31 Januari 2013
Untuk ke Hong Kong (Kowloon station also known as Hung Hom
station) dari Guangzhou memang kena naik train dari Guangzhou East Railway
Station. Stesen keretapi lain seperti Guangzhou Railway Station dan seangkatan
dengannya tidak menyediakan perkhidmatan ke Hong Kong (if I’m not mistaken).
Ada jugak perkhidmatan bas untuk ke Hong Kong tapi aku tak pasti di mana
lokasinya. Asalnya memang aku plan nak naik train paling awal pukul 8.19 pagi (T801)
tapi buka je kaunter, terus penjual tiket tu tampal notis kata tiket dah habis. Hancur hatiku! So, aku beli tiket next train pukul 9.04 pagi (T807) dan train
sampai di Hong Kong pada pukul 11.02 pagi. Tiket boleh dibayar menggunakan 2
jenis matawang samaada RMB atau HKD. Harga tiket RMB154/HKD190. RMB154 dibahagi
2 bersamaan dengan RM77 duit Malaysia. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam.
Kalau korang tanya view sepanjang perjalanan ke Hong Kong cantik ke tak, aku
tak tau nak jawab apa habaq hang..Aku yakin Cik DA pon tak tau nak jawab
sebabnya kami berdua tido mati sepanjang perjalanan. Letih punya pasal!
Sedar-sedar je dah sampai Hong Kong.
|
kaunter tiket ke Hong Kong
|
Bila sampai HK je rasa macam wangi je. Bersih! Rakyat punya la ramai..Sebijik macam kat Guangzhou. Masing-masing turun naik train
untuk ke mana-mana. Train di HK dikenali sebagai MTR dan sampai je dekat Hum
Hom station, aku dan Cik DA terus beli octopus card bagi memudahkan urusan
kami bergerak dengan menggunakan MTR. Kemudian kami naik MTR line biru
untuk ke stesen East Tsim Sha Tsui untuk check in dekat Carlton Guest House. Keluar
je dari stesen, jalan lebih kurang 5 minit anda akan sampai dekat bangunan Chungking
Mansion. Lokasi Carlton Guest House pulak betul-betul di dalam bangunan
Chungking Mansion. Dalam tu memang
terdapat banyak hotel dan kedai makan. Berdasarkan hasil pembacaan
aku, ramai yang cakap Chungking Mansion tu mengerikan sebab banyak foreigner (negro,
pakistan, bangla) yang akan approach kita untuk promote hotel masing-masing.
Aku dan Cik DA memang dah sedia dari awal untuk tak mau melayan sangat
makhluk-makhluk Tuhan ini. Masuk je bangunan tu, terus jalan
laju-laju..hahahaha…So, memang terselamat la..
|
Kawasan luar Chungking Mansion
|
Harga
hotel dan makanan di HK agak mahal. Confirm korang sentap kalau tengok hotel
dalam Chungking Mansion tu. Gila kecik! Bukak pintu terus nampak katil dan
tandas. Tandas plak betul-betul muat badan kita je. Kalau korang yang suka mandi
sambil menyanyi+menari, mintak maaf awal-awal ye.. Sila carik hotel lain. Harga
hotel area Chungking Mansion lebih kurang RM150 per night. Kalau korang rajin,
sila search harga Hong Kong Disneyland Hotel. Confirm mahal! Tak sesuai dengan
budget aku yang ciput ni.
Taraf hidup di HK memang tinggi. Sebab tu suma barang mahal. Tu belum aku citer harga makanan dekat Bismillah Kebab. Selain tu, aku sempat
la interview cleaner indon sorang ni. Gaji dia sebulan as a cleaner HKD12000.
Dia cakap memang nampak macam banyak tapi kos sara hidup mengatasi segala-galanya.
Pas tu dia bebel kena bayar sekian sekian la, tu la..ni la… Aku pun layankan je
sebab selain Cik DA, dengan dia je aku boleh cakap bahasa melayu..hahhaha….
Beberapa bulan lepas, aku ada tengok berita dekat tv yang mengatakan taraf hidup
dekat HK sangat tinggi sampai kos tido dalam sangkar pun RM500 sebulan..Dah la
sangkar kecik. Aku rasa kandang kambing atau reban ayam belakang umah nenek
korang lagi besar dan selesa!
#Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
salam, nak tanya..dari Guangzhou East Railway ke Kowloon to ada stop kat mana2 station or direct train?ada isi borang arrival or apa2 boran g ke nak masuk hong kong semasa dalam perjalanan dalam train..pls reply me...
ReplyDeleteWasalam. saya tak sure sbb saya tido sepanjang perjalanan. letih sebab xtido seharian.hehehe.. tapi don worry sebab klu dh nak smpai Kowloon, dorg akan announce n dalam skrin pon ade tulis. Dalam train, dorg akan kasi borg arrival n dapat sebotol air mineral free. So isi lah borg arrival tu macam biasa.
Deletehi salam. bole tahu tak visa nak apply visa macamana ya sbb trip sy dari guangzhow - HK - guangzhow balik. Flight balik Malaysia dr ggzhow. appreciate your reply :)
ReplyDelete