Total Pageviews

Wednesday, 12 November 2014

Land Below The Wind Trip: End Of Journey

Berbalik kepada entri sebelum ni, lepas Desa Dairy Farm, kami singgah kejap depan pintu Memorial Park. Ambil gambar di depan pintu je uolls sebab banyak tempat lagi nak singgah. Lupa nak cakap, kalau ke Kundasang banyak sayur murah-murah area tepi jalan besar. Boleh la singgah membeli kalau uolls rasa sayur tu tak layu dan tak busuk kalau bawa balik ke Semenanjung. Kalau tak silap aku, harga bagi 3 jenis sayur adalah RM10. So, boleh la pilih sayur campur-campur korang nak. Masa first time ke Kundasang dengan student dulu, aku sempat membeli cili warna putih. Kempunan wehhh sebab aku pernah makan cili putih tu dengan pho time dekat Ho Chi Minh City dulu. Slurpppppp……..





Pekan Kundasang








I like!!!!







Sepanjang nak ke Kota Kinabalu dari Kundasang, kami sempat singgah dan ambil gambar di Kinabalu Park, Pekan Nabalu, Jambatan Tamparuli, rumah terbalik dan Tanjung Aru. Kebanyakkan tempat ni kami singgah kejap-kejap je. Ambil gambar, tengok nature dan blah… hahaha.. Pada aku, antara tempat-tempat yang kami singgah, aku paling suka jambatan Tamparuli kot sebab ada nilai tersendiri dan ia juga menjadi identiti bagi daerah Tamparuli. Kira lagend la jambatan ni. Masih kukuh! Area jambatan ni ada pasar basah dan kering. Aku sempat beli pisang goreng RM3 tapi mak cik tu bagi penuh seplastik. Untung bah kalau berbahasa sabah dengan rakyat tempatan. 


Kinabalu Park















Pekan Nabalu
















Jambatan Tamparuli















Tiba-tiba aku teringat kisah ngeri. Aku bukan pembunuh!!! Aku tak bersalah!!! Ohhh tidakkkk!!!! Kisah ni terjadi lepas kami singgah Pekan Nabalu. Time tu hujan renyai-renyai dan kemudiannya semakin lebat. Jalan pulak bengkak-bengkok, naik dan turun bukit. Nak dijadikan cerita time turun bukit ntah macam mana tetiba ada seekor ayam yang rabun plus kurang cerdik melintas jalan tanpa memandang kiri dan kanan. Aku memang tak mampu nak elak. Kalau brek mngejut time jalan licin plus turun bukit memang boleh excident gamaknya. Maka, hilanglah nyawa seekor ayam kampung di Kundasang. Maafkan daku! Sobs sobs sobs...



Tanjung Aru is our last destination sebelum kami kembalikan semula kereta di airport. Tanjung Aru ni dekat sangat dengan airport. So, tak perlu risau nak tercari-cari. Dekat Tanjung Aru ni lah aku tercari-cari ais kacang buah yang hangat diperkatakan. Masa first time pergi Tanjung Aru, aku tak jumpa benda alah ni. Kali kedua aku pergi barulah jumpa. Memang lokasi gerai ni jauh sikit.. Kena menapak ke hujung persisiran pantai baru jumpa. Rasa ais kacang ni so so je.. Sedap lagi ais kacang coklat dekat Shah Alam uolls.. Tapi yang bestnya, buah die berlambak-lambak dan pelbagai jenis. Boleh lah try kalau anda penggila buah tegar macam aku.



Kesimpulannya, cuti selama seminggu dipenuhi dengan round Sabah je. Dua kali aku turun KK (sekali guna jalan darat yang memakan masa selama 12 jam dan sekali lagi naik flight) dan sempat cover dua pulau di Semporna. Tak lupa, aku pernah tulis entri pasal merancang budget trip ke KK dengan hanya RM500 dan ianya telah tercapai! Kalau nak round KK memang boleh jimat asalkan anda pergi berdua atau lebih. Anda boleh jimat part sewa kereta, minyak dan penginapan. Nak cover KK selama 3 hari dua malam dan memadai bagi aku. Tak lupa kalau airasia buat promo, teruslah cepat-cepat beli tiket. Rancang perjalanan anda dan selamat bercuti.




Tanjung Aru














Aku jumpa Adira AF tengah bantu mak dia jual buah rambutan. Tak percaya??? Jap aku tunjuk. Keh keh keh....




Buah tarap

Adira sangatttttt...hahahaha..






Entri ni merupakan entri penamat Land Below The Wind Trip… Tiba masanya aku nak buat preparation ke Korea selama 10 hari 9 malam secara backpack. Setakat ni, itinerary aku dah completed. Malangnya, passport baru terhegeh-hegeh nak renew, winter coat dan barang-barang sampingan lain baru nak beli nanti. Phewwwwww…..





Assalamualaikum.











#Lagi 3 minggu nak ke Korea. A winter trip will begin............


No comments:

Post a Comment