Total Pageviews

Monday, 28 October 2013

Ho Chi Minh City Part 6: Mari Kita Pulang!

Akhirnya trip selama 4 hari 3 malam hampir menemui penamatnya. Sehari sebelum berangkat pulang, aku dan Cik Ain dah packing barang siap-siap. Sebelum tu, aku dan Cik Ain ada beli beg baru untuk mengisi hasil tangkapan. Aku kagum dengan Cik Ain kerana dia berjaya memuatkan barang-barang yang dibeli dengan memaksimumkan ruang beg yang ada. Maka beg aku dan Cik Ain kelihatan sangat padat dan berat! Aku ada mengalami symptom sakit badan selama 2 hari selepas sampai di Malaysia. Pastu keje nak membuta je sebab tak larat nak bangun. Kata mak aku, tu la.. eksyen sangat nak angkut beg berat-berat.. Nak je aku reply macam ni, ni baru rare mak! hahahaha..

 

 

layan BoBoiBoy sebelum balik Malaysia

berat dan padat! 

   

 

   Aku dan Cik Ain buat keputusan tak nak naik taxi walaupun beg yang terpaksa diangkut amat berat okeh. Keputusan ini diambil sebab kami tak cukup wang dong untuk bayar kepada pemandu taxi. Lagipun kalau naik bas lebih jimat dan mencabar! Selain tu dapat juga menikmati panorama Ho Chi Minh City buat kali terakhir. Sebelum berangkat pulang, aku dan Cik Ain round kawasan sekitar dan Cho Ben Thanh sepuas-puasnya.

 

 




buah ciku




   Selepas check out hotel, aku dan Cik Ain sempat membeli kopi ais di gerai Amin Halal untuk dinikmati sewaktu di dalam bas. Cik Ain juga membeli serbuk kopi di gerai Amin Halal. Harganya lebih mahal sedikit tetapi campuran serbuk kopi memang dibuat sendiri oleh peniaga tersebut. Risau juga kalau beli kopi di tempat lain dan rasanya tidak memuaskan hati. Lebih kurang pukul 11 pagi, aku dan Cik Ain bergerak ke stesen bas Ben Thanh dan menaiki bas bernombor 152 untuk ke airport. Harga tiket bernilai 5000 dong untuk seorang. Tetapi aku dan Cik Ain perlu membayar 10000 dong setiap orang kerana membawa beg yang besar. 10000 dong kalau ditukar kepada ringgit bernilai lebih kurang RM1.50. Jauh lebih murah jika menaiki taxi.. Perjalanan ke airport mengambil masa selama 30-40 minit. Bagi sesiapa yang mahu ke Ho Chi Minh City, anda patut mencuba pengangkutan bas yang sedia. Bagi yang mahu menaiki taxi, taxi Vinasun adalah syarikat taxi yang paling digemari oleh rakyat Malaysia setakat ini. Hasil dari pembacaan aku, ada terdapat taxi dari syarikat lain yang suka mengambil kesempatan ke atas penumpang. Yang penting, pastikan taxi yang anda naiki menggunakan meter!

 

 

taxi Vinasun












   Sampai di airport kelihatan ramai kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik serta pakcik-pakcik yang turut mahu balik  ke Malaysia. Aku dan Cik Ain ada juga beramah mesra dengan mereka ni. Lagipun sesama rakyat Malaysia kan.. Tak kan nak menyombong pulak. Tiada faedah kalau mahu berbuat demikian. Teringat pengalaman aku dan Cik DA di Shenzhen. Aku dan Cik DA ditegur oleh satu chinese family dari Ipoh. Sempat kami berbual dengan mereka sekejap. Bila travel ke luar negara, aku dapat lihat banyak ragam manusia. Kata orang, yang baik jadikan ikutan manakala yang buruk jadikan sempadan. 

 

 




 

 

 

 

   Akhir sekali, apa yang boleh aku katakan trip kali ini berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.. Segala urusan sepanjang berada di Ho Chi Minh City dipermudahkan. Matlamat trip juga berjaya dicapai. Kemain lagi siap bermatlamat bagai. hahahaha.. Kalau korang perasan, aku tak pergi ke Chu Chi Tunnel pun disebabkan aku dah pernah pergi ke tunnel lebih kurang macam tu dekat Thailand dulu. Merasa juga dulu aku masuk terowong bawah tanah. Sekarang aku yakin confirm tak boleh masuk sebab masalah kegemukan melampau!hahaha.. Diharap maklumat yang aku bagi sepanjang di sini mampu membantu traveller yang lain. Nantikan entri terakhir aku nanti yang bertajuk 5 Perkara Menarik Tentang Ho Chi Minh City. Tunggu tau!

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment