Total Pageviews

Tuesday, 8 December 2015

Thailand Trip 2015 Day 1&2: Chatuchak Market & Rod Fai Night Market

Dah dua kali aku mengalami tragedi hampir tertinggal flight dan ianya berlaku sekali lagi. Ketaq gila habaq hang! Selalu jalan on the way nak ke airport Penang lancar je. Sekali atas jambatan Pulau Pinang jem teruk sebab ada excident. Aku sampai betul-betul time boarding 4.10 petang. Nasib airport Penang tak besaq mana. Phewwww..... Selalu buat drama suspen thriller! 


Aku tiba di Don Mueng Airport pada pukul 5.30 petang. Selesai urusan imigresen, terus menuju ke pintu arrival. Plan nak naik bas je ke Mo Chit station. Then naik BTS ke Asok station. Lepas keluar je pintu arrival, belok kiri. Ambil exit 6. Naik bas no A1 menuju ke Mo Chit station. Tiket bas berharga 30 baht dan dibayar kepada konduktor bas. Aku up sikit Bangkok train map. Senang nak rujuk.





Aku booked Asok Montri Hostel yang berdekatan sahaja dengan BTS Asok. Sampai je hentian Mo Chit (naik A1 bus), terus beli tiket train berharga 40++ baht menuju ke Asok station. For the first time aku jumpa security guard di setiap train station yang  scan and check korang punya beg. Atas atas faktor keselamatan maybe. Tak dak pun bom dalam beg aku ni!(kata hatiku). Yes, mostly yang kena check adalah foreigner. Yang pakai cap or sunglass, kena bukak ye. 


Lokasi hostel bersebelahan dengan Terminal 21. Sampai je Asok station, ambil exit 1. Turun tangga, belok kiri  dan jalan terus melepasi Terminal 21 ke sebelah kanan. Teruskan berjalan sehingga nampak kedai Friend's Massage. Masuk lorong di sebelah kedai berkenaan dan sampaiiii... Overall, aku sangat berpuas hati menginap di sini. Susah kot nak cari penginapan yang berpatutan dan dekat dengan train station. Asok station juga bersebelahan je dengan MRT Sukhumvit. Lagi la senang nak gerak mana-mana. Price semalam untuk twin bed (shared bathroom) lebih kurang RM70.







Asok Montri Hostel






Malam tu, aku just jalan-jalan dalam Terminal 21. Sempat meng'usha' baju kat H&M. Rambang mata woiiii. 

Esok pagi around 8 pagi, aku beli BTS one day pass berharga 140 baht memandangkan aku plan nak gunakan BTS Skytrain (line hijau muda&hijau tua) semaksimum yang mungkin. Pada aku memang agak rugi kalau beli by trip. Dari Asok station ke Mo Chit sehala je dah 40++baht. So, better korang plan your trip baik-baik. Pagi tu aku round-round area Pratunam dulu. Turun di station Chit Lom dan jalan lebih kurang 15 minit. Memandangkan masih awal pagi, maka mostly kedai masih tutup.




BTS One Day Pass









Next destination is Chatuchak Market. Nak ke Chatuchak Market, korang ada 2 pilihan. Samaada naik BTS dan turun di Mo Chit station atau naik MRT dan turun di Chatuchak Park. Chatuchak Market adalah pasar yang terbesar di Asia Tenggara. Pasar ini dibuka seawal 6.00 pagi sehingga 6.00 malam setiap hujung minggu. Banyak kedai tak dibuka pada awal pagi. Around 10 am and above is the best time to come!





View from Mo Chit station


Pada aku Chatuchak Market memang sangat happening sampai aku pening nak mencari jalan keluar. Banyak kali sesat kot! Ramai gila manusia yang datang ditambah dengan panas terik. Merecik peluh. Hmmmm.. Jika anda merasakan barang-barang di Hatyai sudah cukup murah, ternyata anda silap. Chatuchak Market menawarkan harga yang lagi hebat. Ada macam-macam yang dijual termasuk pelbagai spesis binatang peliharaan (ikan, kura-kura, labi-labi, udang, itik, ayam, iguana, burung, landak, hamster, anjing etc), baju, beg, barangan kulit, barangan vintage, makanan dan lain-lain. 








Dari kiri: kura-kura, udang dan ikan







Aku selalu beli gelang yang unik setiap kali travel. Suddenly jumpa gelang di atas. Aku rasa ianya simple dan cute! Berjaya beli dengan harga 50 baht.









