Total Pageviews

Saturday, 16 July 2016

Japan-Korea Trip Day 2: Inari Shine, Romantic Train & Bamboo Forest

Salam. 


Ishhhhh... Rasa malu nak update blog. Dah berkurap! Tambah plak aku dah hilang memory dan maklumat-maklumat penting sepanjang trip. Minta maaf jika maklumat kurang memuaskan hati anda semua. 


Kalau tak salah, aku sampai Kyoto Station around 8.00 pagi. Cuaca pagi tu agak sejuk. Berdasarkan catatan buku nota aku ni, cuaca sekitar -1 celcius. Penat! Yes, aku memang agak penat ketika itu. Bayangkan aku just tido lebih kurang satu jam je sepanjang perjalanan dari Malaysia sehingga kaki menjejak Kyoto Station. Dalam flight langsung tak boleh tido sebab perut meragam ya amat. waduh kok biar benarinnnnn!!!! Sampai Kansai Airport, terus selesai masalah. Nasib baik tandas dekat Jepun sangat bersih dan  muslim friendly.


Berbalik kepada cerita, kami dah booked Khaosan Kyoto Guest House. Harga semalam aku lupa. Boleh la korang check rate sendiri melalui website. Lokasi guest house berdekatan dengan station bas Shijo Kawaramachi. So, terus beli tiket bas 500 yen untuk one day pass. Untuk ke sana, perlu tunggu di hentian A2. Boleh naik bas no 205, 4 dan yang lain-lain aku tak ingat. Disebabkan aku ni terlalu gelojoh, terus berlari naik bas no 205. Bila dah naik baru perasan yang aku naik bas di hentian B. Alamak! Terpaksa round satu town before sampai station Shijo Kawaramachi. Dekat sejam jugak lah menjelajah. Padahal station tu dekat kot dengan Kyoto Station. Please be careful!







Ni lah rupa our guest house. Direction dari bus station ada dekat bawah. Overall, aku suka stay sini sebab tandas dan bathroom very the banyak. Tak perlu berebut. Kitchen pun nice. And just nearby Family Mart. Senang nak membeli nasi segera.








Lepas mandi dan lunch, kami terus bergerak naik bas ke Kyoto Station. Kami turun di Inari station. Kami just tunjukkan Kansai Area Pass yang kami beli. Kira no need to buy new ticket. Keadaan sangat meriah dengan peniaga dan tourist ditambah dengan cuaca yang agak baik. Dekat sini juga jumpa geng Malaysian chinese yang sangat peramah. Sempat snap picture together. 








Ini lah Kansai Area Pass yang aku maksudkan





Mari makan. Lauk kari dan sambal ikan bilis dijamah dengan penuh kesungguhan. Waktu ni seriously badan out gila! Memang nampak tilam dan bantal je. Tapi disebabkan dah namanya backpacker, ku gagahi jua. Masa itu penting. Kena juga cover tempat yang dirancang no matter what happen.









Keluar je station Inari, dah boleh nampak pintu gerbang ni.







Gadis dan kimono. Jika berminat, ada disediakan khidmat menyewa kimono di sana. Harga aku tak amik port. hehehehe...








Pernah tak makan kuih ikan ni?Winter is the best season to try it. Tengah panas-panas, ngap masuk dalam mulut. Boleh imagine kan? Aku pernah try masa dekat Korea dulu dan seriously sedap. Bila dah nampak ada yang menjual, aku pun decide untuk try. Harga seketul kuih ikan ni 150 yen dan dalamnya berintikan kacang merah. Rasanya jauh sekali tak dapat menandingi kuih ikan yang aku makan di Korea. Hampa.






Then nampak pulak takoyaki sotong ni. Uisshhhh... Memang menguji jiwa dan raga. Terus beli  1 paket (6 ketul) bersamaan dengan 600 yen. Rasanya tak lazat! Tepung terlalu banyak. Jadi ,rasanya agak kenyal. Lagi sedap kalau beli dekat Aeon Midvalley.






