Total Pageviews

Sunday, 27 August 2017

Euro Trip 2016: (Day 4) Paris

Semangat menulis dah mai. 

Jom sambung entri Euro!

 

Untuk pengetahuan semua, aku sampai di Paris dari London pada pukul 6.50 pagi iaitu pada hari Isnin bersamaan tarikh 5/12/2016. Trip ni adalah pada tahun lepas. Agak lapuk di situ bukan? 

 

Ada yang tanya aku, ok ke naik bus OUI bus? Jawapannya, ok je. Ada tandas dalam  bas. Kalau rasa nak membuang tu, tak de hal. Tapi aku try lah elakkan dari rasa nak membuang. Pelik wei membuang dalam bas. Tak biasa kot! Satu lagi masa aku beli online ticket, aku choose seat yang bukan berdekatan dengan tandas. Mana tau bukan kalau tetiba ada bau yang agak menyeramkan muncul mengganggu ketenteraman tido aku. Sepanjang perjalanan lebih kurang 8 jam, aku tido dengan jayanya. Sekali tu passenger kena turun untuk scan passport before nak masuk Paris. Time tu aku pening-pening mamai. Setel je aku terus naik bas laju-laju. Tak sempat pun bus bergerak aku dah ting tong, tido! Sejam sebelum nak sampai Paris je aku terjaga. Overall, perkhidmatan bus OUI sepanjang trip aku di Euro ok je. Everything went well. Kalau long distance, digalakkan pilih trip tengah malam. Tak terasa penatnya dan boleh jimat untuk accommodation. 

 

Disebabkan sampai awal pagi tu, maka kami just lepak dekat Paris de Bercy bus station. Pilih seat dan keluarkan bekalan makanan seperti roti dan peanut butter. Enjoyed our breakfast sehingga pukul 9 pagi. Sebelah bus station ada hotel. Lupa dah nama hotel tu. So dapatlah kami connect to internet sepanjang lepak dekat situ.


Bercy merupakan train station yang berada berdekatan sahaja dengan Paris de Bercy station. Lepas buat research, kami decide untuk stay di Le Petit Motrogue Guest House. Dari Bercy station (line 6), kami turun di Denfert Rochereau Station. Lupa nak inform yang kami beli Carnet ticket sepanjang berada di Paris. Harga untuk 10 keping train ticket bersamaan dengan 14.50 euro. So, sorang guna 5 keping tiket je. Korang boleh google la sikit berkenaan Carnet ticket ni.

 

Kalau nak bercakap bab train di Paris ni, aku rasa nak mengeluh. Phewwwwww…. Satu, signboard sangat mengelirukan. Nak mencari exit pun payah. Kedua, jangan terkejut bila tengok kadang-kadang mesin tiket ok, kejap lagi tak. So, naik train tak payah pakai tiket. Carnet tiket aku siap berbaki lagi 2 rasanya. Just 3 keping yang digunakan. Ketiga, kebersihan lorong dalam train agak out. Ada bau hancing. Keempat, tolong lah berhati-hati semasa naik train. Banyak pick pocket dalam kalangan Romanian katanya. Banyak dah video geng mereka ni mencuri tersebar di youtube. Alhamdulillah, kami tidak menjadi mangsa mereka. Cuma kawan aku ni telah di approach seseorang tapi aku berjaya tarik dia then blah dari situ.


Habis dah iklan pasal train di Paris. Lepas sampai di Denfert Rochereau Station, kami mati kutu nak cari jalan keluar station. Mana perkataan exit ni???? Adoiiiiii….. Kami try tanya peniaga dalam train station and finally dapat juga exit selepas berkali-kali ke hulu ke hilir. Dengan masalah language barrier lagi. Mengeluh untuk kali pertama. Then teruskan mencari guest house. Mengeluh kali kedua. Kenapa? Sebabnya kami dah round dekat sejam tapi tak jumpa-jumpa. Location dah betul. Itu pun selepas bertanya dengan banyak orang. Rupanya guest house kami berada di belakang pintu besar. Kiranya rupa guest house tu memang tak nampak langsung sebab dihalang oleh pintu besar. Sakit jiwa betul. Guest house ni bersebelahan dengan pharmacy. Harga untuk semalam 70 euro. Bila dah check in, rasa hilang semua letih. Sebabnya guest house dia sangat cantik, bersih dan selesa. Cuma api dapur tu amatlah perlahan. Lambat betul maggi aku nak masak. Yang lain perfect!












Ni lah our guest house in Paris. Bangunan dari luar macam ni. Actually luar bangunan ni ada gate besar. Jadinya memang menghalang terus penampakan bangunan ni dari luar. Tu lah antara punca kami stress dan agak give up sepanjang di Paris. Tapi bila masuk ke dalam, puas hati! Berbaloi lah dengan harga. Just 500m walking from Denfert Rochereau Station.





Lepas solat, lebih kurang pukul 12.40 tengah hari, kami naik train nak ke Bir Hakeim station. So, carnet ticket aku yang kedua telah digunakan. Exit train station, terus cari signboard Eiffel Tower. Jalan sikit dah boleh nampak Eiffel Tower. Aku dan Cik Rheitta sampai ke sudah tak percaya yang kami berjaya jejak di bumi Eropah. Eiffel Tower berada di depan mata kami sahaja. Area situ terlalu banyak penjual souvenir kulit hitam. Beli lah dengan mereka sebab harga lebih murah berbanding beli di kedai souvenir. 1 euro keychain Eiffel Tower boleh dapat 10 biji. Fm pulak 6 biji berharga lebih kurang 10 euro. Kami sempat juga sembang dengan penjual kulit hitam dekat sini. Sorang tu macam asal dari Sinegel. Kemain dia tanya kami kenapa perempuan Malaysia tak nak kahwin dengan orang kulit hitam. Hahaha… Dia tak tau kot belambak je gadis-gadis Malaysia terpesona dan berkahwin dengan orang kulit hitam. But kami tak tersenarailah… Oppsss!







Exit Bir Hakeim station, terus nampak signboard ni. Dari jauh dh boleh nampak Eiffel Tower.







Beli lah dengan geng kulit hitam ni sebab harga lebih murah. Try la bargain sikit. Pasti berbaloi.








Then kami meneruskan langkah kaki menyusuri Seine River. Dari sini dah boleh nampak banyak binaan yang menjadi mercu tanda kota Paris. Kota Paris agak meriah sebab ada Villages du Noel atau bahasa melayunya ala-ala perkampungan krismas yang menjual pelbagai jenis makanan, barang perhiasan dan lain-lain. Memang agak happening lah. Sempat aku try chestnut yang berharga 5 euro. Not bad! Makan benda panas time musim sejuk memang nikmat.






Seine River













Gambar di bawah adalah gambar-gambar yang diambil di Villages du Noel










Chestnut yang berharga 5 euro. kalau convert dekat RM25 jugak lah. 








Hari semakin gelap. Sedikit terkilan sebab kami tak berjaya cover banyak mercu tanda di kota Paris ni akibat kekangan masa. Mungkin 3 hari 2 malam di Paris baru memadai untuk menikmati Paris atau dikenali dengan kota cinta dengan puas. Malam tu kami siap-siap mengemas sebab esoknya nak ke Brussel pula.