Anak-anak kecil berambut perang ini
Tidak bersekolah
Kelihatan semporna tapi perhatikan kaki mereka
Ada yang berselipar, ada yang berkaki ayam dan ada juga yang hanya memakai sebelah sahaja selipar
Ke hulu dan ke hilir mencari sesuap nasi demi mengalas perut
Ada yang meminta sedekah
Ada yang sanggup menyelongkar tong sampah
Dan ada juga yang sanggup memakan sisa makanan yang ditinggalkan di gerai dan restoran
Lalu berlarilah mereka
Jika tuan empunya gerai dan restoran marah
Kerana kehadiran mereka mampu mengganggu pelanggan lain
Mereka pergi dan akan kembali
#Dah lama tidak meng'update' blog disebabkan oleh kekangngan masa. Mungkin entri berikutnya aku akan story mengenai makanan best di Semporna. Promise!
No comments:
Post a Comment