Kertas putih yang diikat di dawai di atas adalah wish. Sesiapa yang percaya wish boleh termakbul dengan hanya menulis di atas kertas dan ikat di dawai seperti di atas, boleh la datang sini untuk try.








Because of time constraint, kami tak sempat masuk sampai ke atas. Kecewa jugak lah travel partner aku. Apa boleh buat, masa sangat dengki dengan kami. Bergegas kami ke Kyoto station untuk ke Romantic Train dan Bamboo Forest.









Lokasi Romactic Train dan Bamboo Forest ni sehaluan. Disebabkan Romantic Train tutup agak awal, so kami bergegas ke sana dulu. Dari Kyoto Station kami ambil JR Sagano Line ke station Saga Arashiyama. Station agak sesak dan berdasarkan pemerhatian aku, memang betul orang Jepun ni jenis suka buat hal masing-masing. Sampai je, terus ke kaunter beli tiket return 1240 yen. Sementara tunggu train, sempat aku membeli postcard dan fm as kenangan. Harga boleh tahan mahal.






Harga tiket seperti yang tertera. Untuk dewasa sehala 620 yen dan return 1240 yen. Kanak-kanak sehala 310 yen, return 620 yen. Kalau nak jimat boleh lah ambil trip sehala. Tapi pada aku tak rugi beli return trip sebab view cantik. Tak boleh imagine kalau pergi time spring. Confirm lawa gila.... Terpukau dengan scenery kat sana. 





Cik Y dengan coffee memang tak boleh dipisahkan. 






Ini lah wajah gadis Jepun. Totally tak sama macam Korea mahupun Cina. Dah nama pun orang Jepun kannn... Of course la tak sama.









Subahanallah!






On the way nak ke Bamboo Forest. Hari dah mulai gelap.








Dari Bamboo Forest kami jalan kaki around 15 minutes untuk sampai semula ke station Saga Arashiyama. 





Ternampak pulak kedai uncle ni jual ais krim green tea 200 yen. Terus beli sebab aku ni hantu green tea. Yummy!!! Sepanjang dekat Jepun, dekat sini je aku jumpa ais krim green tea 200 yen. Tempat lain mahal. 









Last destination adalah Gion atau dikenali dengan nama Geisha Street. Dari Kyoto station kami naik bas no 206. Hari memang dah gelap. Yang bestnya, puas round tapi tak jumpa batang hidung geisha pun. Kononnya nak jadi paparazzi tak bertauliah tapi nan hado. hahahaha.. Yang kami jumpa, kedai makan halal. Terus pergi melantak. Kata orang, apa gunanya pergi travel luar negara kalau tak merasa sendiri makanan tempat tu. 





Gion





Tak banyak pilihan menu. Kedai makan ni agak terkenal sampai masuk dalam rancangan Nona kalau tak salah. Kedai ni agak sempit dan ruang makan agak limited. Pekerja hanya dua orang. Terpaksa menunggu agak lama. Sila bersabar.





Gion Mazesoba (1200 yen)





Yang berkuah ni lupa pulak nama menu dia. Tapi masin. Cik Y makan tak habis. Mazesoba tu biasa-biasa je rasa dia. Tidak lah terlalu lazat. Harga pun agak mahal. 





Kalau berjalan ke Kyoto, boleh lah singgah kedai makan ni di Gion. Mungkin menu di sana menepati selera anda. 

On the way balik, kami pun tahan je mana-mana bus. Then driver bus kata, tak payah naik bas sebab Shijo Kawaramachi station tu just nearby. Kami pun berlalu pergi mengikut direction hasil pertanyaan di sepanjang jalan. Tudiaaaa jauh gak la... Menipu betul driver bus. Mungkin sebab kami ni dah satu hari berjalan. So penat dia lain macam. Finally sampai jugak ke guest house dengan hanya jalan kaki. Mari kita tidur!






