Total Pageviews

Friday, 18 October 2013

Ho Chi Minh City Part 3: Round Bandar Saigon

Selepas rehat-rehat di bilik aku dan Cik Ain bercadang nak round bandar Ho Chi Minh City dengan berjalan kaki sahaja. Cuaca di luar masih hujan tapi aku dan Cik Ain dah siap sedia dengan baju hujan kami. Nampak tak preparation aku dasyat kan? Pepatah lama mengatakan sediakan payung sebelum hujan tapi aku tukar sikit..sediakan baju hujan sebelum hujan.hehehe.. Tak kuasa aku nak pegang payung 24 jam.. Kalau dibuatnya angin kuat, hancur payung aku ditiup angin. So lebih afdal aku bawak baju hujan yang berharga beberapa ringgit sahaja. 

   Dalam pukul 4.30 petang aku dan Cik Ain kuar dari hotel. Hujan masih turun tapi tidak begitu lebat. Sambil jalan-jalan, sempat kami ambil gambar berhadapan pintu Ben Thanh Market dengan memakai baju hujan serba biru. Aku ada perhatikan rakyat Vietnam memang suka pakai baju hujan compare menggunakan payung. Di kedai-kedai, bersepah-sepah je baju hujan dengan pelbagai corak dan warna. Satu lagi yang unik pasal rakyat Vietnam ni, mereka boleh berkongsi baju hujan yang sama ketika menunggang motorsikal. Kiranya baju hujan tu ada dua lubang untuk masukkan kepala masing-masing. Jimat bukan?Satu baju hujan untuk dua orang. Korang yang dah berkahwin then nak rasa feeling-feeling naik motorsikal waktu hujan ala-ala filem hindustan boleh la beli baju hujan ni. Yang belum berkahwin, anda tidak digalakkan sama sekali. Fullstop! hahaha..

 

 

 

 

Gaya kaki memang tak boleh blah!

  

 

 

    Sambil jalan-jalan, Cik Ain sempat sambar buah mangga dan jambu air yang dijual di tepi jalan. Buah-buah yang dijual di tepi jalan sangat fresh dan menyelerakan. 1 paket buah berharga 20000 dong. Buah ciku dan kedondong di sini sangat unik sebab besaq gedabak.. Tiada rezeki aku dan Cik Ain nak cuba kedua-dua jenis buah ni.

 

 

 



   

 

 

   Tempat yang aku ingin lawati adalah Nortre Dame Catheral, Central Post Office dan Hard Rock Cafe (boleh rujuk peta dibawah). Maka bermulalah perjalanan kami sambil-sambil melihat persekitaran sekeliling. Bagi aku, jarak ke tempat ni tidak terlalu jauh pun dan lebih baik berjalan kaki sahaja ke sana. 

 

 

 

   

 

 

   Sebenarnya kan, aku dan Cik Ain main hentam je jalan kaki tanpa ikut peta..hahaha.. Ikut naluri hatiku berkata je.. Bila time rajin muncul, kami akan bertanya arah untuk ke sana. Sebelum sampai, sempat la aku dan Cik Ain masuk satu banggunan kedai ni. Barang-barang yang dijual sama macam barang yang dijual di Malaysia je. Aku just usha-usha je tapi Cik Ain sempat beli sehelai t-shirt. Katanya nak pakai waktu pergi Mekong River esok. Lagipun Cik Ain datang Ho Chi Minh City just bawa sehelai baju je. Aku pulak bawa 2 helai baju. So, elok bebenor la dia beli.. Cukup-cukup la kami pakai tudung kepam-kepam sebab berpeluh..erkkk...

 

 

 










     

 

   Sewaktu berjalan di area kawasan gambar di bawah, aku menjumpai  satu building yang unik. So aku suruh la Cik Ain berdiri depan banggunan tu dan  aku akan ambil gambar. Then, turn aku pulak nak bergambar...Tiba-tiba dengar bunyi wisel dari kejauhan. Aku dan Cik Ain pun pandang dan ada sorang encik polis tu bagi arahan tak boleh ambil gambar.. Aku dan Cik Ain memang blur. Sambil berlalu pergi, kami membebel kenapa tak boleh ambil gambar. Macam pelik je kan? Bila perhati banggunan tu nampak macam biasa je. Tertanya-tanya jugak la.. Sampai sekarang aku tak tahu nama banggunan ni tapi aku perasan Lisa Surihani pun bergambar dengan banggunan yang hampir sama tapi pada jarak yang lebih jauh.

 

 











#Sila bandingkan gambar Cik Ain dengan gambar Lisa Surihani.. 

Persoalannya adakah banggunan di belakang kedua-dua gambar di bawah ini adalah banggunan yang sama?

 

Cewahhhh..kemain senyum kan last-last...hahahaha..















   Nanti aku akan rungkai misteri banggunan tu. Gerammm aku!hahaha.. Tak puas hati kot sebab tak tahu nama banggunan tu dan kenapa tak boleh ambil gambar di situ. Aku dan Cik Ain meneruskan perjalanan menuju ke Nortre Dame Catheral. Nortre Dame Catheral adalah gereja yang dibina oleh kolonis Perancis dari tahun 1863 sehingga 1880. Bila dah nampak banggunan church tu, pandang je sebelah dia kita akan nampak pula Central Post Office. Hard Rock Cafe pula berada di belakang banggunan Central Post Office. Kira lokasi tempat-tempat ni memang top di kalangan pelancong luar.

 

 


Nortre Dame Catheral

Baju hujan

Pop-up card



Central Post Office













    Destinasi terakhir yang aku dan Cik Ain kunjungi adalah Hard Rock Cafe. Lepas tu aku terasa malas pulak nak balik jalan kaki. Aku suggest kat Cik Ain supaya kita naik je bas. Bila nampak je bas yang lalu dan di depannya tulis perkataan Ben Thanh, cepat-cepat kami tahan.hahaha.. Walaupun tak tunggu di bus stop, kami main slumber je tahan bas tepi jalan even jalan raya sesak-sesak waktu tu. Bas berhenti je so maknanya anda memang boleh menahan bas walau di mana anda berada. Adakah mungkin pemandu bas kasihan tengok aku dan  Cik Ain terkial-kial?Tambang dari Hard Rock Cafe ke Ben Thanh berharga 6000 dong. Macam mahal je padahal naik bas kejap je dah sampai.

 

 


Cover la sikit uncle kalau nak mengorek tuh!keh3










    Malam tu keadaan sekitar hotel masih hujan renyai-renyai.. Best betul dapat tidur.. Kroohhh..krohhhhh...krooohhhh.... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.........








No comments:

Post a Comment