Total Pageviews

Friday, 6 September 2013

Guangzhou-HK-Shenzhen-Guangzhou trip part 7: ShenZhen to GuangZhou

2 Febuari 2013 

 

 

Masa memang betul-betul mencemburui aku dan Cik DA. Aku rasa tak puas menikmati Wondow of the Worlds secara maksimum! 

 

Kemain lagi amoi kat blakang tu ambik gambaq

 

Bye-bye Shenzhen

 

 

   Untuk ke Guangzhou, aku dan Cik DA naik subway terus ke stesen LuoHu. Dah sampai stesen, kami cepat-cepat pick up luggage dan terus beli tiket train untuk ke Guangzhou.    

   Proses pembelian tiket memang melecehkan betul. Aku dan Cik DA memang agak hilang sabar sikit. Tambah-tambah aku ni jenis tak suka benda simple then make it complicated.. Tiket kena beli sendiri dekat mesin tiket then siap kena scan pasport. Beberapa kali aku try tapi tak boleh jugak. Ada le amoi sorang ni boleh speak english bantu aku beli tiket tapi still tak boleh. Sabo jelah.. Bila dah ramai sangat yang beratur, then ada pengawai tu announce boleh beli tiket kat kaunter. Nampak tak permainan dia yang boleh menguji kesabaran aku? Bila sampai turn, aku pun cakap nak beli tiket ke Guangzhou, no train sekian-sekian sambil tujuk dekat skrin komputer. Aku memang dah print train timetable sebelum berlepas ke Guangzhou bagi memudahkan urusan aku sepanjang trip. So, kalau nak pergi mana-mana, tunjuk je kertas yang dah di print tu. Tiba-tiba amoi kat kaunter tiket tu speak chinese $@%^@&@$%%@ kat aku.. Aku memang tak faham la. Dah la muka sombong pas tu cakap jenis tengking-tengking.. Rupa-rupanya dia minta pasport aku sebab nak scan. Geram betul! Tak kan word 'passport' pun tak reti-reti nak sebut? Adoiii.... Padahal pasport memang aku dah pegang kat tangan siap-siap. Paling kurang pun kalau tak reti nak sebut pasport, tunjuk jela pasport kat tangan aku tu.

   Akhirnya dua tiket untuk ke Guangzhou berjaya dibeli. Train bernombor D7164 dan bergerak pada pukul 4.40 petang. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Sebenarnya ada  peristiwa tragis yang berlaku di sini. Tak mungkin kot aku dan Cik DA lupa peristiwa yang terjadi. Aku akan cerita kat entri terakhir trip ni nanti..

 

 



Uncle kat depan aku ni jeling menjeling pulak


   Train berhenti beberapa kali untuk mengambil penumpang sebelum sampai ke stesen GuangzhouDong. GuangzhouDong juga nama lainnya adalah Guangzhou East Railway Station. Train sentiasa penuh dengan penumpang. Anda jangan pelik melihat rakyat cina berpusu-pusu sambil bawak barang yang banyak naik dan turun train. 

   Guangzhou memang popular dengan kegiatan perniagaannya dan ramai peniaga dari Malaysia yang datang ke sini untuk membeli barang secara borong then jual di Malaysia. Aku rasa kalau shopping secara borong mungkin boleh dapat dengan harga yang sangat murah. Tapi kalau nak beli setakat satu atau dua barang tu, memang kena pandai bargain sendiri la ye.. 

 

 

 

 #Boleh rujuk Guangzhou subway map

 

 

    Aku dan Cik DA naik subway line oren dari stesen Guangzhou East Railway ke stesen West Tiyu Road. Masuk dalam subway, aroma dia lain macam sikit compare dengan HK..hahahaha.. Bagi yang berpengalaman mesti tau..Then aku dan Cik DA tukar train line kuning ke stesen Peasant Movement Institute. Aku memang plan nak cari hotel area situ je memandangkan dekat dengan tempat aku dan Cik DA nak pergi. Kami tak perlu nak tukar train banyak kali. Aku dan Cik DA main gamble cari hotel. Hotel pertama yang kami jumpa dah penuh. Agak kecewa di situ memandangkan hari dah gelap. Aku dan Cik DA jalan lebih kurang  100 meter dan jumpa hotel yang masih ada bilik kosong.. Harga hotel lebih kurang RM300 untuk 2 malam. So, sorang kena bayar RM150 je la..Bilik memang luas dan selesa. Sampai bilik, aku dan Cik DA rest kejap atas katil dan kami plan nak keluar jalan-jalan pukul 9 malam. Plan kami hancussss sebab dua-dua terbongkang atas katil sampai keesokkan harinya.. 

 

 

 

 

 

 

Nantikan next entri... 

 

 

 

 

 

 

 

Yuexiu Park















1 comment:

  1. salam..nak tanya..dari shenzen ke guangzhou nak tengok train map yng mana ya..?cth..dari Louhu ke Guangzhou East RAilway?xda dalam train map ke...mohon bantuan..hihi..nak g china 2 minggu lagi..without travel agent...:)

    ReplyDelete