Pak cik pakai baju putih tu siap shopping bawak beg troli lagi. Curlass sangatttt..






Berpusu-pusu orang balik naik train. Aku buat decision nak rest dan solat di hostel. Pukul 5 petang, aku ke  MBK Center. Menurut blogger lain, terdapat satu restoran halal di sana. Dari Asok station, aku menuju ke Siam station. Sampai di Siam station, naik BTS line hijau tua menuju ke National Stadium. Keluar je train, dah boleh nampak MBK Center di sebelah kanan anda. So, naik escalator sehingga ke tingkat 5. 


Untuk penjimatan, harus lah order makanan seminimum yang mungkin. Aku order chicken tom yam (small size) dan chicken green curry (medium size). Total 258 baht. Rasa memang sedap dan nasi yang dihidangkan memang betul-betul pakai beras Thai berkualiti. Patutlah famous semacam restoran Yana ni.








Selepas makan, aku gerak ke Rod Fai Night Market. Pasar malam ni berdekatan dengan Seacon Square. Selain Chatuchak, pasar malam ni agak terkenal dengan barangan vintage. Cara mudah untuk ke sini dengan menaiki BTS dan turun di stesen Udom Suk. Kemudian, naik taxi dan suruh taxi driver berhenti bertentangan dengan Seacon Square. Actually, lokasi pasar malam ini hanya bersebelahan dengan Seacon Square. Kiranya dari Udom Suk, taxi driver perlu buat u-turn. Agak makan  masa dan wang. Untuk jimat, better turun bertentangan dengan Seacon Square dan cross menggunakan jejantas. Jarak stesen Udom Suk ke Seacon Square lebih kurang 5 km dan caj taxi yang dikenakan adalah sebanyak 70 baht. Pastikan taxi anda bermeter. 










Ada banyak barang vintage seperti kereta, vespa, basikal era bila ntah dan lain-lain. 













Hat ni agak mencuri perhatian aku. Bear bundle murah. Hanya 35 baht je. Dah la kondisi masih elok dan nampak baru. Kecik ke, besar ke 35 baht je. Beli 3 dapat harga 100 baht.








Ada beberapa gerai yang menjual makanan halal. Before balik, sempat beli kebab berharga 50 baht. Sampai hostel, simpan dalam peti sejuk. Esoknya, panaskan dalam microwave. Makan ketika sampai di Ayutthaya. Masih lazat!






Habis sudah hari pertama dan kedua di Bangkok. Berjaya guna BTS tiket dari pagi sampai malam. Flight ticket aku dari Penang ke Bangkok berharga RM200. Pandai-pandai la korang calculate total RM yang aku habiskan untuk day 1&2.  Thanks for reading!









#Nantikan  entri Day 3 ke Ayutthaya

Sunday, 6 December 2015

Thailand Trip 2015: Teaser

Assalamualaikum.


Fuhhhhh.... Dah lama gila tak update entri baru. Entri ke Bandung pun tak habis tulis lagi. Semangat ber'blogging' semakin pudar nampak gayanya. 


Actually aku baru balik dari Thailand. Edisi jelajah Thailand 2015. Kalau sebelum ni aku hanya tumpu pada satu-satu tempat sahaja (Krabi&Bangkok) tapi kali ni lebih special bila aku berjaya cover Bangkok, Ayutthaya, Lopburi, Hua Hin/Cha-am dan Hatyai dalam tempoh 8 hari 7 malam. Impian tercapai! Cuma terkilan tak sempat sampai ke Chiang Mai. It was an amazing experience. I met nice people and ate good food too! Kita kasi teaser gambar dulu lah kan. 




Bangkok





View from Mo Chit Station, Bangkok










Ayutthaya






Cycling almost 3 hours in Ayutthaya










Lopburi





Sunflower Farm






Hua Hin









Santorini Park, Cha-Am








Hatyai




Floating Market








Aku travel secara backpack. So budget keseluruhan tidak terlalu tinggi. Happy holiday people!

Friday, 30 October 2015

Bandung Trip Part 3: Pasar Gasibu

Happy sunday people!


Sesiapa hantu pasar sila angkat tangan???? Hantu pasar??? 


