Total Pageviews

Saturday, 1 February 2014

Sabah: Tawau

Sempena cuti hari raya cina selama 4 hari, aku dan Cik L mengambil peluang untuk bermalam di Tawau selama sehari. Sebenarnya tujuan ke Tawau adalah untuk membeli barang keperluan rumah dan pada masa yang sama kami mengambil peluang untuk bersiar-siar. Haruslah kami memaksimumkan masa yang ada kan. Kalau tak, rugi uolls...

 

Pagi Jumaat lebih kurang pukul 8.30 pagi, aku dan Cik L bergerak ke pekan Semporna. Seperti yang sedia maklum, tiada pengangkutan awam seperti taxi dan bas untuk ke pekan Semporna. Yang ada hanya kereta sapu. Aku dan Cik L hanya kenal 2 orang pemandu kereta sapu yang boleh dipercayai. So, rasa lebih selamat sikit kannn??? Tambang untuk ke pekan Semporna berharga RM2 untuk seorang. Lebih kurang 15 minit, sampai juga kami di pekan Semporna.

 

Untuk ke Tawau, anda boleh menaiki bas kecil (van) atau menaiki bas ekspress (Manis atau Tongtalun ekspress). Kalau menaiki van, anda akan dikenakan tambang sebnyak RM10 seorang. Walaupun naik van lebih cepat, tapi sejujurnya ia pengalaman yang agak menakutkan bagi aku dan Cik L. Sewaktu berada di dalam van, tiba-tiba kami didatangi oleh pengemis jalanan yang menghulurkan  tangan di celah tingkap ke arah aku. Aku dan Cik L memang dah dinasihatkan oleh rakan-rakan tempatan agar tidak memberi mereka wang. Pengemis berkenaan tetap kaku dengan keadaan seperti zombi bak kata Cik L. hahaha.. Part paling scary, pengemis tu mendegus sambil mengeluarkan suara seperti hantu dalam cerita Ju-on.. Serius sangat-sangat scary.. Aku dan Cik L memang dah tak pandang langsung muka dia. Memang sesiapa yang nak ke Semporna dinasihatkan tidak memberi wang kepada pengemis-pengemis jalanan. Sekali anda memberi, segerombolan yang akan datang. Kelebihan menaiki van adalah driver van boleh berhentikan anda di mana-mana tempat yang anda kehendaki manakala sekiranya menaiki bas, driver hanya akan berhentikan anda di stesen bas di Tawau sahaja.

 

 

 

 

 

Perjalanan ke Tawau mengambil masa selama hampir 2 jam. Aku memang dah booking awal-awal hotel betul-betul tepi Pasar Gantung. Kos menginap VS Hotel untuk semalam berharga RM68. Kami tiba di Tawau lebih kurang pukul 11 pagi dan kami bernasib baik kerana dibenarkan check in lebih awal. Lokasi Pasar Gantung dan VS Hotel berada di Jalan Stephen Tan. Aku memang sehaja cari hotel yang murah dan berdekatan dengan Pasar Gantung. Ternyata VS Hotel memang menepati apa yang kami inginkan.

 

 




 

 

 

Setel meletak barang di dalam bilik, aku dan Cik L terus keluar dari hotel menuju ke tempat makan di tingkat atas banggunan Pasar Gantung. Terdapat beberapa gerai makan di tingkat atas tapi aku mendapati lauk-pauk yang dijual di setiap gerai hampir sama. Sepanjang berada di Sabah, aku dapati harga makanan dan minuman agak mahal berbanding harga di semenanjung. Kadang-kadang tu, harganya lebih mahal berbanding makanan di KL. I tau la uolls sebab I kan duduk KL dah lebih 7 tahun okeh. hahaha.. Yang pasti, aku perasan orang yang makan di kedai jarang memesan air selain minum air kosong. Air kosong di kedai makan di sini free je tapi kalau anda memesan air manis, jangan pelik la kalau harga milo ais, bandung cincau atau lain-lain berharga RM3 walaupun anda minum di gerai-gerai di tepi jalan sahaja. Mahal kan??? Selain tu, setiap nasi yang dipesan pasti akan dihidangkan dengan semangkuk sup. Ala-ala macam aku makan kat China dulu-dulu je..

 

 

 




 

 

 

Habis makan, aku dan Cik L bergerak ke bahagian bawah Pasar Gantung. Aku dapati Pasar Gantung juga menjual barangan yang sama di setiap kedai. Kebanyakkan kedai-kedai di dalamnya menjual kain batik, t-shirt, baju kelawar, mutiara dan barangan kraftangan. Harga yang dijual juga hampir sama sahaja. Aku just beli baju kelawar jelah.. Hmmm... Anda tiada pilihan.. Kemudian, kami bergerak ke pasaraya Parkwell yang berada di sebelah Pasar Gantung. Banyak manusia memenuhi ruang Parkwell memandangkan cuti sekolah. Terpaksa aku dan Cik L bersesak-sesak demi mencari kelengkapan rumah.

