Guangzhou-HK-Shenzhen-Guangzhou trip part 1: Terbang ke Guangzhou
30 Januari 2013
Aku mendarat di Baiyun International Airport, Guangzhou hampir pukul 1 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 4 jam. Untuk pengetahuan semua, waktu Malaysia dengan Guangzhou sama je. Korang jangan nak memandai adjust jam korang ek..Tiba urusan imigresen, aku bagi pasport aku dan Cik DA untuk di cop. Memang Cik DA suruh aku pegang pasport dia sepanjang trip ni. Bila pegawai tu buka pasport kami, dia pandang aku dan Cik DA sambil tengok pasport. Aku dan Cik DA terkebil-kebil sambil pandang muka masing-masing..Pegawai tu akhirnya buat isyarat yang mana satu pasport aku dan yang mana satu pasport Cik DA. Lawak betul!hahaha..Memang orang cakap muka kami ni ada iras-iras sikit. Selalu je ada yang menegur. Bukan sekali tapi dah banyak kali...
Setel urusan pasport, kami tercari-cari toilet untuk melepaskan hajat yang terpendam. Akhirnya kami jumpa tapi......................
Cancel aku nak lepaskan hajat. Kotoq!
Keluar dari airport, mata kami melilau cari taxi. Naik taxi waktu macam ni memang la mahal. Aku memang dah get ready duit dari awal lagi. Kemudian datang driver taxi dan kami bagi tau tempat yang kami nak pergi. Untuk pengetahuan umum ye, rakyat China memang lemah betol speaking english. Seteruk-teruk english aku, dorang lagi dasyat..Untuk mudah, aku memang copy&paste nama-nama tempat yang aku nak pergi dalam bahasa cina pastu aku print. Teknik ni memang berkesan untuk diaplikasikan untuk traveler yang tak boleh berbahasa cina macam aku ni. Tak lupa, sila bawak kalkulator..Nak nego senang sikit..
Perjalanan dari aiport ke Guangzhou East Railway Station mengambil masa hampir sejam. Bila ingat-ingat balik, memang nak tergelak bila aku dan Cik DA boleh plak buat english class dalam taxi. Bukan kelas grammar mahupun vocabulary tapi kami ajar driver taxi kira one, two, three until ten!hahahaha..Nampak tak betapa dasyatnya english dorang sampai nak kira satu sampai sepuluh dalam english pon tak reti. Ada part lagi yang kelakar bila pak cik taxi tu nak bersembang dengan aku dan Cik DA tapi dia cakap dalam bahasa cina. Dia budget kami ni boleh paham la tu..Setakat wo ai ni aku tau la.
Sampai je Guangzhou East Railway Station, kami menjadi tumpuan rakyat cina sekeliling seolah-olah aku dan Cik DA ni alien. Tak kuasa aku nak melayan pandangan korang. Walaupun jam menunjukkan hampir pukul 3 pagi tapi stesen tetap dipenuhi dengan rakyat cina. Siap dorang letak kotak atas lantai pastu tido dengan nyenyaknya. Kami mencari kaunter tiket untuk beli tiket ke Hong Kong. Ingatkan kaunter tiket open 24 hours. Aleh-aleh kaunter akan mula beroperasi pada pukul 7 pagi. Alamatnya aku dan Cik DA terpaksa la lepak dekat stesen sampai subuh.
Sambil-sambil tu, aku dan Cik DA mencari la port yang strategik untuk makan. Lapaq habaq hang..Cik DA kemain semangat pergi la 7-Eleven konon-konon nak mintak air panas untuk tuang dalam maggie cup. Malangnya hampeh cashier tu tak paham-paham pon. Last skali, kami tunjuk je apa yang kami nak.geram btoii...HK plak sebaliknya. Mostly rakyat boleh berbahasa inggeris dengan baik. Mak cik jual newpaper tepi jalan pon boleh speaking. Aunty, i miss u....hahahaha...
|
Cik DA kepenatan |
No comments:
Post a Comment