Assalamualaikum.
I'm back!!!
School holiday is coming! Wehuuuuu....
Setelah melalui perjalanan yang sangat memenatkan dari Tawau-KL-Penang, finally aku tiba di kampung halaman semalam. Letih okeh! Kesannya satu hari ni keje aku nak tido je.. Balas dendam! (tapi tido dalam kepanasan. Ingatkan Semporna je panas, Kedah pon panas uolls). Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ini, aku nak buat entri khas mengenai makanan best yang aku temui sepanjang berada hampir 3 bulan di Semporna.
Semporna memang dah dikenali dengan pulaunya yang cantik. Mabul, Sipadan, Sibuan, Kapalai dan lain-lain memang cukup top dikalangan pelancong. Kalau dah namanya tempat berdekatan dengan laut, tentu la kan seefood paling top dan murah! Aku terjah market dan sentap bila tengok harga ikan kembung sekilo RM2 okeh. Kat Kedah, harga ikan kembung paling murah kata mak aku RM5-6 sekilo.. Harga ayam dan daging pulak mahal uolls.. Rasanya sepanjang duduk dekat Semporna, aku tak pernah lagi kot makan daging kambing mahupun lembu. Jap ek aku ingat semula.. Rasa memang tak pernah lagi la.
So, kalau datang sini aku suggestkan anda semua mencuba makanan berunsurkan seefood. Sekali tu aku try makan mee goreng basah kahanga. Mula-mula aku tak tahu pun kahanga tu apa. Ingatkan nama masakan. Aku bantai main order je. Bila dimakan, rasa liat@kenyal ala-ala makan sotong. Pas tanya tanya kawan aku, barulah aku tahu yang makanan yang aku makan tu adalah spesis siput yang agak besar bernama kahanga. Siapa yang suka sotong, boleh la try rasa kahanga ni.. Sedap kot! Aku try gak makan kahanga masak halia. Curlass uollss.. hahahaha.. Nak tengok rupa kahanga, boleh la search kat google..
Tadi aku ada menyebut pasal mee goreng basah kan.. Meh aku nak tunjukkan rupa mee goreng basah itu. Mesti mampu menggamit rasa lapar korang kan?kan?kan?
mee goreng basah seefood |
Inilah rupa mee goreng masah di Semporna. Antara makanan yang menjadi kegemaran aku tapi ada restoran yang masak sedap dan ada yang masak tak sedap. hahaha.. Datang Sabah atau Semporna, boleh la cuba mee goreng basah kahanga ke, seefood ke ataupun ayam. Mee yang digunakan memang tak sama dengan mee di semenanjung. Cuba ye jangan tak cuba.
Menu lain yang aku suka adalah nasi lalap ayam. Takkan nak makan seefood je selalu. Kang kena gout, hancus la plan nak travel pas ni. hehehehe.. Setakat ni, nasi lalap Fadhirah Cafe di pekan Semporna memang menjadi pujaan aku dan rakan-rakan. Sambal dia memang terbaik bagi aku. Simple but totally delicious! Selain nasi lalap, makanan berasaskan sup memang terkenal di cafe ni. Last but not least, air kat sini memang daebak!!! Minta je air apa, nescaya rasanya tidak pernah mengecewakan. Service pulak pantas.
Nasi lalap ayam (separuh telah dimakan oleh makhluk ghaib) |
No comments:
Post a Comment