Aku salah seorang hantu pasar. Orang kedah macam aku advance sikit. Kami panggil pasar, market. Omputih habis orang kedah noh. Baru hampa tau! hahahaha.. Kalau travel ke negara luar, memang tak boleh miss ke pasar. Aku suka suasana pasar. Sambil-sambil tu boleh tengok culture, sosial dan sebagainya. Tak lupa bagi hantu shopping, pasar menawarkan harga yang lebih murah berbanding tempat lain. 


Selalunya pasar pagi mahupun pasar malam yang besar dan happening beroperasi pada hujung minggu sahaja. Better plan your trip supaya sempat mengunjungi Pasar Gasibu Bandung! Pasar Gasibu hanya beroperasi pada hari ahad sahaja. Lokasi pula berada di Jalan Dipati Ukur, Kota Bandung. Kata supir aku, dekat aja dengan area Dago. Actually, supir aku yang advise kami ke sini. Kami tak tahu pun kewujudan pasar ni. Suasana Pasar Gasibu lebih kurang macam Pasar Karat di Shah Alam. Happening gila! Ianya mula beroperasi seawal pukul 6 pagi sehingga pukul 12 tengah hari. 


Apa yang menarik di Pasar Gasibu? Pertamanya of course harga bergolek-golek lebih murah berbanding tempat lain. Ruginya tak beli banyak sourvenir di sini. Paling best, sometimes tak payah nak bargain pun sebab harga dah sangat murah. Satu lagi kat sini macam-macam barang dijual sampaikan tak terjangkau di kotak fikiran aku. Tak pernah lagi aku tengok orang jual umang-umang hidup di mana kulitnya diwarnakan dengan pelbagai corak dan warna. Unik! 


Sekiranya berkunjung ke sini, aku nasihatkan datang awal pagi agar tidak bersesak-sesak. Around pukul 9 ke atas, orang dah mula ramai. Selain tu, pastikan anda ingat pintu masuk dan keluar. Aku dan Cik Y pening-pening cari pintu masuk disebabkan terlalu ramai dengan manusia. Tak lupa, be careful with your bag. Banyak pencopek katanya. Peniaga kat sini siap pesan dengan aku dan Cik Y, agar sling bag kami sentiasa berada di hadapan badan. Pesanan terakhir, berhati-hati dengan duit anda agar tidak banyak dilaburkan di sini. Phewwww....






obral=murah







Rugi tak beli mask kat sini. Balik Malaysia, semakin teruk pulak jerebu.














Pasar mulai sesak dengan pengunjung







Umang-umang ini masih hidup! Mau design apa?Doraemon?Spiderman?Angry Bird? 







Banyak tempat yang aku perhatikan ada menjual baju untuk patung barbie. Peniaga di sini menjahit sendiri baju-baju ini.







Rantai di atas aku beli dengan harga Rp10000 bersamaan dengan RM3. Ada banyak jenis patern yang unik dan cantik. Rambang mata! Kalau tempat lain seperti di Jalan Cihampelas, harganya lebih mahal. Terpaksa kena bargain lagi. Sempat juga aku beli dress dari kain batik Indonesia untuk my niece. Harga around Rp15000 je. Berpatutan dari beli di Tawau.


Akibat terlalu ramai manusia, maka ianya sedikit sebanyak membantutkan aku dari mengambil lebih banyak gambar. Di Pasar Gasibu juga menjual pelbagai jenis makanan. Nak rasa nikmat makan bersila berama-ramai, boleh lah datang ke sini. Apa-apa pun pasar ini perlu berada dalam your top list sekiranya anda travel ke Bandung. 













#Next mission nak terjah the largest market in Bangkok

Saturday, 17 October 2015

Bandung Trip Part 2: Kampung Daun, Rumah Makan Masakan Padang & Paskal Food Market

Entri ni memang aku buat khas untuk story pasal makanan-makanan yang sempat aku rasa sepanjang berada di Bandung. Ada yang ok dan ada juga yang .....................   krik krik krik. 


Di Lembang, Kampung Daun ni memang ngetops habis orang kata. Aku teruja nak datang lepas tengok Mad Market edisi Hanis Zalikha dulu. Dalam mad market, siap tunjuk ada orang buat performance bagai. Kemeriahan memang sangat terserlah. Bila aku sampai, tak semeriah yang aku sangkakan. Tak de pulak orang buat performance. Maybe sebab weekday kot! Tak pun performance tu khas dibuat untuk masuk tv je. 






Alat di atas ni perlu di ketuk untuk memesan makanan





Pelik-pelik nama menu di sini. Iga tu adalah daging. Buntut pulak adalah ekor.








