Total Pageviews

Wednesday, 24 June 2015

Krabi Trip Day 1: Krabi Night Market @ Walking Street Night Market

Sawadika..


Tahun ni percutian didahului dengan trip ke Krabi. Insyaallah ada lagi 2 percutian yang aku nantikan tahun ni. Yeayyyyyy!!!! Tiket flight ke Krabi aku beli tahun lepas lagi. Tu pun RM210 return. Kira not too cheap gak la. Tapi ok la kan sebabnya aku fly waktu cuti sekolah. Alangkah indahnya kalau boleh fly bukan waktu cuti sekolah. Hmmmm.... 


Trip aku more pada relax je. Nak hilangkan stress. Aku dan Cik Y tak pulak buat itinerary kaw-kaw punya. Just kami punya mission nak merasa kayak, riding elephant and round islands. Masa selebihnya, makan, makan and makan. Baru hilang semua stress aku yang bersarang di otak setelah sekian lama. 





Pergi mana-mana buku catatan harus dibawa.. Awal-awal je semangat nak mencatat. Lama-lama lupa sudah. hahahaha.. Catat pakai pen merah yang tak tahan tu. Mentang-mentang sibuk menanda paper budak.



Ni hanya lakonan Cik Y je.. Tu buku dan pen aku!!!!! 




Flight kami pukul 1.15 petang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Waktu di Thailand lewat sejam dari Malaysia. Keluar je terus cari tiket bas nak ke Aonang. Tiket berharga 150 bath sehala. Kami dah book Aonang Goodwill awal-awal. Ramai yang recommend hotel ni. Lokasi jauh sikit dari Aonang beach tapi dekat dengan kedai makan halal. Sebelah hotel, ade masjid. Pagi-pagi buta, bangun, keluar hotel dah boleh cari kedai makan area situ. Semuanya mudah habaq hang. 







Ni lah rupa bas nak ke Aonang.



Exit airport, dah boleh nampak bas dekat luar. Naik, dan cakap je dengan driver nak ke hotel korang. On the way nak ke Aonang, bas akan stop dekat Krabi town dulu. Sesiapa yang nak ke hotel area situ kena turun dan naik van lain rasanya. Sampai je hotel, terus solat dan siap-siap nak keluar semula. 



 

The first elephants we met. Cute!



Aku dan Cik Y round-round usha harga pakej. Memandangkan hari dah agak lewat, so kami plan nak ke  Krabi Night Market atau dikenali sebagai Walking Street Night Market. Night Market ini hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja. Nak ke sana, boleh naik van. 200 bath untuk return. Tiket boleh dibeli dekat kaunter hotel or mana-mana travel agent. Selalunya van akan pick up dekat hotel pada pukul 6.30 petang dan balik pukul 9.30 malam. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Krabi Night Market antara attraction place yang patut korang pergi jika anda ke Krabi. Why???Let me show you..







Harga untuk souvenir lebih murah di sini. 5 biji keychain or fm dijual dengan harga 100 baht. Kalau beli sebiji 20 baht. Beli 12=200 baht. Tapi bergantung juga pada design. Ada keychain dan fm yang unik sebab handmade. Harga lebih mahal sikit lah.




Yang bawa anak-anak, boleh try mencanting batik. Tapi mostly kalau kelas pendidikan seni dekat sekolah pun dah didedahkan dengan benda ni.







Kreatif kan? Jahit kain buat cover buku.





Bihun sup!!!


Inilah sesi yang dinanti-nantikan oleh aku. hahahaha.. Tapi kena be careful sebab bukan semua peniaga jual makanan yang halal. Harga makanan tak mahal mana pun. Standard harga dekat pasar malam lah. Lebih kurang 40-60 baht harga bagi semua makanan yang aku dan Cik Y try.




Pad Thai!!! Rasa pad thai ni macam kuey teow goreng yang a bit sweet dan dihidangkan dengan daun-daun seperti dalam gambar di atas. 





Apa nama benda ni ek? Kerabu soo hoon kot. Pure Thai.. Masam dan pedas. Sedap!







Fruit smoothie ni dijual dengan harga serendah 20 baht je. 






Ok lah.. Sampai sini je entri aku. Bye! Assalamualaikum.





Saturday, 20 June 2015

Islands Trip Part 2: Maiga & Sibuan Islands

Memandangkan Pulau Maiga dan Sibuan ni berdekatan dengan Pulau Bohey Dulang, maka kami masukkan je dalam list trip kali ini. 