Thanks sebab sudi membaca!

Doakan saya menjadi seorang yang rajin meng'update' blog. :)

Wednesday, 15 June 2016

Misi 2016

Salam. 



Selamat menyambut bulan ramadhan!


Rasa nak tepuk dahi 89002 kali. Last entri aku bulan March kot. Hahahaha.. Dah teruk sangat penyakit malas nak update blog ni. Aduiiii.. Rasa macam dah hilang ingatan. Habis segala info trip ke Jepun-Korea hujung tahun lepas hilang dalam memori sikit demi sikit. Kena bergantung sepenuhnya pada buku catatan. Itu pun kalau aku mencatat. Hmmmm... Kalau nak menulis balik, tak boleh nak bagi 100% accurate info. Sedih kan? Insyallah aku try jugak habiskan entri nanti. 


Tahun ni pulak trip macam samar-samar lagi. Rindu nak travel!!!!!! Teringin nak cover Chiang Mai dan Chiang Rai dengan adik laki aku. Mencari waktu yang sesuai. Tak lupa, teringin nak ke Korea lagi tapi pada spring season. Cantiknya! Tak cukup dengan tu, kempunan juga nak pergi Kashmir. Ohhh lawanya kawasan pergunungan dipenuhi salji. Berangan tak habis! (tepuk dahi). 


Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Misi tahun ni nak join run tercapai. First time kot join larian 10km. Sanggup dari Tawau ke Kota Kinabalu semata-mata nak join Borneo International Marathon. Nak pengsan gak la berlari. Lari ke???Hahaha... Rasa seronok pulak dapat medal. Maklum lah zaman sekolah dulu kemain susah nak dapat medal. Nak lari 100m sewaktu sukantara sekolah pun aku ngelat. Siap kena kejaq dengan Cikgu Rahim. Nasib aku terror. Pi menyorok celah-celah bangunan. Insyallah next run dekat Tawau, bulan September ni. Masih lagi 10km. Aku tak mampu lagi nak try 21km. Mau berkecai jantung! 


Itu je bebelan aku setakat ini. Selamat berpuasa dan jom diet demi kelihatan cantik di hari lebaran konok! hahahaha..











Korea 2016





Friday, 25 March 2016

Japan-Korea Trip Day 1: Konnichiwa!

Salam.


Aku cuba mencuri sedikit masa untuk menulis entri  trip 3 bulan yang lepas. Sekarang musim ke'busy'an melampau. Aku stress! 


Trip aku dengan Cik Y bermula pada 19/12 sehingga 27/12. Trip kali agak special jugak lah sebab aku dapat cover dua negara sekaligus walaupun tak puas round Japan. Maybe next time fokus pada Japan je. Segaja repeat Korea sebab rindu nak makan Korean food  dan nak usha salji jatuh depan mata. Adakah aku berjaya melihat salji jatuh depan mata? Tunggu....


Flight aku pada pukul 3.00 petang dan tiba di Kansai International Airport pada pukul 11.35 malam. Sepanjang perjalanan aku tak boleh tido. Perut meragam! Demam pulak baru nak kebah. Macam-macam penyakit pula yang datang. Mak aku dah susah hati. Dia risau aku kena denggi. Terus jumpa doktor before fly. Alhamdulillah ok. Untuk habiskan masa di awan biru, aku cuba membaca buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka. Malangnya konsentrasi agak terganggu sebab perut memulas dengan kerap sekali. 


Keluar je dari kapal terbang, terus mencari toilet. Di sini lah aku mula jatuh cinta pandang pertama dengan toilet di Jepun. hahaha.. Selesai urusan imigresen, mata melilau cari port nak tido. Nak jimat punya pasal, kita tido airport jela. Lagipun esok pagi nak kejar train ke Kyoto. Kebanyakkan bangku penuh. Phewwww.. Melilau la lagi mencari ke hulu ke hilir. Akhirnya duduk lah di bangku besi dengan cuaca yang agak sejuk. Memang tak boleh nak lelap mata langsung. 4,5 kali aku ke tandas. Mencabar betul trip kali ni. 


