Total Pageviews

Monday 19 August 2013

Ada Apa Dengan Bangkok?

Kita sambung lagi entri pasal Bangkok. Aku berjanji ni merupakan entri yang terakhir memandangkan otak aku dah tak terdaya mengingat kembali memori dua tahun lepas..

   Ada apa dengan Bangkok? Menarik ke? Sama tak dengan Malaysia tak? Bagi aku, Bangkok ni mempunyai keunikanya yang tersendiri. Contohnya Floating Market Dumneon Saduak yang mampu menarik pelancong seluruh dunia. Kalau berkunjung ke Bangkok, aku suggest kan korang untuk datang ke tempat ni. Tapi sila buat review sedikit supaya tak terkono macam eden.. Menyesal habaq hang!hahahaha... Sampai sekarang adik aku still mengungkit kisah lama ini. So, aku belajar dari kesilapan. Next trip, aku akan pastikan aku buat persediaan yang selengkapnya.

 

Unik!

 

 

Ada lagi yang lebih unik....... 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Style rambut mak cik memang awesome!Unik bukan?

  

 

 Makanan kat Bangkok macam mana pulak?Lazatkah?Senang tak nak cari makanan halal?Bagi aku agak sukar la..Kalau ada pun, antara yakin dengan tak je. Tambah-tambah aku tak search langsung pasal kedai yang jual makanan halal di sekitar Bangkok. Untuk elak lapar, sila tapau je maggie dan roti dari rumah. Kalau rasa nak jugak cuba kelainan makanan di Bangkok, boleh la cuba makanan di bawah ni. Tu pun kalau anda yakin dan berani! 

 

 

 

 


 

  Bagi penggemar vespa, bandar Bangkok memang dipenuhi dengan vespa. Kalau di Malaysia, vespa memang agak sukar didapati tapi sebaliknya berlaku di Bangkok. Aku akan buktikan dengan koleksi gambar vespa yang diambil sepanjang berada di Bangkok selepas ini. Jika di Malaysia vespa diklasifikasikan sebagai barangan antik tetapi di Bangkok ia menjadi pengangkutan peniaga untuk mengangkut barang. Confirm penggemar vespa termasuklah abang dan adik aku geram melihat vespa-vespa di bawah diperlakukan seperti itu...

 

 









    

   Finally, habis jugak cerita percutian ke Bangkok ni. Selamat tinggal Bangkok. Boleh la otak aku rest kejap..

 


Pakcik-pakcik nak p mana tu pakai baju seragam???

Add caption

  

No comments:

Post a Comment