Total Pageviews

Monday, 29 December 2014

A Winter Story: Korea Trip (Day 3) - Abai Village, Sokcho

Cuti sekolah ditangguhkan... Melompat aku pagi-pagi. 



Dalam keseronokkan tak lupa kepada mangsa-mangsa banjir dan pesawat AirAsia QZ8501 yang masih tidak ditemui. Stay Strong Malaysia! 


Mood nak menulis di paras level paling kritikal. Phewwww.. Tapi harus diteruskan juga bha.. Waina, lama sudah ndak ku cakap bahasa Sabah. 


Berbalik kepada cerita di Sokcho, aku menginap di Mr Egg Sokcho, Guesthouse yang hanya 5 minutes walking from Sokcho Intercity Bus Terminal. Memang segaja pun book guest house berdekatan supaya esok hari boleh kejar bas paling terawal. Kononnya lah! Teka pukul berapa kami naik bas balik Seoul???? hahahaha......



Mr Egg Sokcho, Guesthouse ni aku suka part decoration dia. Comel! Paling tersentuh, ada satu part tu ada hiasan diperbuat daripada tisu berbentuk kapal terbang MAS dan AirAsia. 


nasib katil ni berjaya menampung bebanan berat badan aku!hahaha





Selesai check in, kami rest sekejap, solat dan makan lagi. Kemudian, misi ke Abai Village diteruskan dengan menaiki taxi je. Tambang yang dikenakan adalah 3000 won. Driver taxi hantar betul-betul depan tempat lokasi drama Autumn In My Heart  yang ada gaetbae boat tu. Yang paling tersentuh hati, aku suruh Cik R ambil gambar aku. Tiba-tiba aku nampak taxi yang hantar kami tadi u-turn dan stop depan kami. Driver tu turun dan dia nak tolong ambilkan gambar. Seriously antara faktor aku suka Korea adalah sikap rakyatnya sendiri. Mereka ni bukan semua boleh speak english pun tapi bila part minta tolong-menolong, mereka sangat helpful. Cousin aku datang Sokcho lagi best. Ada ahjussi tolong bayarkan tambang taxi dia. Daebakkkk!!!







Untuk ke seberang, anda perlu menaiki gaetbae boat. Gaetbae boat ni tiada enjin ye uolls.. Kena pakai kudrat sendiri tarik tali pakai guna pencakuk besi. Ada seorang ahjussi yang agak berusia bekerja menarik boat ni.  Nak naik boat ni kena bayar 200 won. Time aku dan Cik R naik, ada sepasang couple ni tolong tarikkan sekali. Aku pun nak try tapi pengcakuk tu ada 3 je.. Tiba-tiba perempuan tu seolah-olah memahami perasaan aku lalu menghulurkan pencakuk  besi tu kepada aku. Merasa juga aku menarik boat sampai ke seberang. 













Hasil daripada pembacaan aku, Abai Village ni kebanyakkan penghuni dia berasal dari Korea Utara. Kiranya mereka ni pelarian dan menetap di sini semasa berlakunya Korean War. Perkataan Abai bermaksud  orang yang tua. Memang aku rasa dekat sini majoriti orang yang dah berusia. 

Sampai je seberang, aku dan Cik R just mengikut langkah kaki tanpa direction. Kami round-round bandar Sokcho sampai malam. Lagipun ada masa free kan. Macam rugi je nak balik guest house awal-awal.


Cik R cakap ikan kat bawah ni macam cicak! hahahaha.....








Then jumpa nampak pulak Jang Hyuk tepi jalan. Tak dapat yang real, yang ni pun jadi lah... Satu-satunya drama Korea tahun ni yang aku tengok penuh semanagat dan beremosi bertajuk Fated To Love You hasil gandingan Jang Hyuk dan Jang Nara. Memang tiap kali je part Jang Hyuk aku jadi sedih.. Benciiiii... Awat terror sangat dia berlakon??? Yang tak pernah tengok lagi drama ni, sila tengok. Memang tak mengecewakan uolls.





Aksi tak senonoh. Sila jangan tiru!








Aku dan Cik R try masuk market di Sokcho town. Tiba-tiba aku nampak ajumma jual pisang kaki atau bahasa inggerisnya dikenali sebagai persimmon. Aku memang peminat pisang kaki tegar. Tahun ni memang aku langsung tak berpeluang nak makan pisang kaki. Memang susah sikit nak jumpa pisang kaki yang fresh di Malaysia. Selalunya aku beli dekat Giant. Tu pun kadang-kadang ada, kadang-kadang yilekkk.. Before fly ke Korea, memang dah niat nak beli buah ni sebab aku tau pisang kaki ni famous di Korea. Rasa buah ni rangup dan manis. Serious sedap! Kawan aku banyak dah yang berjangkit dengan aku selepas aku perkenalkan buah ni dekat dorang. 












Aku beli sebakul. Ada 3 plastik yang mengandungi 15 biji pisang kaki. Kesemua berharga 5000 won. Kiranya sebiji berharga lebih kurang RM1. Harga lebih kurang sama macam dekat Malaysia je tapi kualiti buah dekat sini lebih baik kot! Nanti aku tunjuk gambar pokok pisang kaki yang aku jumpa sewaktu di Seoul. The tlee velly the beautiful lohhhhh~~~









Ikan yang dijual di market sangat unik. Jauh berbeza dengan spesis ikan di Semporna. Selain itu, aku perhatikan orang Korea ni suka makanan yang masam-masam gamaknya. Bukan setakat kimchi je mereka peram bahkan ketam, ikan, udang dan lain-lain juga diperam macam dalam gambar di bawah. 







Ok aku stop dulu.. Bagi sesiapa yang nak ke Sokcho, aku suggestkan stay di sini semalam. Kalau balik hari memang meletihkan. 



Annyeong!

No comments:

Post a Comment