Esokkannya pukul 5 pagi terus ke kaunter beli Kansai Area Pass. 


Bersambung..........






Matahari terbit mengiringi perjalanan kami dari Kansai ke Kyoto. 10 minit lepas gambar diambil, aku pengsan. Kroh..kroh...kroh....











#Buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck berjaya aku habiskan sepanjang trip kali ni. Indahnya bahasa Sang penulis.

Sunday, 20 March 2016

Mencari Supir Di Kota Bandung?


Assalamualaikum. 


Anda mencari supir yang super duper best di Kota Bandung? Boleh roger aja si Opik ni. Orangnya ramah dan mesra pelanggan. Kayaknya kita selesa la kalau sama dia. Boleh minta dia bawak mana-mana area je di Bandung. Insyaallah dia tahu dentinasi yang anda mahu pergi. Tak lupa, boleh bargain harga untuk dapatkan harga service yang terbaik! Senang je nak contact si Opik ni. Terus je whatsapp dia. Dia akan reply punya. Dont worry! 


Berikut adalah contact no dan harga yang Opik tawarkan. Perkhidmatan Opik ni persedirian tau. Bukannya under mana-mana travel agency. Sebab tu boleh terus contact dia sahaja.


Whatsapp: +628132166894

Call: +6281214271166 


Harga adalah per hari di Kota Bandung

Avanza: 450,000
AVP: 450,000
Inova: 600,000
Isuzu Elf (10 seater): 850,000
Isuzu Elf (18 seater): 1200,000
Toyota hiace (15 seater); 1200,00





Tips: 

1) Nak jimat, pergi dalam group 4-5 orang. Bertambah kuranglah kos pengangkutan anda di sana nanti.

2) Untuk menikmati variety of foods, boleh terjah Paskal Food Market pada waktu malam. Perhhhhhh! Terlalu banyak sangat makanan sampai aku repeat dua kali ke sini semasa trip ke Bandung tahun lepas. Harga makanan tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Sedang-sedang aja dong. Iga bakar sedap! Ada live band juga yang perform.

3) Jika berkunjung ke Bandung pada hari ahad, jangan lupa roger supir awal pagi untuk ke Pasar Gasibu. Harga barang di sini lebih murah berbanding harga di tempat lain. Be careful dengan beg anda. Kalau datang lewat, pasar ni jadi terlalu sesak sampai aku naik rimas. Terus cari jalan keluar. So, better datang pada awal pagi.

4) Dengar cerita, di airport Bandung agak cerewat. Yang kaki shopping, add on luggage siap-siap. Risau nanti melayang ongkos anda.

5) Harga tiket masuk ke Tangkuban Perahu seriously mahal bagi foreigner. Mana tau anda boleh pujuk supir anda bayarkan ikut harga local. Hahahaha.. Kalau masuk by car, tiket supir yang bayarkan through tingkat kereta je. Penjaga tiket akan tanya pada supir anda, berapa jumlah yang masuk dan foreigner/local? Mereka tak check ic anda pun. Bahagianya kalau bayar ikut harga local yang berganda lebih murah.

6) Boleh try juice di Bandung yang giler murah dan pekat!

7) Kota Bandung agak sesak dan banyak habuk. Kalau nak makan di gerai tepi-tepi jalan, pastikan gerai berkenaan betul-betul bersih.

8) Kalau round pasar baru, better tanya harga dulu before beli. Kalau kedai yang gah di tengah-tengah, tak ramai orang tu maknanya kain-kain kat situ mahal la. Kawan aku dah terkena. Kedai-kedai yang tersorok/terpencil lagi better. Sila tawar harga. 







