Total Pageviews

Wednesday, 11 February 2015

A Winter Story: Korea Trip (Day 6) - Namsan Tower And Namdaemun Market

Dua bulan telah berlalu. Entri Korea tak habis-habis lagi taip! Hujung minggu ni aku akan terjah lagi 3 buah pulau di Semporna. So, hope sangat entri Korea dapat ditamatkan secepat mungkin bagi memberi ruang kepada entri terbaru.


Hari ke enam adalah hari bermalas-malasan. Rasa malas giler sampaikan aku dan Cik R catat record keluar dari guest house pukul 11 pagi. Bukan sebab bangun lambat tapi disebabkan oleh ter'over' leka bersembang dengan pekerja guest house. 


Keluar je dari guest house, kami terus terjah Daiso yang berhampiran dengan our guest house. Tujuannya nak mencari padlock! Nak ke Namsan Tower haruslah membawa padlock ye uolls. Saja je nak  menyemakkan ruang yang ada. Kalau boleh nak je bawak padlock besar gajah tapi tak mampu. Untuk lebih jimat, anda boleh bawa padlock siap-siap dari rumah. Kalau beli dekat Namsan Tower, kompem mahal. 


Aku round-round satu Daiso tapi padlock yang ada kecik je. Mampu nak tulis satu huruf je kot. Maka dapat la idea nak tulis atas benda lain asalkan ianya boleh digantung. Daiso di Korea lagi best compare dengan Daiso di Malaysia. Banyak jenis barang yang dijual dan harga barang bermula dengan 500 won. Tapi mostly barang di sana berharga 1000 won dan 5000 won.










Akhirnya, aku beli benda alah di bawah ni untuk digantung di Namsan Tower. Comel kan? Yang best 1000 won je. Nasib aku ada marker pen warna silver. So, elok bebenor tulis atas benda alah ni.











Aku dan Cik R plan tak nak naik cable car sebab nak save budget. Dari stesen Hyehwa, kami turun di di stesen Chungmuro. Kemudian exit 2 dan terus akan nampak pondok bas. Bas ke Namsan Tower bernombor 02 dan berwarna kuning. Kami bayar guna t-money je untuk ke Namsan Tower. Perjalanan nak ke sana sekejap je pun dan melalui kawasan yang berbukit. Selain naik bas dan cable car, anda boleh jugak jalan kaki sampai ke ke atas. Anda sanggup??? Phewwww.....














Tak best kalau anda tak menunjukkan skill conteng-menconteng sekiranya berada di Korea. Aku dan Cik R tak melepaskan peluang yang ada. Kalau buat perangai macam ni kat Malaysia, kompem dipandang keji oleh masyarakat. hahahaha....


** Siapa lah yang tulis ni???geli! hew hew hew








Aku suka giler tengok hiasan bunga seperti dalam gambar di atas. Merata-rata aku nampak bunga ni. Aku syak ianya sejenis sayur! Elok je kembang semerbak. Macam salad pun ye.. Kobis bunga pun macam ye.. Kesimpulannya????

Next destination is Namdaemun Market. Kami tunggu di pondok bas bernombor 05. Lebih kurang 15 minit, bas pun datang. Tujuan ke Namdaemun nak meng'usha' souvenir. Sebelum ni aku dan Cik R dah beli sikit keychain dan fm di Itaewon. Bila sampai je sana, market penuh dengan baju sejuk ala-ala old skool gitueww.. Ahjumma dan ahjusshi punya style!


Bila usha harga fm, aku dapati harga di Itaewon lebih murah. So, memang tak beli lah. Aku dan Cik R plan nak ke kedai tu semula nanti. Apa yang aku beli di Namdaemun Market???? Aku beli scarf je sebab murah. Sehelai 2000 won tapi made in China. Orang Korea pakai dekat leher tapi aku jadikan tudung. Yang penting tak perlu iron.











Aku rembat gak scarf yang made in Korea. Kualiti kain lagi better compare dengan yang made in China punya. Harga kalau tak silap aku lepas di bargain dapatlah sehelai 4000 won. Berkenaan harga souvenirs, aku banyak dapat info yang mengatakan harga bagi 4 biji fm lebih kurang 8000 won-10 000 won. Tapi dekat kedai Korean Souvernir di Itaewon, anda boleh beli 4 biji fm seperti gambar di bawah dengan harga 6000 won. Dah jimat 2000 won! Aku tak terjah Insadong, so aku tak sure harga fm di sana berapa won. Tapi berdasarkan pemerhatian aku selama 6 hari berada di Korea, harga 4 biji fm seperti gambar di bawah mostly dijual dengan harga 8000 won.







Keluar je dari stesen Itaewon, anda perlu exit 3 sekiranya nak ke masjid dan Muree Restaurant. Untuk ke kedai Korean Souvenir, kena ambil exit 4. Keluar je exit 4, jalan straight lebih kurang 5 minit. Then pandang sebelah kiri anda. Insyaallah jumpa kedai ni. Owner kedai boleh cakap melayu sikit-sikit. Yang tak menahan, dia asyik-asyik dok ulang ayat 'Insyaallah, murah..murah..'. Disebabkan beli banyak sourvenir, ahjusshi tu kasi gift. Ok la kan dari nan hado.



Lepas Namdaemun Market, kami terjah Muree Restaurant lagi. Kali ni makan macam sebulan tak makan! Ohh my........ 







Kemudian lepak dekat Holly Coffee Cafe dekat Myeongdong. Disebabkan keluar lewat pagi tu, so balik pun agak lewat jugaklah berbanding dengan hari-hari lain. Lagipun esok adalah hari terakhir kami berada di Seoul sebelum berangkat ke Busan. Kena gunakan masa yang ada secara maksimum!









Kebanyakkan dalam stesen subway penuh dengan kedai yang jual pelbagai jenis barang. Aleh-aleh terasa nak terjah kedai-kedai yang jual merchandise dekat Myeongdong station. Aku beli la jugak untuk aku dan kawan as kenangan walaupun aku bukan hardcore k-pop fan pun. Sambil usha-usha tu aku sempat la tanya owner kedai. Aku just nak tahu group kpop yang paling meletop sekarang. Owner tu reply group yang tengah top sekarang adalah Exo dan Apink. Ok, aku memang tak pernah dengar lagu kedua-dua group ni pun. hew hew hew...





Sanggup beli t-money berharga 10000 won semata-mata ada gambar artis kpop??? Ohhhh noooooo!!!!!!!!!!!!








Yes! Habis jugak entri day 6... So masih berbaki lagi 3 entri lagi. Harap dapat habiskan dengan cepat. 

Assalamualaikum.




No comments:

Post a Comment