Total Pageviews
Saturday, 17 October 2015
Thursday, 1 October 2015
Krabi Trip: Shopping & Eating
Cepat-cepat nak habiskan entry Krabi. Go! Go! Go!
Last day lepas pergi 3 islands, aku dan Cik Y meronggeng naik moto area Aonang. Dah berkurun tak naik moto wehhh.. Rasa kekok gila nak tekan minyak. Padahal dulu aku pernah dicop sebagai cikgu rempit and cikgu helmet steng (helmet separuh@setengah). Aku je cikgu pompuan pergi sekolah merempit. Terus kena cop camtu. Tragis bukan?
Mission haruslah mencari pancake mak cik Yaminlah area Aonang. Kedai mak cik Yaminlah ni berderet-deret dengan gerai makan yang lain. Gerai betul-betul tepi jalan. Katanya la kan, pancake dia paling terbaik di Aonang. Aku pun meng'order' pancake nuttela dan Cik Y pulak order yang coklat punya. Tak tau bagi rate berapa. Sebabnya aku rasa semua pancake rasa sama je. Hat mak cik Yaminlah ni a bit oily dan tebal. So, hmmmm.. So-so je lah aku rasa.
Pulut mangga
Deretan gerai lain berdekatan dengan gerai mak cik Yaminlah
Kuey teow tom yam
Green tea soda.
Area gerai mak cik Yaminlah ni, aku ada beli green tea soda. Perhhhhh!!!! Yang ni sangat recommended. Aku ni hantu green tea. Teh ais dia pun kaw habis. Sila try kalau datang ke sini. Makanan panas yang lain biasa-biasa je. Aku siap berjaya menapau pulut mangga lagi untuk bawak balik Malaysia. Mangga Thai memang manis sangat. Lemah betul kalau cerita bab pulut mangga ni. Nak repeat Thailand sebab benda ni lah. Haishhhh....
Aku dan Cik Y ada jugak meronggeng sampai ke Tesco. Beli coffee 3 in 1 bawak balik Malaysia. Before fly, aku sempat singgah kedai area Aonang nak beli souvenir. Berkenan dengan sling bag hijau, ethnic design. Disebabkan aku ni pelanggan awal, dia kasi dengan harga 120 baht je. Masa dalam kereta on the way nak balik rumah, baru perasan beg tu tertinggal dalam flight. Sobs.. sobs.. sobs..
Lost this sling bag. Good quality with the best price. Sayangnya...
Habis sudah entri ke Krabi. Yeayyyyy!!! Boleh update entri ke Bandung pulak lepas ni. Dalam group BBM di fb, mostly members komen takkan repeat trip ke Krabi. Aku pun agak bersetuju maybe disebabkan too many tourists especially kalau pergi islands. Cukup la sekali kot. Apa-apa pun, aku sangat enjoy berkayak tengah panas dan naik gajah. Phewwww....
Sunday, 27 September 2015
Supir Bandung
Assalamualaikum.
Entri ni khas dibuat untuk promote supir aku semasa travel ke Bandung, Indonesia baru-baru ni. Memang nak ke Bandung, khidmat supir adalah perlu. Tambah-tambah kalau nak ke area Lembang or Ciwidey. Makan masa berjam-jam jugak lah. Tak kan nak suruh aku naik ojek. Tak boleh imagine naik motor dengan mamat indon then menyelit sana sini redah jem. Erkkkkk...
***Ojek= motorcycle taxi in Indonesia
So, aku sertakan kad supir yang berjaya melayan karenah aku dan Cik Y sepanjang berada di sana. Disebabkan supir aku ni lebih kurang sebaya, maka kami anggap macam kawan-kawan je. Tak lah segan nak bersembang. Yang penting, happening! Malu bertanya sesat jalan. Sila lah ringan-ringankan mulut bertanya any question kepada supir anda. Sekurang-kurangnya dia tidak mengantuk sewaktu drive or dia tidak syok sendiri bercerita sedangkan anda pula sedang kroh..kroh..kroh...
Jika ke Bandung, boleh la contact Opik. Paling senang whatsapp je dia. Insyaallah dia akan reply as soon as possible. Macam aku, aku suka plan sendiri aku punya itinerary then tunjuk dengan dia. Boleh dia bagi pendapat sikit-sikit supaya aku tak kerugian masa. So, dapat lah cover banyak tempat sikit dalam sehari. Upah supir, anda boleh deal sendiri dengan Opik.
Nak kasi tips sikit. Untuk save budget, plan trip around 3-5 person. Boleh jimat bayar kos supir sebab price charge by car. Kereta yang aku naik, Suzuki APV. Boleh naik maksimum 5 person. Then, jangan lupa plan your own itinerary. Pesan sama supir, jangan bawak kedai makan yang mahal-mahal (bagi yang berjimat macam aku).Setakat 4 hari 3 malam, aku sangat enjoy makan dekat Bandung. Makanan tak mahal sangat dan sedap! Just makan dekat Kampung Daun je tak best dan mahal. Nanti aku update dalam blog ye. Tunggu....