Tuesday, 23 February 2016

Tips Ber'backpack' Pada Musim Sejuk

***This entry especially for woman traveller.



Hi! Before that, let me ask you one question. Adakah anda salah seorang wanita yang suka travel secara backpack?  Jika ya, kita geng! Ohhhhh hoooiiiiiiiii....... 


Sampai sekarang aku masih setia ber'backpack' ketika travel. Adakalanya risau juga dengan keadaan tulang belakang jika selalu membawa bebanan yang berat. Tapi, ntah lah..  Rasa selesa sangat, mudah dan menjimatkan masa serta wang jika bawa backpack berbanding trolly bag. Walaupun pernah travel sehingga 10 hari pada musim sejuk, aku tetap setia dengan beg 32l yang aku pakai sejak 2013 dahulu. Yang paling penting, aku tak pernah check in luggage pun. Jimat duit di situ. So, macam mana aku survive dengan hanya beg 32l??? Aku berjaya 'list'kan beberapa tips ber'backpack' sewaktu musim sejuk. Kalau anda ada sebarang penambahan, bolehlah kita kongsi bersama.


1. Backpack. Pilih backpack yang tidak terlalu oversize. Bila terlalu oversize, nampak sangat kebesaran dan keberatan bebanan di situ. Nanti tak pasal-pasal tak lepas bawak naik atas kabin dan terpaksa bayar duit luggage. Alhamdulillah, setakat ini beg 32l aku belum pernah tak lepas masuk kabin walaupun bebanan kadang kala mencecah 10-11kg. Phewwwww... 


2. Shoulder bag. Aku akan bawa satu extra hand luggage iaitu shoulder bag yang boleh mengisi barang yang banyak. Normally, dalam shoulder bag tu aku akan masukkan sling bag, buku catatan, makanan, dan lain-lain lagi.




Nampak tak shoulder bag aku design askar tu. Ianya diperbuat daripada kain dan boleh dilipat dalam saiz yang kecil. Bila nak naik flight, aku akan masukkan sling bag aku (warna coklat) dalam beg askar tu. So, di tangan aku just tinggal dua beg yang akan dibawa naik ke atas kabin. Cukup syarat!Time nak masuk tu, doa-doa la jugak dengan harapan lepas. Yang penting, muka haruslah confident. Kui kui



3. Makanan. Celah mana aku sumbat makanan selama 10 hari? Sepanjang travel ke Korea dan Jepun, aku akan tapau sambal ikan bilis kering dan serunding. Untuk jimat space, bungkuskan dalam plastik berbanding simpan dalam tupperware. Aku ada jugak bawa kari, nasi goreng dan beriani Brahim dalam 4-5 bungkus dan aku buang kotaknya untuk jimat ruang semaksima mungkin. Lepas kastam! Bernasib baik mungkin. Bagi negara yang cerewet seperti Australia, better jangan buang kotak sebab takut pihak di sana check. Kalau kena tahan, at least ada maklumat dekat kotak makanan yang kita bawa. Hmmm, actually tak sure sangat pasal barang yang boleh dan tak boleh di bawa ke Australia ni sebab tak pernah sampai ke sana lagi. Siapa suka bawa roti kalau pergi travel? Aku akan beli roti bila dah lepas pintu masuk besar depature. Aku akan singgah convenient store untuk beli roti sebanyak yang boleh. 


4. Winter coat/Muffler. Aku akan bawa satu je winter coat. Backpackers selalunya jenis sempoi je. Tak kisah sangat kalau tak dapat melaram ala-ala Che Ta yang bertukar setiap hari winter coat ketika travel. Winter coat memang sangat tebal kan. Kalau sumbat dalam backpack, memang dah makan suku saiz space. So, sila pegang di tangan sahaja winter coat anda ketika melalui proses kastam. Dah lepas, letak je lah dalam mana-mana beg extra pun. Kalau teringin sangat kelihatan gorgeous di gambar, boleh juga bertukar-tukar winter coat jika anda sama saiz dengan rakan anda. Knit muffler yang dipakai di leher pun agak tebal. Aku akan ikat sahaja di luar backpack. Biar je bergantung di backpack. 


