Total Pageviews

Sunday, 27 September 2015

Supir Bandung

Assalamualaikum. 


Entri ni khas dibuat untuk promote supir aku semasa travel ke Bandung, Indonesia baru-baru ni. Memang nak ke Bandung, khidmat supir adalah perlu. Tambah-tambah kalau nak ke area Lembang or Ciwidey. Makan masa berjam-jam jugak lah. Tak kan nak suruh aku naik ojek. Tak boleh imagine naik motor dengan mamat indon then menyelit sana sini redah jem. Erkkkkk...


***Ojek= motorcycle taxi in Indonesia 


So, aku sertakan kad supir yang berjaya melayan karenah aku dan Cik Y sepanjang berada di sana. Disebabkan supir aku ni lebih kurang sebaya, maka kami anggap macam kawan-kawan je. Tak lah segan nak bersembang. Yang penting, happening! Malu bertanya sesat jalan. Sila lah ringan-ringankan mulut bertanya any question kepada supir anda. Sekurang-kurangnya dia tidak mengantuk sewaktu drive or dia tidak syok sendiri bercerita sedangkan anda pula sedang kroh..kroh..kroh... 


Jika ke Bandung, boleh la contact Opik. Paling senang whatsapp je dia. Insyaallah dia akan reply as soon as possible. Macam aku, aku suka plan sendiri aku punya itinerary then tunjuk dengan dia. Boleh dia bagi pendapat sikit-sikit supaya aku tak kerugian masa. So, dapat lah cover banyak tempat sikit dalam sehari. Upah supir, anda boleh deal sendiri dengan Opik. 


Nak kasi tips sikit. Untuk save budget, plan trip around 3-5 person. Boleh jimat bayar kos supir sebab price charge by car. Kereta yang aku naik, Suzuki APV. Boleh naik maksimum 5 person. Then, jangan lupa plan your own itinerary. Pesan sama supir, jangan bawak kedai makan yang mahal-mahal (bagi yang berjimat macam aku).Setakat 4 hari 3 malam, aku sangat enjoy makan dekat Bandung. Makanan tak mahal sangat dan sedap! Just makan dekat Kampung Daun je tak best dan mahal. Nanti aku update dalam blog ye. Tunggu.... 






Yuk!!! Ke Bandung shopping & liburan.
















#Supir aku cerita, dulu dia pernah kerja bawak taxi. Sekali tu waktu tengah malam area hospital, dia ambil penumpang wanita. Tiba-tiba rasa seram sejuk. Pandang belakang, wanita tu dah nan hado! Serammmmmmm.........