Total Pageviews
Wednesday, 15 June 2016
Friday, 25 March 2016
Japan-Korea Trip Day 1: Konnichiwa!
Salam.
Aku cuba mencuri sedikit masa untuk menulis entri trip 3 bulan yang lepas. Sekarang musim ke'busy'an melampau. Aku stress!
Trip aku dengan Cik Y bermula pada 19/12 sehingga 27/12. Trip kali agak special jugak lah sebab aku dapat cover dua negara sekaligus walaupun tak puas round Japan. Maybe next time fokus pada Japan je. Segaja repeat Korea sebab rindu nak makan Korean food dan nak usha salji jatuh depan mata. Adakah aku berjaya melihat salji jatuh depan mata? Tunggu....
Flight aku pada pukul 3.00 petang dan tiba di Kansai International Airport pada pukul 11.35 malam. Sepanjang perjalanan aku tak boleh tido. Perut meragam! Demam pulak baru nak kebah. Macam-macam penyakit pula yang datang. Mak aku dah susah hati. Dia risau aku kena denggi. Terus jumpa doktor before fly. Alhamdulillah ok. Untuk habiskan masa di awan biru, aku cuba membaca buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka. Malangnya konsentrasi agak terganggu sebab perut memulas dengan kerap sekali.
Keluar je dari kapal terbang, terus mencari toilet. Di sini lah aku mula jatuh cinta pandang pertama dengan toilet di Jepun. hahaha.. Selesai urusan imigresen, mata melilau cari port nak tido. Nak jimat punya pasal, kita tido airport jela. Lagipun esok pagi nak kejar train ke Kyoto. Kebanyakkan bangku penuh. Phewwww.. Melilau la lagi mencari ke hulu ke hilir. Akhirnya duduk lah di bangku besi dengan cuaca yang agak sejuk. Memang tak boleh nak lelap mata langsung. 4,5 kali aku ke tandas. Mencabar betul trip kali ni.
Esokkannya pukul 5 pagi terus ke kaunter beli Kansai Area Pass.
Bersambung..........
Matahari terbit mengiringi perjalanan kami dari Kansai ke Kyoto. 10 minit lepas gambar diambil, aku pengsan. Kroh..kroh...kroh....
#Buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck berjaya aku habiskan sepanjang trip kali ni. Indahnya bahasa Sang penulis.
Sunday, 20 March 2016
Mencari Supir Di Kota Bandung?
Assalamualaikum.
Anda mencari supir yang super duper best di Kota Bandung? Boleh roger aja si Opik ni. Orangnya ramah dan mesra pelanggan. Kayaknya kita selesa la kalau sama dia. Boleh minta dia bawak mana-mana area je di Bandung. Insyaallah dia tahu dentinasi yang anda mahu pergi. Tak lupa, boleh bargain harga untuk dapatkan harga service yang terbaik! Senang je nak contact si Opik ni. Terus je whatsapp dia. Dia akan reply punya. Dont worry!
Berikut adalah contact no dan harga yang Opik tawarkan. Perkhidmatan Opik ni persedirian tau. Bukannya under mana-mana travel agency. Sebab tu boleh terus contact dia sahaja.
Whatsapp: +628132166894
Call: +6281214271166
Harga adalah per hari di Kota Bandung
Avanza: 450,000
AVP: 450,000
Inova: 600,000
Isuzu Elf (10 seater): 850,000
Isuzu Elf (18 seater): 1200,000
Toyota hiace (15 seater); 1200,00
Tips:
1) Nak jimat, pergi dalam group 4-5 orang. Bertambah kuranglah kos pengangkutan anda di sana nanti.
2) Untuk menikmati variety of foods, boleh terjah Paskal Food Market pada waktu malam. Perhhhhhh! Terlalu banyak sangat makanan sampai aku repeat dua kali ke sini semasa trip ke Bandung tahun lepas. Harga makanan tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Sedang-sedang aja dong. Iga bakar sedap! Ada live band juga yang perform.
3) Jika berkunjung ke Bandung pada hari ahad, jangan lupa roger supir awal pagi untuk ke Pasar Gasibu. Harga barang di sini lebih murah berbanding harga di tempat lain. Be careful dengan beg anda. Kalau datang lewat, pasar ni jadi terlalu sesak sampai aku naik rimas. Terus cari jalan keluar. So, better datang pada awal pagi.
4) Dengar cerita, di airport Bandung agak cerewat. Yang kaki shopping, add on luggage siap-siap. Risau nanti melayang ongkos anda.
5) Harga tiket masuk ke Tangkuban Perahu seriously mahal bagi foreigner. Mana tau anda boleh pujuk supir anda bayarkan ikut harga local. Hahahaha.. Kalau masuk by car, tiket supir yang bayarkan through tingkat kereta je. Penjaga tiket akan tanya pada supir anda, berapa jumlah yang masuk dan foreigner/local? Mereka tak check ic anda pun. Bahagianya kalau bayar ikut harga local yang berganda lebih murah.