Yuk!!! Ke Bandung shopping & liburan.
#Supir aku cerita, dulu dia pernah kerja bawak taxi. Sekali tu waktu tengah malam area hospital, dia ambil penumpang wanita. Tiba-tiba rasa seram sejuk. Pandang belakang, wanita tu dah nan hado! Serammmmmmm.........
Monday, 31 August 2015
Krabi Trip Day 3: 4 Islands
Pang.. Pung... Pang...
Beberapa kali tamparan hebat menerjah di pipiku. Aku seakan-akan dipukau menyebabkan aku tidak sedar akan kewujudan blog ini sekian lamanya.
Curlas sangat intro aku kan?. Keh keh keh... Malas nak gebang banyak sangat. Jom layan trip aku ke pulau pulak. Actually ada beberapa pakej ke pulau antaranya Phi Phi Islands, Hong Island and 4 Islands. Cik Y dah pernah join trip Phi Phi Islands. So, kami decided untuk ambil pakej 4 Islands atas nasihat seorang abang ni. Katanya, tak berbaloi pergi Hong Island. Katanya lagi, tak payah ambil pakej speed boat. Sebabnya, pulau-pulau tu tak jauh pun. 20 minit dah sampai. Aku ni bukan kisah sangat pun sebab aku bukan hantu pulau. Pergi jelah mana-mana pakej pun ok. Kami terus book tiket dekat hotel je. Price 350 baht seorang naik long tail bot. Price termasuk makan dan minum.
Pagi tu, hujan renyai-renyai. Then ada lori datang pick up aku dan Cik Y kat hotel. Lepas pick up kami, dia angkut lagi orang dekat hotel lain-lain pulak sampai penuh satu lori. Sampaikan, ada yang terpaksa naik atas lori. Uinaaa.. ni dekat Thailand ke India???
Tudiaa!!!! penuh sampai atas. Akibatnya, driver kena tahan dengan polis daa... Lepas sembang-sembang, terus lepas. Dengar kata, dekat sini amalan corrupt mengorupt agak berleluasa. Ada yang pesan, kalau sewa motorsikal, sila pakai helmet. Kalau tak, kena aim.
Lepas briefing, masing-masing get ready nak naik bot. Lepas beberapa minit, kepala aku dah pening. Mual-mual... Adoiiiiiii.. Dah la naik bot dengan tangan kosong je. Yang ada air mineral je yang dorang sediakan. Seriously, habis mood aku. Dengan cuaca panas menambahkan tahap kepeningan.
Pakej 4 Island pada aku sesuai pada sesiapa yang sukakan sightseeing. Sebelum ni aku dengar ada yang mengatakan island di Malaysia much better. Apa-apa pun, setiap island mempunyai identiti dan keunikkan yang tersendiri. Aku akui, kalau nak lihat coral dan pebagai jenis hidupan laut yang lain, better datang snorkeling island dekat Malaysia je. Tapi, experience kan cannot buy. So, lets have fun wherever you go!
Longtail boats
Destinasi pertama kami berlabuh adalah Phranag Cave aka Railay Beach. Kami stop around 30-40 minutes rasanya dekat sini. Rasa menyesal tak bawak bekalan makanan. Anda disarankan membawa tikar dan bekalan makanan sekiranya berkunjung ke sini.
Chicken Island.
Nampak tak kepala ayam dalam gambar di atas?
Ayuh, snokeling!!!!!!!!!!!!
Around 15 minutes je masa diberi untuk snorkeling. Kedekut kan??? Nampak sejenis ikan je tapi teramat banyak sekali. Kasi je makan roti ke ape, nescaya berpusu-pusu yang datang. Coral pulak yilekkkkk...
Kalau tak salah gambar di atas ni adalah Tup Island yang famous dengan sandbank. Aku tak turun dari bot pun sebabnya ramai giler manusia sampaikan tak nampak pun sandbanknya. hahaha.. Lagipun, bot berhenti kejap je untuk photo session.
Akhirnya, last island is Poda Island. Ready untuk makan. Yeayyyyy!!!!!!!!! Waktu dekat Poda ni cuaca sangatlah panas sampai nak bukak mata pon tak boleh. So, aku dan Cik Y carik port yang redup untuk melelapkan mata.
Lebih kurang pukul 3 kami sampai di pentai Aonang. Sampai hotel, terus book motorsikal. Tak best la kalau datang Krabi tapi tak round-round naik moto.
#Pokoknya lagi 2 minggu gue mau terbang lagi. Kayaknya ke mana ya?????
Subscribe to:
Posts (Atom)