 

Kami juga ada misi ke Tawau iaitu mencari pisang goreng cheese. Kedai goreng pisang tu berada di Restoran Maju Seefood berdekatan dengan Hotel Kingston. Jalan kaki 5 minit dari Pasar Gantung dah boleh sampai sana. Aku budget dekat Semporna tiada pisang goreng cheese okeh. Rupa-rupanya ado! Penat aku berjalan kaki tengah-tengah panas semata-mata mencari makanan itu.  Anda kena tahu dekat Tawau dan Semporna ni panas sampai aku rasa tona warna kulit aku dah berubah. Bayangkan kalau aku duduk Semporna 5 tahun.. Balik semenanjung, silap-silap kawan-kawan aku dah tak kenal nanti..hahaha..

 

 








Dekat Tawau, aku sempat juga jumpa kawan aku yang mengajar di Ranau dan Keningau. Mereka dah mengajar lebih 2 tahun rasanya. Sempat la aku meluahkan perasaan sekejap. Hahaha.. Memandangkan mereka datang ke Tawau menaiki kenderaan sendiri, maka aku mengajak mereka ke Eastern Plaza. Saja-saja je kami nak jalan-jalan dan buang masa. Atleast ada aktiviti daripada terperap dalam hotel je. Kalau sesiapa nak menonton wayang, boleh lah berkunjung ke Eastern Plaza ye.. Rasanya, tempat lain nan hado.

 

 



 

 

 

Pada waktu malam, aku dan Cik L makan di gerai-gerai makan yang berdekatan tepi laut. Kata peniaga di Pasar Gantung, kedai makan yang kami pergi tu popular. Sampai di kedai, memang ramai pun pelanggan kedai berkenaan. Nasib aku dan Cik L tak tunggu lama. Orang sini memang sukakan pedas. Mereka gunakan cili api yang kecil-kecil atau dikenali sebagai cabai burung dalam setiap menu masakan mereka. Katanya , orang Bugis memang tahap pedas. Setakat gigit cabai burung tu kira small matter je.. Aku yang gila pedas pun kadang-kadang surrender dengan masakan mereka. Yang pasti, nasi lalap restoran Fadhirah totap menjadi pujaan aku!

 

 

 




 

 

Keesokkan harinya, aku dan Cik L ke Pasar Tanjung. Lokasi Pasar Tanjung 5 minit je dari Pasar Gantung. Pasar Gantung banyak menjual periuk, tikar, tilam, kopi, sayur-sayuran dan jajan. Harganya boleh tahan mahal jugak la bagi aku. Mungkin sebab dah terbiasa dengan harga di semenanjung. Aku rembat 2 jenis jajan (sotong+seeweed) buat pengalas perut waktu bosan. Lebih kurang pukul 11 pagi kami bergerak ke rumah pengetua sekolah. Pengetua sekolah aku buat open house. Kemain aku dan kawan-kawan melantak...hahahaha... Setel makan dan borak-borak, aku dan Cik L bergerak ke stesen bas untuk balik semula ke Semporna. Bersempit-sempit la kami dalam van selama hampir 2 jam. Pasrah.

 

 

 





 

Mak cik di atas ni kemain semangat mengusik aku dan Cik L kot-kot kami ter'jodoh' dengan jejaka Sabah.. Terus aku dan Cik L gelak sekuat hatinya sambil melihat mak cik yang sorang lagi ketawa sambil menepuk-nepuk tangan.


 

 

 

 

 

#Rumah sewa tiada air selama 5 hari. Sedih!

8 comments:

  1. Salam kenal :)

    Suka baca blog awk. Especially bab travel2 nie..bnyk sgt info ^_^ dah add Gajahgenduts03
    jemput singgah blog sy k

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh follow awk kt blog..thanks sbb sudi membaca..sy msih baru lg dlm dunia blogging..just klu ada ms terluang n pergi mn2 tempat baru sy rajin update di blog. tahun ni mcm kurang skit berjalan sbb kerja di borneo. asal cuti je, kna la balik semenanjung..hehehe...

      Delete
  2. as salam... ok gak yer ke tawau..hujung bln ni nk ke sana.. bc blog awak dpt info.. tq

    www.bidadarigojes.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Salam.. sy nk ke tawau bulan dpn, public transport dari tawau ke semporna dan semporna ke tawau last pada pukul berapa ye? atau ada contact no untuk booking? terima kasih ye

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Cikgu... bulan January 2018 sy nak ke Tawau/Semporna... nak tanya perkhidmatan kereta sewa dan tour. Tq
    exwaizie@yahoo.com
    exw

    ReplyDelete