Sampai sahaja kami di stesen keretapi Bangkok, aku dan adik aku tunggu sebentar di stesen keretapi manakala abang dan kakak ipar aku pergi mencari money changer untuk menukar duit memandangkan kami belum lagi membuat proses penukaran wang semasa di Malaysia. Semasa menunggu, aku dan adik aku ditegur oleh seorang polis Thai yang boleh berbahasa melayu supaya menjaga barangan kami bagi mengelak dari berlakunya kes curi-mencuri ni.
Selesai menukar wang, aku dan adik aku terus membuat pembelian tiket keretapi balik Malaysia siap-siap. Risau kalau tiket semua dah sold out. Selepas itu, kami dah blur sebab tak tahu nak kemana.hahhaha.. Kan aku dah cakap yang percutian ni dinamakan sebagai trip 'hentam sajalah'. Memang aku tak buat langsung kajian apa-apa pun pasal Bangkok. Ada sekali tu je aku terasa nak search hotel.. Terjumpa satu hotel ni berada di kawasan bernama Khao San Road. Aku pun suggest dekat abang aku cari hotel area tu je. Memandangkan Thailand sangat popular dengan pengangkutan awamnya yang dikenali sebagai tuk tuk, maka kami memilih untuk menggunakan pengangkutan awam ini untuk ke Khao San Road. Apa yang best tentang tuk tuk ialah kosnya lebih murah tetapi anda terpaksa menjadi pelakon 'stunt man' sekejap memandangkan pemanduannya boleh dikatakan agak merbahaya.
Perjalanan ke Khao San Road dari stesen keretapi tidak lah terlalu jauh.. Kalau nak jimat, digalakkan je naik tuk tuk ni berbanding naik taxi. Boleh la secara tak langsungnya melihat pemandangan bandar Bangkok sambil menikmati angin yang membelai pipi..Hahahaha..Selepas beberapa minit mengharungi jem, kami sampai jua di Khao San Road. Rupa-rupanya kawasan ini memang tempat tumpuan pelancong. Kami ternampak hotel yang berdekatan dan terus membuat keputusan untuk menginap di situ. Harga penginapan untuk semalam lebih kurang dalam RM70.
No comments:
Post a Comment