5. Baju/Seluar/Kasut/Shawl/Kain telekung. Aku memang tak bawak banyak baju dan seluar pun. Kasut pulak memang pakai sepasang tu je dari awal sampai balik. Aku selesa dengan memakai sport shoes je. Baju dan seluar boleh dipakai berulang-ulang memandangkan ketika winter tak berpeluh. Beg 32l tu rasanya boleh sumbat dalam 6 helai baju. Aku akan guna teknik menggulung untuk jimat space. Memang berkesan!. Untuk shawl, sangat recommended pilih shawl yang tidak mudah berkedut. Kain telekung pulak aku bawa yang nipis dan tidak jarang. Banyak je dijual di pasaran.


6. Toiletries. Barang-barang toiletries aku akan seal dalam transparent plastic. Aku akan bawa dalam kuantiti yang kecil. Selalunya dekat hostel atau guest house memang sudah tersedia shampoo dan shower bath.

7. Lip balm/Lotion/Ubat-ubatan. Ketiga-tiga benda ini agak penting ketika travel pada musim sejuk. Sediakan lah apa yang patut especially ubat-ubatan. Baru-baru ini  memang terlupa nak bawa lip balm sewaktu ke Jepun. Terpaksa membeli juga. Bibir dan kulit akan mudah kering dan merekah sewaktu musim sejuk. 

8. Senaman. Senaman adalah sangat penting bagi backpacker traveller. Nak pakai kaki seharian kot! So, before pergi mana-mana trip, make sure aktifkan badan anda terlebih dahulu. Ingat lagi masa trip ke Korea 2014, aku mengalami sakit kaki walaupun baru je menjejak bumi Korea. Last year memang aku dah sedar dari lamunan. Hasilnya ketika trip ke Thailand dan Jepun-Korea, aku tak mengalami sakit kaki yang serius. Syukur! 






Itu sahaja tips yang aku ingat dan terlintas di fikiran. Yang penting, gunakan ruang backpack anda secara bijak. Teknik mengulung pakaian tu paling terbaik jika anda penggemar backpack. Secara tak langsung, anda tak perlu nak spend money untuk bayar luggage. Bye!










Saturday, 13 February 2016

Thailand Trip 2015 Day 7: Hatyai

Sawadikha. 


Tak sabar-sabar nak habiskan entri Thailand. Ntah bila nak menaip entri ke Jepun-Korea pulak. Hmmm... 



Hatyai adalah destinasi terakhir trip kali ini. Banyak je Malaysian yang sanggup datang ke Hatyai semata-mata nak menikmati Thai food. Plan aku sampai je Hatyai, nak melantak sepuas-puasnya.  Mustahil aku tak nak enjoy makan kat sini. Rugi woooo. Kerabu maggie dan pulut mangga terngiang-ngiang di minda aku.  


Selepas 12 jam lebih dalam train dari Hua Hin, aku akhirnya tiba di Hatyai station. Finally! Perjalanan sangat smooth. Maybe aku ni jenis senang nak tido mungkin. Letak kepala, terus lena. Jadilah seperti saya! hahahaha.. Lebih kurang pukul 9 pagi, aku tiba di Hatyai. Terus tanya lokasi hotel dengan penjual tiket. Jalan kaki lebih kurang 15 minit, akhirnya sampai jugak aku di Hatyai Holiday Hotel. Aku pilih hotel ni sebab ada peti ais. Sebabnya aku plan nak beli pulut mangga dan bawak balik Malaysia keesokkan paginya. Lokasi hotel berdekatan dengan Kim Young Market. Lebih kurang 200 meter sahaja. Area situ banyak je gerai makan halal. Cuma kena menapak sikit kalau nak ke area Lee Garden.