Pulau Maiga ni kecik je. Lagipun penghuninya pun tak ramai. Sesampainya kami di sana, kami disambut oleh anak-anak kecil Bajau laut. Mostly, mereka ni tak pandai pun bertutur dalam bahasa melayu. Kawan perempuan aku dipanggilnya abang. hahahaha.. Masing-masing  datang menerpa untuk mendapatkan makanan. 







Perahu dengan anak Bajau laut memang tak dapat dipisahkan. Suami kawan aku mengajar di salah sebuah pulau di Semporna. Bila disuruh melukis kereta, motor or any kenderaan darat lain, memang blur habis mereka ni. Cuba try suruh lukis sampan ke, bot ke, confirm hebat!!!!












Antara rumah-rumah yang berada di Pulau Maiga.





Pernah tengok iklan merdeka Petronas  dulu-dulu pasal seorang anak Bajau bernama Jegang? Korang boleh taip kat youtube Iklan Petronas-Merdeka-Jegang. Nanti keluar lah.. Dengar kata, iklan tu dibuat di Pulau Maiga. 


Next, kami terjah Pulau Sibuan pula. So, this is our last destination before go back home. Dekat sini kami banyak habiskan masa dengan makan-makan, mandi-mandi dan sesi menghitamkan diri. Tak tahu dah cara nak buat untuk kurangkan sunburn. Pakai sunplay bagai tetap hitam gila.. huhuhu.. 






Pulau Sibuan. Macam nampak lonely pulau ni kan? 








Pada pendapat aku, Pulau Maiga dan Sibuan agak lonely sikit sebab penghuninya tak banyak. Walau bagaimanapun,  kejernihan air kedua-dua pulau ini memang tidak dapat disangkal lagi. 


Salam ramadhan untuk semua readers. Next time, aku update entri ke Krabi pulak. 






#First time merasa experience dikejutkan bangun sahur oleh segerombolan budak-budak lalu depan umah pada pukul 3 pagi. Siap nyanyi lagu bangun sahur ditambah sesi ketuk mengetuk.  Btw, lagu bangun sahur tu best kot!

Tuesday, 5 May 2015

Islands Trip Part 1: Bohey Dulang Island

Assalamualaikum readers. 


Cuti raya cina lepas, aku and the geng pergi menghitamkan diri ke Pulau Bohey Dulang, Pulau Maiga dan Pulau Sibuan. Tidak sah kalau setiap tahun kitaorang tak hitam! Dah la aku ni jenis cepat hitam dan susah nak cerah balik. Dua bulan jugak lah kulit baru kembali ke asal. Tu pun penat 'tonyoh' dengan berus sabut, clorox dan thinner. Dont try this at home okeh! 







So, aku 'simple'kan penulisan. Trip ni totally kawan aku yang handle. Kalau korang datang semporna, korang ada 2 pilihan. Sama ada pergi by agent (macam entri aku ke Pulau Mabul dan Pulau Kapalai yang lepas) or sewa bot sendiri. Kali ni kami sewa bot around 500++ kot untuk tiga pulau dan kami pergi seramai 12 orang. Kalau korang dalam group yang ramai, better sewa bot sendiri sebab lebih menjimatkan. Kalau nak usha bot, boleh pergi ke fb Kembara Semporna. Korang deal la sendiri ek.. 


Dari jeti Semporna ke Pulau Bohey Dulang mengambil masa lebih kurang 40 minit dengan menaiki bot. Apa yang special pasal Bohey Dulang ni adalah view pulau boleh dilihat dari puncak bukit. Proses pendakian sejauh 600 meter memakan masa lebih kurang 40 minit bagi orang-orang yang macam aku. Adusssss.. Lama dah tak bersenam kan. Lepas tu bawak backpack berat pulak. Tragis!









Bila dah sampai ke puncak, hilang semua letih. Yes! Memang cantik sangat.. Kira ni pengalaman pertama mendaki semata-mata nk lihat keindahan pulau. Group kitaorang beruntung sebab jadi group pertama yang sampai ke puncak pagi tu. So tak payah nak gaduh-gaduh rebut port ambil gambar. One, two, three shenyummmmm........ 









Dua orang kawan aku daki pakai sliper.. steady je... hahahaha.. 






On the way nak turun, terjumpa ulat gonggok yang besar dan berkaki banyak. Dulu selalu nampak binatang ni dekat kampung nenek aku masa kecik-kecik. Sekarang dah nan hado. Mungkin dah pupus gamaknya. Then terserempak jugak dengan ular kapak. Kata our guide ular ni spesis berbisa and cara nak kenal dia tengok bentuk kepala dia yang seakan-akan berbentuk love.








Our next destinations are Pulau Maiga and Pulau Sibuan. Simple kan entri aku. So, tunggu jelah entri Islands Trip Part 2 tak lama lagi. Nite!