Suasana makan di sini memang ala-ala kampung. Boleh pilih untuk duduk bersila atau duduk atas kerusi. Ada cara nak panggil waiter. Depan bangsal yang kita duduk, ada alat untuk diketuk (diperbuat daripada buluh rasanya). So, ketuk la benda tu sekali dua. Nanti waiter akan datang. Harga makanan dekat sini agak mahal tapi bersesuaian dengan suasana yang ditawarkan. Aku order nasi tembel (Rp60000) dan air mineral (Rp6000). Jangan lupa campur dengan tax 10%. Rasa nasi tembel ni ok ok je. Aku bagi rate 6/10. Nasi dan ayam tak panas pun. So, kurang menbangkitkan selera.





Nasi Tembel


Next is nasi padang. Aku try menu ni dua kali je. Masa turun dari Kawah Putih dan sewaktu dalam flight balik ke KL. Nasi padang dalam flight tak beberapa sedap. Actually, aku pun tak tau nak nilai tahap kelazatan nasi padang sebabnya baru pertama kali cuba. Tapi, nasi padang yang aku makan sewaktu turun dari Kawah Putih sedap dan murah. Recommended! Sewaktu turun dari Kawah Putih, anda perlu menyeberang jalan. Lokasi kedai ni berada dengan deretan gerai-gerai yang lain. Walaupun gerai agak buruk, tapi rasa tidak mengecewakan. Aku siap tambah sambal dia lagi. Aku bagi 8/10. 










Sambal hijau tu sedap! Siap tambah lagi. Harga menu di atas lebih kurang Rp15000-Rp16000. Teh tanpa gula diberikan percuma.  


Untuk menikmati makanan dalam suasana yang happening dan bandar Bandung, anda boleh datang ke Paskal Food Market. Yang ni memang sangat-sangat recommended! Kenapa??? Sebabnya di sini terdapat lebih daripada 100 gerai yang menjual pelbagai jenis makanan, mulai dengan makanan tempatan, western, Jepun dan Korea. Suasana open air dan ada pulak busker yang perform. So, memang layannnnn.... Harga makanan mostly dalam Rp30000 dan plus 10% tax. Untuk ke sini, aku roger Yoga je suruh bawakkan. Service supir udah dibayar untuk satu hari kan. Rugilah kalau tak guna sampai ke malam. Dua kali aku datang ke sini sebab tak puas makan.







Ni cuma sebahagian deretan gerai yang ada. Rambang mata nak memilih menu.








Ni iga bakar pedas. This is my favourite menu. Aku request nak extra pedas sebab aku ni hantu pedas luar biasa. Rasa sedap giler sebab dihidangkan panas-panas. Harga sekali nasi lebih kurang Rp35000-Rp40000 kot. Lupa sudah. Selain dari menu ni, aku dan Cik Y try satay apa ntah. Sedap sampai lupa nak ambil gambar. hehehehe.. Hari kedua ke sini, aku kempunan nak makan bebek (itik). Aleh-aleh katanya kuah belum sampai. Sedih! Terus order nasi goreng berapi. Memang berapi tapi lazat! Jika anda ke Bandung, jangan lupa ke Paskal Food Maket. Pasti tidak mengecewakan. 


Aku try juga makan di satu restoran ni di area mana ntah. Restoran ni agak terselit di celah lorong-lorong. Kami main redah je cari kedai makan. Kata aku pada si Yoga, 'Yoga, ko bawa kami ke kedai makan yang ok tapi tidak mahal'. Ekpedisi mencari bermula sehingga diketemukan dengan ayam semar pandawa. Tidak mengecewakan dan harga juga berpatutan.

 





Actually aku teringin nak try makan bakso tepi jalan tapi takut sakit perut. Last day dekat Bandung, aku dah tak tahan lapar sangat. Terus terjah gerai makan mee bakso. Tengah asyik makan, tiba-tiba ternampak kelibat sesuatu...... U.L.A.T!!!!!. Adoiiiiiiiii....... ada ulat sayur. Tragis.


Mee bakso ulat+avocado coklat



Before aku end up entry ni, jangan lupa try jus-jus buah di Kota Bandung sebab harga sangat berpatutan. Harga antara Rp5000-Rp7000. Jus sangat pekat okeh dan ada pelbagai jenis buah yang dijual. Makasar, terung apa ntah, avocado dan lain-lain lagi. 









#Igal bakar sentiasa dalam igauan.