Memori pertama: Bangkok
Assalamualaikum..
Cewaaahhh... Kemain semangat aku nak menulis blog kali ni. Takot memori hilang memandangkan aku ada penyakit 'short-term memory lost'. Teruk kan aku?Asyik-asyik lupa.. Baca buku 5 minit, pastu lupa.. Macam mana le aku jawab exam selama ini?
Cerita melancong ke Bangkok ni dah lama berlalu pergi seperti hembusan angin sepoi-sepoi bahasa yang hilang dibawa arus hujan yang deras.. Kemain lagi peribahasa aku kan?Patut la time exam SPM Bahasa Melayu 2004 part peribahasa/simpulan bahasa aku hentam dan tinggalkan ruangan kosong begitu sahaja tanpa perasaan bersalah mengganggu otak fikiran serta jiwa dan raga. Banyak betul pendahuluan aku ni kan?
#Oittt..Bila ntah nak masuk cerita pasal Bangkok ni?hahahaha..
Percutian ke Bangkok pada bulan Jun 2011 ini memang tidak dirancang. Abang aku tetiba ajak lalu aku tanpa rasa ragu-ragu terus bersetuju. Keterujaan begitu terserlah bila dapat join trip ni. Yang bestnya, kami bukan pergi dengan menaiki kapal terbang tetapi dengan keretapi. Memang mencabar mak jemah oiii..Kami beli tiket di stesen keretapi Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk ke Bangkok. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan percutian tanpa menggunakan khidmat travel agency. Konon-konon kasi adventure sket. Kami berempat (aku, abang, kak ipar dan adik) menganggap ini merupakan percutian 'hentam sajalah'. Asalkan dapat melancong ke luar negara. Tempoh percutian adalah selama 5 hari 4 malam. 2 malam dalam keretapi dan 2 malam lagi di Bangkok.
Tiket aku ke Bangkok pada pukul 2 lebih (petang). Harga tiket memang aku tak ingat.. Rasa macam RM 100 something kot. hahahha.. eden tak ingat.. Kisah sekian lama aku simpan buat pekasam kan. Keretapi kemudian behenti di stesen Padang Besar untuk urusan imigresen. Setel je urusan mengecop pasport, maka aku secara automatiknya boleh memijak bumi Thailand secara sah!Lebih kurang pukul 7 malam, proses menukar kerusi kepada katil dijalankan. Kami sampai di Bangkok pada pukul 1 petang ikot jam Malaysia. Kesimpulannya, perjalanan ke Bangkok mengambil masa hampir separuh hari. Nasib baik aku ni jenis tido tak kesah mana-mana pun. Campak je mana-mana, kompem tido dengan lena jugak. Maka, sepanjang perjalanan ke sana memang aku tido mati. Bangun-bangun selak langsir tingkap, dah siang.. Ajaib bukan?hahahaha.. Sepanjang berada dalam keretapi, kami makan bekalan yang dah dibungkus awal-awal dari rumah. Tak berani habaq hang nak order nasik pattaya. Ntah halal ke idok.
#Sampai di sini sahaja entri aku. Kita sambung esok ye..Moga-moga otak aku kembali pulih dan mampu mengingat isi-isi penting yang boleh
meceriakan blog ini. Sekian..
No comments:
Post a Comment