Total Pageviews

Wednesday, 1 April 2020

Umrah Trip 2018: The Unforgetabble Memories (Part 2)

Salam. 

 

Hi guys! 


Aku kembali bersiaran untuk share kembali kisah-kisah yang tak dapat aku lupakan semasa aku menunaikan umrah. Awal tahun 2020, aku ada text my travel buddies. Aku cakap, aku nak start balik menaip blog. At least I can help people out there sikit pun jadilah. Nak dijadikan cerita, hampir satu dunia dilanda Corona virus. So, this is the best time to start again I guess.

 


 

View Masjidil Haram dari hotel yang aku stay. Bila laungan azan berkumandang, boleh nampak banyak manusia bergegas ke masjid. Semua kedai akan ditutup sementara. Sekali tu time nak turun lif untuk solat subuh, aku boleh terserempak dengan Dato' Vida. Mmmuahhhh....




Pernah rasa tak situasi macam ni iaitu anda berada di negara yang majoriti adalah non muslim tapi anda rasa rakyat negara berkenaan lebih 'muslim' berbanding penduduk negara Islam yang lain. Aku yakin banyak traveller luar pernah melaluinya. Ada sekali tu aku, abang dan kakak ipar aku lepak dengan mamat kulit hitam dari negara mana ntah. Aku lupa. Dia share pengalaman dia bekerja serata dunia. Dia pernah menetap dekat UK, China dan Indonesia. Dia cakap Islam di Indonesia tak seindah yang disangka walaupun 90% penduduk di sana adalah muslim. Then dia cerita tentang perkembangan Islam yang sedang berlaku di Eropah termasuk di Jerman. 


Seronok sangat dapat jumpa penduduk Islam serata dunia dekat tanah suci dan berkongsi cerita.

 

Semasa menunaikan umrah, aku belajar banyak perkara. Antaranya, kejahatan dan kebaikan boleh berlaku di mana-mana sahaja tak mengira tempat. Benda ni berlaku pada aku. Ujian kecil untuk aku jugak di sana. Kisahnya bermula selepas aku selesai menunaikan first umrah pada jam 3 pagi rasanya. Then mak aku suggest untuk stay dekat Masjidil Haram sehingga solat subuh. Jadi kami dapat pilih tempat terbaik mengadap kaabah memandangkan awal pagi tak terlalu ramai orang. Bila azan berkumandang, aku keluarkan phone aku then record laungan azan untuk simpanan. Selesai solat subuh, aku dan mak aku keluar lah nak balik hotel. Waktu ni lah memang ramai manusia sesak nak keluar masjid. Time aku naik escalator, ada perempuan Indonesia tegur aku. Dia tegur pasal sling bag aku kot if I'm not mistaken. After keluar ja dari masjid, aku bukak bag aku.. Taraaaaaaaa!!!! Phone aku hilang guys. Aku rasa sedih gila. Yes, sangat sedih! Duit aku tak hilang sebab aku simpan dalam poket dekat telekung yang aku pakai. Mak aku cakap, Allah nak bagi peluang untuk aku fokus ibadat. Betul cakap mak aku tu actually. Aku redha!


Time lunch dekat hotel aku makan semeja dengan ustaz sorang ni dari Sabah. Dia mutawif dari agent lain. Dia bawak mak dia sekali. Aku ni kan makhluk peramah. Hahaha.. Aku pun sembang rancak lah semeja dengan dia sambil makan. Aku pun ceritalah bla bla bla apa yang terjadi pada aku. Then dia pun cakap dia pun pernah hilang phone dekat sini. Memang biasa terjadi! Sebelum ni mutawif aku memang kerap ingatkan jemaah agar jaga beg masing-masing tapi aku buat sambil lewa jugak kadang-kadang tu. Dan akhirnya, eden terkono! Bayangkan selama aku travel, aku tak pernah sekali pun kena pick pocket tapi dekat tanah haram aku terpilih untuk diuji.


Kakak ipar aku jugak pernah kena approach dengan lelaki Indonesia time dia menunggu dekat area Mcd luar perkarangan masjidilharam. Macam-macam dia tanya tapi kak ipar aku buat tak tahu je. Waktu umrah ketiga time nak tawaf kaabah, aku dan mak aku kena approach dengan lelaki Indonesia yang nak tolong bawak kita ke hajarul aswad. Sebelum aku jejak kaki ke sana, aku memang dah baca taktik kotor ni. Akan ada orang yang cuba scam time nak tawaf. Konon-konon nak membantu tapi dia akan scam kita dengan 'pau' duit lepas tu. So, aku dan mak aku buat-buat tak nampak je. Orang tengah fokus beribadat kot boleh dia dok approach orang. Hati-hati ya readers. Minta Allah S.W.T permudahkan urusan kita semua.


 

 

 

First tawaf aku tengah malam waktu nak tunaikan first umrah. Nampak kaabah terus teriak. Kalau dalam tv kita nampak kaabah macam besar. Tapi in reality tak lah besar sangat. Umrah ketiga aku pada tengah hari. Kalau tawaf time tengah hari, cuaca agak panas terik. Lepas tu agak silau. But its okay! Kita datang nak beribadat. Jangan buat 'teruk' orang cakap. 



 

Dalam beg aku, memang dah sedia botol air untuk tapau air zam zam untuk diminum sepanjang berada di sana. Dekat sana jujurnya tak ada air lain yang dapat menandingi kelazatan air zam zam. Kelazatan air zam zam dekat tanah suci sangat berbeza nikmatnya compare kalau kita minum air zam zam yang dah dibawak balik ke Malaysia.

