3 Febuari 2013
Tak lengkap rasanya kalau aku tak buat entri tempat membeli belah di Guangzhou. Kalau tak silap aku, banyak tempat shopping yang best yang mampu menjadikan para wanita, mak-mak, makcik-makcik histeria apabila melihat pelbagai barang seperti baju, kasut, beg dan lain-lain bersepah-sepah di setiap kedai.. Berpinar-pinar mata aku tengok.. Tapi bergantung pada budget dan tahap kewarasan membeli setiap orang jugak. Macam aku ni, jenis terkawal lagi. Aku ni jenis traveler yang jimat+kedekut..hahaha.. Kalau boleh jimat, memang i akan jimat okeh.. Lagipun, aku travel sebab nak lihat pemandangan, budaya dan cara hidup orang. So, kalau pergi mana-mana aku suka beli fm, keychain atau t-shirt je.
Antara tempat membeli belah yang popular adalah seperti Beijing Lu, Shangxiajiu Pedestrian Street dan Haizhu Square. Ada 2 tempat je yang sempat aku dan Cik DA pergi iaitu Bejing Lu dan Shangxiajiu Pedestrian Street (kalau tak silap). Masa memang selalu jeles dekat aku dan Cik DA. Memang tak puas nak usha barang lama-lama memandangkan esok dah nak balik KL.
Lepas puas jalan-jalan kat Yuexiu Park, aku dan Cik DA terus terjah tempat shopping. Aku ada baca blog yang mengatakan Shangxiajiu Pedestrian Street lebih murah dari Beijing Lu dan Haizhu Square. Untuk ke sana aku naik subway dari stesen Yuexiu Park then turun di stesen Gongyuanqian. Then aku naik subway line kuning ke Changshou Road. Keluar dari subway, aku ikut je signboard yang ada.
Guangzhou Subway Map |
Trip ni adalah at the end of winter. Maka kedai pakaian penuh dengan baju sejuk. Kecewa Cik DA! Kat kedai area luar stesen subway tu, aku ada beli sehelai baju sejuk bulu-bulu untuk baby. Kalau tak salah harga lebih kurang RM13. Aku rasa macam comel dan lembut je material dia, so aku beli la satu untuk anak sedara aku Rania.
Aku dan Cik DA memang dah busan tengok kedai-kedai yang jual baju sejuk dan seangkatan dengannya. Perut dah memberi hint untuk terima makanan dengan segera. Aku memang tak tahu kedai halal yang berdekatan. Maka kami dengan yakinnya bertanya kepada pemandu motorsikal di bawah tapi dia macam blur-blur then dia buat isyarat macam tau pulak. So, aku dan Cik DA ikut jela.. Dapat la merasa naik tuk-tuk versi Guangzhou ni.hahahaha...
Lawan arus |
Dalam 5 minit membonceng motorsikal, pemandu tu tinggalkan aku dan Cik DA dekat satu kedai ni. Lepas buat pembayaran, aku dan Cik DA tengok rupa-rupanya kedai non Halal. Cisss... Aku dan Cik DA pun berjalan di sekitar kawasan dengan membawa hati yang lara. I nak tell u, kawasan sini memang ramai orang bangattt.. Aku rasa kalau pergi area Guangzhou memang sentiasa ramai dengan orang kot. Memang kalah Jalan Tar KL. Aku dan Cik DA memang bernasib baik sebab pemandu motorsikal tu tinggalkan aku dan Cik DA betul-betul dekat tempat shopping yang sebenar. Waktu trip adalah seminggu before CNY. Semua kedai penuh je dengan manusia.
Aku ingat lagi Cik DA sakit kaki. Nak cari orang jual slippers memang azab betul sebab rakyat China tak pakai slippers kot waktu-waktu macam ni. Sepanjang trip, memang tak jumpa pun mereka pakai slippers. Bila dah jumpa slippers kat kedai, terus la Cik DA beli dan pakai. Rasa kepuasan terpancar di wajah Cik DA pas dapat pakai slippers. Then, sepanjang berjalan semua orang dok perhati kaki Cik DA je..hahaha.. Ini baru rare!
Full! |
Waktu berjalan sekitar kawasan ni, aku dan Cik DA ada jumpa penjual di kaki jalan yang jual air tebu. Bila lalu tepi dia, dia bagi salam dekat aku dan Cik DA. Dia pakai kopiah dan muka dia lain sikit dari orang cina yang lain. Rugi aku tak ambil gambar dia..hmmm.. Aku ambil kesempatan tanya kedai halal yang berdekatan. Dia dengan murah hatinya, sanggup tinggalkan basikal+air tebu then tunjukkan aku dan Cik DA kedai halal yang berdekatan. Thank You!
Masuk kedai, aku dan Cik DA dengan tamak halobanya order 3 jenis makanan sekaligus! Untuk pengetahuan semua, portion sepinggan nasi goreng atau mee boleh dimakan untuk 2 orang. Memang aku dan Cik DA makan tak habis pun. 2 kali makan di Guangzhou, aku memang order mee sebab aku suka mee dia. Lain dari yang lain. Bila kita order baru dia akan gentel-gentel dan uli-uli tepung untuk buat mee. Setiap makanan disertakan dengan sup. Macam pelik kan? Makan mee rasa ala-ala mee bandung tanpa kuah dengan sup. Lagi satu, kedai makan kat Guangzhou tak jual air macam-macam jenis seperti di Malaysia. Jangan berangan ok nak minum teh ais, sirap bandung ke atau jus tembikai. Yang ada pun, air tin atau air soya dalam botol. Tu jela... Aku perhatikan, orang cina yang makan mesti tak minum air. Dah la makan kemain laju then hirup sup pas tu blah.. Sentap aku dan Cik DA tengok.hahaha... Harga sepinggan nasi goreng atau mee lebih kurang RM6-7.
Lepas je makan aku dan Cik DA meneruskan pencarian barang yang mampu dengan budget untuk dibawa pulang ke Malaysia. Waktu malam pula, aku dan Cik DA ke Beijing Lu. Dari hotel ke Beijing Lu, aku dan Cik DA jalan kaki je.. Lebih kurang 15-20 minit baru sampai lokasi. Lenguh gak kaki sebab dah seharian berjalan. Beijing Lu pun happening jugak even dah malam. Still penuh dengan manusia. Masa tengah usha barang, ada mak cik sorang ni menegur. Rupa-rupanya mak cik ni satu flight ngan aku dan Cik DA masa nak ke Guangzhou. Kuat ye ingatan mak cik. Syabas saya ucapkan! Aku membuat kesimpulan untuk mendapat barang dengan harga yang berbaloi, silalah menggunakan skill tawar menawar terbaik yang mampu anda lakukan. Kalau tak boleh bagi diskaun seperti yang anda mahukan, anda belah je dari situ. Kalau ada rezeki, mereka akan memanggil anda semula. Percayalah!
Beijing Lu also known as Beijing Road |
Apek ni suka-suka ati je pegang orang waktu ambik gambar..amboiii |
salam...memang banyak membantu..seronok baca blog ni...:)
ReplyDeletethanks..baru start menulis time ni..mcm byk kekurangan je...hehehe
Delete