Total Pageviews

Saturday, 31 August 2013

Guangzhou-HK-Shenzhen-Guangzhou trip part 5: Pria Indonesia

1 Febuari 2013

 

Akhirnya aku kembali dengan kisah selanjutnya semasa di HK. Tajuk aku kemain kan?Saja nak jadikan pemanis kisah aku yang tak seberapa menarik ni.

   Hari kedua di HK, aku dan Cik DA plan nak ke Avenue of Stars dan Disneyland. Aik, apa kaitan kisah aku dengan pria Indonesia?Nanti aku citer okeh.. Pukul 8 pagi aku dan Cik DA dah get ready keluar untuk ke Avenue of Star. Aku dan Cik DA sarapan maggi dan milo panas yang kami bawa siap-siap dari rumah. Memandangkan lokasi Avenue of Star tak jauh dari tempat penginapan kami, maka aku dan Cik DA jalan kaki je ke sana. Masa yang diambil lebih kurang 10-15 minit. Nak dijadikan cerita, cuaca hari kedua di HK panas kot! Aku rasa macam kat Malaysia je even time tu tengah musim sejuk. Bala..Bala...hahahaha...

 

 

#Aku dan Cik DA menginap area Nathan Road dan kawasan biru adalah Avenue of Stars (boleh rujuk peta di atas). 

 

 




 

  Aku dan Cik DA lepak dekat Avenue of Stars tak lama sebab kami nak ke Disneyland  pulak. Selepas cuci mata dan ambil gambar, aku dan Cik DA bergerak ke stesen MTR yang terdekat. Ok, kita rujuk MTR map balik bagi memudahkan rujukan perjalanan anda.

 

 




   Untuk ke Disneyland, aku dan Cik DA naik MTR di stesen Tsim Sha Tsui line merah terus ke stesen Central. Pastu, naik MTR line oren terus ke stesen Sunny Bay. Nampak tak line pink tu? Line tu memang khas untuk ke Disneyland je. So turun je kat stesen Sunny Bay terus naik special train line pink ke Disneyland.

 

 

 



   

   Semasa dalam MTR ke Disneyland ni la aku jumpa pria Indonesia. Sebenarnya kan, aku budget mereka ni lelaki melayu. Salah seorang daripada mereka duduk sebelah aku. Aku dengan yakinnya tanya dia macam ni..Nak pergi mana? Disneyland ke? (Nampak tak keramahan aku di situ?hahaha..) Aleh-aleh dia jawab dalam bahasa Indonesia. Nasib dia reply dalam bahasa Indonesia. Atleast dia faham apa yang aku tanya. Kalau dia reply macam ni, hmmm sorry miss, I dont understand, macam mana?tak ke malu bukan?hahaha... Cik DA siap cakap kat aku, macam mana la hang boleh yakin ja cakap melayu dengan dia? Secara logiknya, sebab muka dia macam melayu. Sebab tu aku yakin dan confident. Sepanjang perjalanan aku dan Cik DA bersembang dengan mamat Indon ni. Mereka ni masih belajar di universitas  dan selalu gak travel bila tiba cuti semester. Katanya, next trip mereka nak ke Langkawi. Yang pasti, naik AirAsia sebab nak jimat!hahaha..

 

 

  #Kita serumpun

Kenapa aku lagi rendah dari Cik DA?











 

 

   Satu perkara yang aku suka mengenai orang Indonesia apabila rakyatnya fasih berbahasa Indonesia walaupun berlainan bangsa. Agak kagum bagaimana Indonesia mampu memartabatkan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa utama sehingga kini. Even yang muka mix omputih pun aku yakin boleh cakap bahasa Indonesia dengan lancar. Waktu dalam flight nak balik  KL, ada mamat chinese Indonesia duduk sebelah aku. Tak budget pun dia orang Indonesia  sebab gaya dia kemain lagi macam artis K-pop.  Then aku ternampak pasport hijau dia tuh. Aku pun slumber la cakap melayu bla..bla.. Elok je dia reply dalam bahasa Indonesia.. Fasih! Part paling best, dia siap layan running man dan aku pun dengan muka tak malu tumpang tengok sekaki. Buruk perangai! 

 

 

 

#Lebih kurang macam ni la rupa dan style mamat chinese Indonesia tu.. Betul tak Cik DA?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

#Bahasa Jiwa Bangsa

No comments:

Post a Comment