Total Pageviews

Wednesday, 21 August 2013

Guangzhou-HK-Shenzhen-Guangzhou trip part 3: The Peak

31 Januari 2013

 



Kita sambung lagi entri semasa di HK..Harap dapat memberi informasi kepada sesiapa yang bercadang nak travel ke HK. 

   Masuk je bilik, aku dan Cik DA mandi dan rehat jap. Petang tu kami nak ke The Peak pulak. Kami beli tiket pakej naik tram+Madame Tussaud siap-siap dekat hotel. Tiket untuk masuk ke Disneyland pun aku beli kat hotel je. Memang lebih murah compare kalau beli dekat kaunter tiket. Harga tiket aku tak ingat la pulak. Korang boleh google search sendiri la ek..

   Untuk sampai ke The Peak, aku naik MTR line merah dari stesen Tsim Sha Tsui dan terus ke stesen central #boleh rujuk MTR map#. Dari stesen central, aku jalan kaki ikut signboard yang ada sepanjang jalan untuk sampai ke The Peak. 

 

 









Ting tong... 

   Kita dah sampai dekat pintu kaunter tiket The Peak.. The Peak merupakan titik tertinggi di Pulau Hong Kong. Nak ke The Peak kita kena naik Peak tram. Madame Tussaud sedia menanti di atas sana. Waktu kami naik, orang memang tak ramai lagi. Waktu turun dari The Peak, memang penuh dengan manusia je.. Memang rezeki aku dan Cik DA la sampai awal. Kalau tak, terpaksa kami beratur dan berebut-rebut dengan manusia yang tersangatlah ramai.

 

 


Peak tram

  

 

 Bagi aku Madame Tussaud ni so so je... Tapi kalau korang nak datang sini next time, baik tak payah la masuk. Naik tram sampai The Peak pun dah ok. Sekarang Malaysia pun dah ada koleksi patung lilin dekat i-city Shah Alam. Siap ada patung lilin Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj lagi.. Hari tu mak aku bising kenapa Malaysia tak buat patung lilin pejuang-pejuang Malaysia seperti Mat Kilau dan lain-lain pas tengok news dekat tv. Semangat tak mak aku???

 

 

#Antara gambar yang diambil semasa di Madam Tussaud.

 














 

 

No comments:

Post a Comment