggunakannya ketika ke HCM City.





   Kalau korang bercadang nak beli kek lapis Sarawak dan terubuk masin, boleh la naik sampan ni dengan menyeberang sungai Sarawak ni. Sekali naik sampan dikenakan caj 50 sen sekepala.. Dekat seberang sungai ada beberapa gerai makan dan gerai-gerai yang menjual terubuk masin dan kek lapis Sarawak. Sempat la aku dan adik aku lepak-lepak kat sini sambil tengok sunset..












  










Sekian, terima kasih

1 comment:

  1. Haiii mcm Mana kalau sy nak dapatkan beg Kain yg mcm dlm page

    ReplyDelete