Harga hotel semalam lebih kurang RM80. 



Pekerja hotel benarkan aku check in walaupun jam baru menunjukkan pukul 9.30 pagi. Bukak pintu bilik, terus terdampar keletihan atas katil. Baru lah dapat merasa hotel yang agak selesa sikit. Tiba-tiba tergerak hati nak update status di fb. Sekali travel partner aku sewaktu trip ke Ho Chi Minh reply mengatakan yang dia juga on the way ke Hatyai. Ohhh emm geee!!! Memang ada hikmah aku muat naik status. Terus set nak jumpa dan join skali trip ke Khlong Hae Floating Market. 




 Sebelum ke floating market, aku pergi melantak dulu. Naik bosan pulak asyik-asyik menu nasi kuning dengan ayam goreng. Lokasi area Kim Young Market.





Mencari-cari pulut mangga area Kim Young Market tapi tak jumpa. Kemudian tanya dengan peniaga area situ. Katanya, pulut mangga halal boleh didapati area Lee Garden.  Lepas makan, terus menapau pulut mangga untuk dibawa pulang. Harga sepaket pulut mangga 60 baht. Selesai satu misi.


Kami naik tuk tuk ke floating market dan caj yang dikenakan sebanyak 600 baht. Aku tak sure mahal ke murah. Sila check price di blog-blog lain jika anda berniat menaiki tuk tuk. Aku yakin ramai yang excited ke sini. Tapi pada aku, perasaanya biasa-biasa sahaja. Maybe disebabkan aku pernah pergi floating market yang lebih besar sebelum ini. Damnoen Saduak Floating Market tetap paling the best! Habis round floating market, kami terus ke Lee Garden. 













Malam tu, kami terjah Asean Night Market. Naik tuk tuk sekali lagi. Caj sehala 100 baht. Pada mulanya driver tuk tuk tak nak hantar. Lepas pujuk, baru lah dia ok. Barang-barang yang dijual di sini lebih kurang sama je. Baju, kasut dan lain-lain. Harga pulak tidak lah terlalu murah tapi ramai pulak Malaysian datang menyopping di Hatyai. Murah ke? Ke aku tak jumpa tempat yang betul-betul murah. Aku ni jenis suka bertanya. Sempat aku menyoal peniaga-peniaga di Hatyai dan Hua Hin. Kata mereka, barang-barang yang mereka jual kebanyakkan datang dari Bangkok. Sebab tu harga barang di Bangkok lebih murah. Memang betul! Harga barang di Chatuchak Market, Bangkok berganda lebih murah. 


Aku sempat merasa kerabu maggie di Asean Night Market. Banyak gerai makan di tingkat 2. Berpeluh-peluh aku makan. Hot and Sour! Gambar nan hado sebab eden tak bawak kamera.


Kesimpulannya, keistimewaan Hatyai pada aku hanya pada makanan halal yang mudah didapati. Harganya tidak lah murah seperti yang diwar-warkan. Awal pagi esokkannya, terus check out hotel dan menuju ke Hatyai station. Tiket ke Bukit Mertajam pada pukul 7 pagi berjaya dibeli. Tiket berharga 332 baht (free seat) dan hanya boleh dibeli on the spot. Sempat aku menapau pulut ayam as bekalan breakfast pagi itu. 


Akhirnya, tamat sudah trip Thailand 2015. Berjaya juga aku cover Bangkok-Ayutthaya-Lopburi-Hua Hin-Hatyai dalam tempoh 8 hari walaupun kempunan tak dapat nak ke Chiang Mai atas kekangan masa.



Thanks sesiapa yang sudi membaca dan memberi komen-komen di blog aku selama ni. Rasa macam tak percaya ada yang sanggup membaca blog hamba yang tak famous ini.  


Assalamualaikum.