 




View kaabah pada waktu malam


 

 

 

 

Tengok jam besar ni terus teringat Hazeman Huzir punya kisah umrah. Time nak tawaf dia cakap jam besar ni betul-betul mengganggu konsentrasi dia. Ujian setiap orang tak sama. Dalam bangunan ni ada mall ya. Dalam tu ada H&M, restaurant etc. Shopping masuk mall sambil pakai kain telekung ja. Rasa heaven!

 

 

 

 

Next, aku nak share bab sikap peniaga-peniaga dekat sana. Peniaga dekat sana memang mulut manis. Time nak membeli, kemain mulut manis. Time nak tukar barang, kemain masam dan kelat muka. Hahaha.. Untuk wanita, elakkan bersendirian membeli. Kalau boleh, pastikan ada teman. Kalau mamat Arab tu tanya, 'single or married?', cakap je married! Tak payah fikir panjang or nak promote diri. Hahaha.. Nescaya lelaki Malaysia lagi banyak yang 'elok' walaupun physically lelaki Malaysia jauh ketinggalan. Dah sampai sana anda akan faham kenapa aku cakap macam ni. 




Situasi di atas ni biasa sangat berlaku kat tanah suci. Orang berlumba-lumba nak bersedekah.

 

 

 

Aku naik Jabal Nur atau Bukit Nur pada waktu malam. Di sini lah kisah Nabi Muhammad mendapat wahyu dekat Gua Hira', salah satu gua di Jabal Nur. Kami berkumpul pukul 9 malam lebih macam tu. Mutawif aku bagi pilihan sama ada nak follow ke tak. Mostly yang follow ni geng muda-muda lah. Mak aku tak follow memandangkan dia sakit lutut. Jadi kami pun tahan taxi dan menuju ke Jabal Nur. Time pergi tu kami kena caj 20 riyal untuk perjalanan sejauh 6km. Share berempat, jadi sorang 5 riyal je. Driver taxi kat sana drive mak aiiiiiii.... Boleh lawan driver autorickshaw dekat India. Hahaha.. Kalau tak percaya, korang boleh tengok channel Hazeman Huzir dekat YouTube. Segala apa yang dia cerita tu benar sekali okeh!

 

Aku ni memang dah get ready sport shoes siap-siap dari Malaysia semata-mata nak naik Jabal Nur. Semangat kot nak menghayati kepayahan dan kehebatan Khadijah ulang alik naik Jabal Nur tanpa menggunakan tangga seperti hari ini untuk menghantar makanan kepada Rasullullah SAW. Maka, bermulah pendakian Jabal Nur. Walaupun udara sejuk dan berangin, tetap aku tercungap-cungap ambil nafas. Phewww... Kami pernah melalui kawasan Jabal Nur  pada waktu siang. Dari jauh dah boleh nampak ramai manusia mendaki tengah panas. Mak aku cakap, yang mendaki waktu siang ni banyak yang dari Pakistan etc. Depa ni kuat sungguh, kata mak aku. Ada yang ambil peluang mendaki sambil tengok sunset. Katanya view waktu tu lebih cantik. 


Sepanjang pendakian, anda akan melalui tol. Tol yang aku maksudkan adalah peminta sedekah. Peminta sedekah terlalu banyak sepanjang pendakian. Siap boleh cakap bahasa melayu lagi. By the way, lupa nak cerita yang orang Arab especially peniaga banyak ja yang boleh cakap melayu. Aku ingat lagi peniaga jubah tu promote jubah dia sambil menjerit  ' jubah Rosmah... jubah Rosmah'. Adoiiiiii..... Hahaha.... 


Jom layan view dari atas Jabal Nur. Alhamdulillah aku dapat merasa nikmat naik ke sini. Keadaan Gua Hira' agak sesak. Tak dapat nak masuk ke dalam. Nak ke situ pun kena kempiskan badan sebab nak melalui ruang-ruang yang sempit.

 

 


 



 


View kota Makah pada waktu malam dari puncak Jabal Nur






Nak ke Gua Hira' perlu lalu ruang yang sempit yang boleh dilalui hanya sorang sahaja pada satu-satu masa.





 


 

Waktu nak turun dari Jabal Nur ni lah berlaku drama 18SG. Al-kisahnya kami turun tu jam dah menunjukkan dekat pukul 12 tengah malam. Time ni taxi pun dah tak banyak. Lepas sembang-sembang dengan sorang prebet sapu ni kami disapa oleh pemandu taxi yang menawarkan harga yang lebih berbaloi. Jadi kami decide naik dengan pemandu taxi ni. Taxi baru nak gerak, prebet sapu tadi boleh langgar taxi yang kami naik. Anda rasa apa yang terjadi lepas itu? Dua-dua driver keluar kereta masing-masing kemudian dok bertumbuk. Aku yang tengok ni memang dah rasa takut dah sambil jerit suruh abang aku leraikan. Lepas tu ada sorang lelaki Turkey cuba leraikan baru abang aku masuk line. Lepas setel bergaduh semua, kami ni pakat-pakat blah menapak sikit dari situ dan cari taxi lain. Phewwwww..... Time balik kami kena caj 40 riyal. Esoknya kami  semangat bercerita  dekat jemaah lain kisah yang terjadi. Lain macam sungguh pengalaman aku ni.








Sampai sini sahaja entri aku. Insyaallah entri berikutnya will be my last entri for umrah trip. Aku plan nak share kisah-kisah kelakar yang terjadi dan tips nak beli souvenir murah kot.



 Assalamualaikum