Total Pageviews

Wednesday, 21 August 2013

Guangzhou-HK-Shenzhen-Guangzhou trip part 4: Bismillah Kebab+Ladies Market

Ramai yang kata gambar dekat Bangkok cantik.. Pakai DSLR ke? Ni jawapan aku, aah.. Kamera abang.. Try tengok gambar waktu kat Guangzhou, Shenzhen dan HK. Tu baru kamera cikai aku. Kualiti gambar kurang memberansangkan sikit. Setakat nak ambik gambar buat kenangan, ok la.. Senang nak bawa pergi mana-mana.

   Bercakap pasal makanan dekat HK, tetiba plak teringat sos dekat kedai makan Bismillah Kebab.. Mantap! Siap tokey kedai tapau untuk aku lagi. Dia bagi free je.. Tu pun pas aku kemain puji cakap sos dia sedap..hahahaha.. Sepanjang 3 hari 2 malam dekat HK, aku makan sekali sehari je dekat kedai makan Bismillah Kebab. Lokasi kedai dalam Chungking Mansion. Ada banyak lagi kedai makan halal dalam Chungking Mansion tapi aku dah interview orang kat situ. Dia cakap kedai yang boleh dipercayai hanya Bismillah Kebab. Kenapa makan sehari sekali je? Nak habaq mai ni..Harga makanan dekat HK memang mahal. Nasi kosong je harga lebih kurang RM20.. Sekali makan total harga aku sorang je dah RM50-RM60. Walaupun mahal, aku dan Cik DA puji masakan dia. Sampai sekarang memang tak boleh lupa sos, nasi goreng dan sup ayam dia kan Cik DA?

 

  

 Waktu malam pulak, aku dan Cik DA pergi ke Ladies Market. Tempat ni memang pelancong datang untuk membeli souvenirs. Aku just beli fridge magnet dan t-shirt je.. Harga barang memang mahal dan sila rajin untuk tawar-menawar ye.. Mintak je kurang 50%-70%. Pasti anda tak akan menyesal. Kalau tak silap aku, Ladies market beroperasi waktu petang sampai ke malam. Untuk ke sini, boleh naik MTR line merah dari stesen Tsim Sha Tsui dan turun ke stesen Mong kok. Stesen MTR dekat HK memang besar dan kadang-kadang mengelirukan sebab ada banyak pintu keluar. So, sila rujuk signboard. Even dah rujuk signboard, aku dan Cik DA tetap sesat..

 




 

 

 

 

 

 

#Lokasi tempat penginapan aku adalah di Nathan Road iaitu di antara stesen MTR Tsim Sha Tsui dan East Tsim Sha Tsui. Kawasan ini sangat popular dan menjadi tumpuan backpaker untuk menginap

No comments:

Post a Comment