Total Pageviews

Saturday, 4 July 2015

Krabi Trip Day 2: Elephant Trekking

Sawadika. 

Mari kita sambung entri yang tertangguh pada hari kedua aku di Krabi. Habis je aktiviti berkayak, kami dibawa ke Phu Tara. Aku dan Cik Y ditinggalakan di sini sebab driver van hantar tourist yang ambil pakej half day balik hotel. Dekat Phu Tara ni famous dengan aktiviti swimming. Tak kuasa aku nak mandi. Baju spare pun tak bawak. Tak tahu pulak dorang akan tinggalkan kami di sini. Ingatkan boleh terus buat aktiviti elephant trekking. So, melepak lah kami berdua di cafe berdekatan smbil makan ice cream. 





Air sungai macam tak seberapa nak jernih je. Tak payah lah korang ambil pakej swimming kalau datang Krabi.






After 45 minutes macam tu, driver van tiba dan terus bawa kami ke Chong Phlee Elephant Trekking. Sampai je sana, kena menunggu gajah tiba. Kami dihidangkan dengan buah nenas dan air mineral. Bau-bau badan dan tahi gajah sudah boleh dihidu ketika itu. hahaha..



Akhirnya, merasa jugak aku naik gajah. Kesian je gajah macam tak larat. Lepas tu nampak pulak budak yang guide gajah tu bawak besi tajam sambil sebut 'muek, muek'. Rupa-rupanya 'muek' tu bermaksud jalan dalam bahasa Thailand. Ada sekali tu, gajah yang kami naik buang tabiat masuk dalam semak-samun sebab nak makan daun. Aiyooo... Scary kot! Part paling scary bila dengar gajah mendengus macam nak mengamuk. Mengucap aku dan Cik Y.














Laluan trek macam tak mencabar pun. Just masuk hutan and u-turn. Tu je. Aku nak rasa feel yang masuk dalam sungai semua tu. So, next time sesiapa yang ambil pakej elephant trekking, better tanya dulu. Pastikan ianya bukan di Chong Phlee Elephant Trekking. 

Sewaktu halfway trekking, budak yang guide gajah tu ajak duduk dekat tengkuk gajah. Laju je aku menawarkan diri. Sebagai ganjaran, boleh la beli sebekas pisang untuk kasi gajah-gajah ni makan. Sebekas pisang berharga 50 baht kot. It was a nice experience but maybe it will be the first and last untuk aku kot. :)






Mana satu gajah ni???hahaha...






Balik hotel je terus pekena kerabu maggie. Slurpppp... Pedas dan mengancam. Berair mata aku makan.




Friday, 26 June 2015

Krabi Trip Day 2: Kayaking at Baan Bor Thor

Sawadika. 

Jumpa lagi uolls.. Aku pergi ke Krabi pada 30 Mei - 2 Jun (4 hari 3 malam). Hasil pembacaan aku, start bulan 6-12 adalah low season sebab time tu cuaca tak menentu. Takut hujan lebat. Tapi kan, rezeki aku dan Cik R barangkali sebabnya waktu kami di sana, cuaca ok je. Yang bestnya bila low season, kita boleh tawar harga terbaik untuk semua pakej. 

 

First of all, misi ke Krabi is to ride an elephant!!! Aku dan gajah tak boleh dipisahkan. Nak rasa feel duduk dekat leher gajah. Bayangkan gajah duduk atas gajah??? Erkkkk... hahahaha.. Secondly, nak kayaking!!! Aku nak dapatkan new experience. Lagipun, mana aku pernah berkayak sebelum ni. So, hasil tawar-menawar, aku dapat price 1400bath seorang untuk kedua-dua aktiviti ini. 

 

Untuk pengetahuan uolls, ada dua tempat untuk aktiviti kayak. Satu di Ao Thalane dan satu lagi di Baan Bor Thor. Trip ke Ao Thalane ni lebih murah sebab dekat berbanding Baan Bor Thor. Keistimewaan berkayak dekat Baan Bor Thor adalah keunikkan dan kecantikkan 'cave'nya. Boleh enjoy pemandangan dalam cave. So, kami pilih trip ke Baan Bor Thor.




Alamak, harga macam tak sure pulak. Bubur nasi tu rasanya harga lebih kurang 50bath kot. Pancake tu dalam 40bath. Pancake kat kedai makan depan masjid memang mahal pun compare dengan kedai lain.








Pagi tu, kami breakfast dulu. Pukul 8.30 pagi, van datang pick up kami di hotel. Perjalanan mengambil masa selama sejam. Sampai je di sana, kami dihidangkan dengan tea and coffea. And our tourist guide on that day is Mr Jeffrey from Philippine. Sangat enjoy dengan dia sebab dia happy go lucky. Sekali tu eden terkono dia. 

Jeffrey: I can speak Spanish. 

Aku: Ohhh.. really? 

Jeffrey: U ask any question in English, then I will reply in Spanish.

 Aku: Ok. How old are u??? 

Jeffrey: Spanish

Aku: hahahaha (Kojaqqq hang noh!)










Before start berkayak, si Jeffrey ni bagi sikit taklimat. Cara nak paddle dan sebagainya. Yang kuat sikit, duduk belakang. 'I think I'm strong enough' kata aku dekat si Jeffrey. Yakin boleh kot! hahahaha.. Aku dan Cik Y je from Malaysia. Yang lain dari Euro, Singapore, Thailand and Korea. Couple dari Euro tu memang dah mahir berkayak. Laju je ke depan. Yang lain masih terkial-kial. Kejap-kejap pusing kiri, pusing kanan plak. Lama-lama makin ok. Walaupun panas terik, aku tetap enjoy the moment. 





 

Ready to depart









Pelanggaran terjadi disebabkan masih blur-blur. Perlu ada sefahaman dan kesepakatan dalam setiap kayuhan.





Mostly penduduk sini kerja nelayan. Perjalanan melalui paya bakau sangat indah walaupun peluh menitis membasahi muka dan badan. Boleh nampak bukit bukau di sekeliling. Then kami stop di Thanboke Koranee National Park. Dekat sini kami masuk dalam The Big-Headed Ghost Cave, juga dikenali sebagai Skull Cave atau Tham Pee Hua Toe. Gua ni dah lama wujud sejak zaman prasejarah lagi dan dianggarkan berusia 3000 tahun. Di dalamnya ada beberapa lukisan lama. Kononya ada hantu berbadan manusia tapi berkepala macam haiwan yang mendiami gua ni. Hmmm... Ada juga imej tangan dan lain-lain.






Tiba di Thanboke Koranee National Park. Jom masuk gua!






 The hands




Nampak tak lukisan hantu yang berkepala seperti burung dalam gambar di atas???






Anaconda head.


 Stalagmites and stalactites.




Our happening group!


Perjalanan diteruskan lagi dengan melihat Lod Cave dan Sea Cave. Jom layan gambar yang berjaya diambil.
















Like a mermaid





On the way nak balik ni lah paling mencabar. Kena paddle melawan arus. Serius agak menguji ketahanan fizikal dan mental aku. Sakit tangan woooo.. At the end, we were team no 3 to arrive. Kira not bad la kan? Phewwwww...







Aktiviti berkayak ni makan masa selama hampir 3 jam jugak lah. Bila semua team dah tiba, kami get ready untuk lunch. Lunch memang disediakan sebab dah termasuk dalam pakej. Lepas selesai makan, kami gerak ke destinasi seterusnya untuk elephant trekking. Kita sambung dalam next entri nanti. Selamat bersahur!










#Balik dari berkayak, rasa lenguh-lenguh tangan tahap kritikal.