6) Boleh try juice di Bandung yang giler murah dan pekat!
7) Kota Bandung agak sesak dan banyak habuk. Kalau nak makan di gerai tepi-tepi jalan, pastikan gerai berkenaan betul-betul bersih.
8) Kalau round pasar baru, better tanya harga dulu before beli. Kalau kedai yang gah di tengah-tengah, tak ramai orang tu maknanya kain-kain kat situ mahal la. Kawan aku dah terkena. Kedai-kedai yang tersorok/terpencil lagi better. Sila tawar harga.
Tuesday, 23 February 2016
Tips Ber'backpack' Pada Musim Sejuk
***This entry especially for woman traveller.
Hi! Before that, let me ask you one question. Adakah anda salah seorang wanita yang suka travel secara backpack? Jika ya, kita geng! Ohhhhh hoooiiiiiiiii.......
Sampai sekarang aku masih setia ber'backpack' ketika travel. Adakalanya risau juga dengan keadaan tulang belakang jika selalu membawa bebanan yang berat. Tapi, ntah lah.. Rasa selesa sangat, mudah dan menjimatkan masa serta wang jika bawa backpack berbanding trolly bag. Walaupun pernah travel sehingga 10 hari pada musim sejuk, aku tetap setia dengan beg 32l yang aku pakai sejak 2013 dahulu. Yang paling penting, aku tak pernah check in luggage pun. Jimat duit di situ. So, macam mana aku survive dengan hanya beg 32l??? Aku berjaya 'list'kan beberapa tips ber'backpack' sewaktu musim sejuk. Kalau anda ada sebarang penambahan, bolehlah kita kongsi bersama.
1. Backpack. Pilih backpack yang tidak terlalu oversize. Bila terlalu oversize, nampak sangat kebesaran dan keberatan bebanan di situ. Nanti tak pasal-pasal tak lepas bawak naik atas kabin dan terpaksa bayar duit luggage. Alhamdulillah, setakat ini beg 32l aku belum pernah tak lepas masuk kabin walaupun bebanan kadang kala mencecah 10-11kg. Phewwwww...
2. Shoulder bag. Aku akan bawa satu extra hand luggage iaitu shoulder bag yang boleh mengisi barang yang banyak. Normally, dalam shoulder bag tu aku akan masukkan sling bag, buku catatan, makanan, dan lain-lain lagi.
Nampak tak shoulder bag aku design askar tu. Ianya diperbuat daripada kain dan boleh dilipat dalam saiz yang kecil. Bila nak naik flight, aku akan masukkan sling bag aku (warna coklat) dalam beg askar tu. So, di tangan aku just tinggal dua beg yang akan dibawa naik ke atas kabin. Cukup syarat!Time nak masuk tu, doa-doa la jugak dengan harapan lepas. Yang penting, muka haruslah confident. Kui kui
3. Makanan. Celah mana aku sumbat makanan selama 10 hari? Sepanjang travel ke Korea dan Jepun, aku akan tapau sambal ikan bilis kering dan serunding. Untuk jimat space, bungkuskan dalam plastik berbanding simpan dalam tupperware. Aku ada jugak bawa kari, nasi goreng dan beriani Brahim dalam 4-5 bungkus dan aku buang kotaknya untuk jimat ruang semaksima mungkin. Lepas kastam! Bernasib baik mungkin. Bagi negara yang cerewet seperti Australia, better jangan buang kotak sebab takut pihak di sana check. Kalau kena tahan, at least ada maklumat dekat kotak makanan yang kita bawa. Hmmm, actually tak sure sangat pasal barang yang boleh dan tak boleh di bawa ke Australia ni sebab tak pernah sampai ke sana lagi. Siapa suka bawa roti kalau pergi travel? Aku akan beli roti bila dah lepas pintu masuk besar depature. Aku akan singgah convenient store untuk beli roti sebanyak yang boleh.
4. Winter coat/Muffler. Aku akan bawa satu je winter coat. Backpackers selalunya jenis sempoi je. Tak kisah sangat kalau tak dapat melaram ala-ala Che Ta yang bertukar setiap hari winter coat ketika travel. Winter coat memang sangat tebal kan. Kalau sumbat dalam backpack, memang dah makan suku saiz space. So, sila pegang di tangan sahaja winter coat anda ketika melalui proses kastam. Dah lepas, letak je lah dalam mana-mana beg extra pun. Kalau teringin sangat kelihatan gorgeous di gambar, boleh juga bertukar-tukar winter coat jika anda sama saiz dengan rakan anda. Knit muffler yang dipakai di leher pun agak tebal. Aku akan ikat sahaja di luar backpack. Biar je bergantung di backpack.
