Total Pageviews

Sunday, 13 October 2013

Ho Chi Minh City Part 1: Trip pertama dengan Cik Ain

Aku dan Cik Ain dah lama tak berjumpa selepas tamat praktikal. Dalam 3 bulan jugak tak berjumpa tapi still contact each other sebab dah plan nak travel sekali kan. Urusan booking tiket flight diuruskan oleh aku sendiri. Tiket flight dibeli pada 3 bulan yang lepas. Harga tiket RM350 seorang. Rugi je tak rebut tiket masa promo sebelum tu. Kalau tak salah lebih kurang RM250 je seorang.. Nasi sudah menjadi bubur!

   Sebelum berlepas memang aku as usual akan buat review pasal tempat yang nak diterokai..Perghhh ayat!hahaha.. Aku terjah blog-blog orang lain dan catat apa yang patut. Contohnya kena ambil tahu pasal tukaran mata wang, sistem pengangkutan yang boleh digunakan, makanan halal, hotel dan lain-lain. Aku dan Cik Ain dah berjanji nak berjumpa sehari sebelum berlepas. Maka hari sabtu, kami berjumpa di KL Sentral. Makan-makan, borak-borak sampai maghrib then gelabah sebab tak tukar duit langsung lagi. Plan nak tukar dekat Ampang Park sebab memang berbaloi tukar dekat sana. So, kami ambil keputusan tukar sikit je dulu dekat KL Sentral sebab risau money changer dekat Ampang Park tu tutup. Kalau dah tukar sikit dah ok sebab fikir nak bayar duit tambang bas je pun. Selebihnya boleh tukar dekat sana atau pakai je duit RM sebab mereka terima duit RM untuk membeli belah atau makan.  

   Duit yang kami diterima semua wang kertas bernilai 100000 dong atau lebih kurang RM15. Selama travel ke sana, tak pernah nampak pun duit syiling mereka. Nilai wang yang paling kecil aku terima adalah wang kertas bernilai 1000 dong. Musykil sekejap! Kalau dekat Malaysia tiket bas boleh dibayar menggunakan duit syiling atau wang kertas tapi dekat Vietnam semua pakai duit kertas je. So, memang tiada duit syiling lah ek?erkkk..Kena tanya si Tung Nguyen la nampaknya.. Hello Tung! I already pm u.. I need ur help to get the right info..hahahaha.. Si Tung Nguyen ni kami kenal secara tak sengaja pun. Nanti i citer pasal dia okeh!

 

   

 

 

   Setel tukar wang, kami terus naik lrt ke Ampang Park. Kedai money changer masih buka! Maka berlaku la urusan tukar menukar wang. Masa pergi ke China-HK dulu pun aku tukar kat sini sebab berbaloi compare dengan tempat lain. Tapi asal nak tukar je aku dah start pening nak kira duit.. Tambah-tambah pak cik tu kasi duit di bawah dekat aku dengan Cik Ain. Aku dan Cik Ain kira-kira then rasa macam tak cukup je.. Ke pak cik tu salah kira atau dengan kata lainnya nak tipu kami? Dalam 5 minit macam tu, baru tersedar yang duit yang kami terima tu bukan vietnam dong tapi korea won. Cissss.... Salah siapa?Mari kita gelak beramai-ramai..kahkahkah.. Aku mintak tukar Vietnam dong kot bukannya korea won. Wang kertas tu pulak kaler lebih kurang je plus ada gambar pak cik berjanggut. Laju-laju kami pergi tukar balik sambil gelak-gelak.. 

 

 

 

Dah dapat petanda kena pergi Korea tahun depan!

   

 

 

   Pukul 3 pagi aku dan Cik Ain dah menapak di LCCT. Terpaksa turun awal sebab adik aku ada urusan lain pagi tu. Walaupun pagi-pagi buta dah menapak, tapi LCCT tetap meriah je aku rasa. Tak la rasa bosan sangat.. Flight aku pukul 7.05 pagi. Selepas subuh, kami dah get ready untuk boarding. Flight delay pulak. Lebih kurang pukul 7.30 baru flight berlepas sebab dengar announcement. Akibat tak cukup tidur, sekali lagi aku dan Cik Ain buang tabiat. Tak sempat 5 minit flight berlepas, kami dah tido mati. Jujur tak sedar langsung bila flight attendant buat penerangan tentang langkah-langkah keselamatan semasa penerbangan. Hahahaha.. Bak kata Cik Ain, dia duduk atas gunung atau dalam hutan pun boleh tido lena.. 30 minit sebelum mendarat baru aku terjaga sambil tengeh-tengeh mata dan betulkan shawl yang sudah serabai itu.

 

 

 



   

 

 

   Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami mendarat di Tan Son Nhat International Airport. Kalau ikut jam di HCM City, baru pukul 8.30 pagi sebab masa di sana lewat sejam berbanding di Malaysia. Perjalanan memakan masa selama 2 jam. Sebelum mendarat, sempat la tengok view HCM City atau nama lainnya Saigon dari atas. 

 

 

 


Mekong Delta


Cik Ain kata bandar HCM City nampak macam sampah dari atas..hahahaha..

 

 

 

To be continue.....

No comments:

Post a Comment