5. Baju/Seluar/Kasut/Shawl/Kain telekung. Aku memang tak bawak banyak baju dan seluar pun. Kasut pulak memang pakai sepasang tu je dari awal sampai balik. Aku selesa dengan memakai sport shoes je. Baju dan seluar boleh dipakai berulang-ulang memandangkan ketika winter tak berpeluh. Beg 32l tu rasanya boleh sumbat dalam 6 helai baju. Aku akan guna teknik menggulung untuk jimat space. Memang berkesan!. Untuk shawl, sangat recommended pilih shawl yang tidak mudah berkedut. Kain telekung pulak aku bawa yang nipis dan tidak jarang. Banyak je dijual di pasaran.
6. Toiletries. Barang-barang toiletries aku akan seal dalam transparent plastic. Aku akan bawa dalam kuantiti yang kecil. Selalunya dekat hostel atau guest house memang sudah tersedia shampoo dan shower bath.
7. Lip balm/Lotion/Ubat-ubatan. Ketiga-tiga benda ini agak penting ketika travel pada musim sejuk. Sediakan lah apa yang patut especially ubat-ubatan. Baru-baru ini memang terlupa nak bawa lip balm sewaktu ke Jepun. Terpaksa membeli juga. Bibir dan kulit akan mudah kering dan merekah sewaktu musim sejuk.
8. Senaman. Senaman adalah sangat penting bagi backpacker traveller. Nak pakai kaki seharian kot! So, before pergi mana-mana trip, make sure aktifkan badan anda terlebih dahulu. Ingat lagi masa trip ke Korea 2014, aku mengalami sakit kaki walaupun baru je menjejak bumi Korea. Last year memang aku dah sedar dari lamunan. Hasilnya ketika trip ke Thailand dan Jepun-Korea, aku tak mengalami sakit kaki yang serius. Syukur!
Itu sahaja tips yang aku ingat dan terlintas di fikiran. Yang penting, gunakan ruang backpack anda secara bijak. Teknik mengulung pakaian tu paling terbaik jika anda penggemar backpack. Secara tak langsung, anda tak perlu nak spend money untuk bayar luggage. Bye!
Saturday, 13 February 2016
Thailand Trip 2015 Day 7: Hatyai
Sawadikha.
Tak sabar-sabar nak habiskan entri Thailand. Ntah bila nak menaip entri ke Jepun-Korea pulak. Hmmm...
Hatyai adalah destinasi terakhir trip kali ini. Banyak je Malaysian yang sanggup datang ke Hatyai semata-mata nak menikmati Thai food. Plan aku sampai je Hatyai, nak melantak sepuas-puasnya. Mustahil aku tak nak enjoy makan kat sini. Rugi woooo. Kerabu maggie dan pulut mangga terngiang-ngiang di minda aku.
Selepas 12 jam lebih dalam train dari Hua Hin, aku akhirnya tiba di Hatyai station. Finally! Perjalanan sangat smooth. Maybe aku ni jenis senang nak tido mungkin. Letak kepala, terus lena. Jadilah seperti saya! hahahaha.. Lebih kurang pukul 9 pagi, aku tiba di Hatyai. Terus tanya lokasi hotel dengan penjual tiket. Jalan kaki lebih kurang 15 minit, akhirnya sampai jugak aku di Hatyai Holiday Hotel. Aku pilih hotel ni sebab ada peti ais. Sebabnya aku plan nak beli pulut mangga dan bawak balik Malaysia keesokkan paginya. Lokasi hotel berdekatan dengan Kim Young Market. Lebih kurang 200 meter sahaja. Area situ banyak je gerai makan halal. Cuma kena menapak sikit kalau nak ke area Lee Garden.
Harga hotel semalam lebih kurang RM80.
Pekerja hotel benarkan aku check in walaupun jam baru menunjukkan pukul 9.30 pagi. Bukak pintu bilik, terus terdampar keletihan atas katil. Baru lah dapat merasa hotel yang agak selesa sikit. Tiba-tiba tergerak hati nak update status di fb. Sekali travel partner aku sewaktu trip ke Ho Chi Minh reply mengatakan yang dia juga on the way ke Hatyai. Ohhh emm geee!!! Memang ada hikmah aku muat naik status. Terus set nak jumpa dan join skali trip ke Khlong Hae Floating Market.
Sebelum ke floating market, aku pergi melantak dulu. Naik bosan pulak asyik-asyik menu nasi kuning dengan ayam goreng. Lokasi area Kim Young Market.
Mencari-cari pulut mangga area Kim Young Market tapi tak jumpa. Kemudian tanya dengan peniaga area situ. Katanya, pulut mangga halal boleh didapati area Lee Garden. Lepas makan, terus menapau pulut mangga untuk dibawa pulang. Harga sepaket pulut mangga 60 baht. Selesai satu misi.
Kami naik tuk tuk ke floating market dan caj yang dikenakan sebanyak 600 baht. Aku tak sure mahal ke murah. Sila check price di blog-blog lain jika anda berniat menaiki tuk tuk. Aku yakin ramai yang excited ke sini. Tapi pada aku, perasaanya biasa-biasa sahaja. Maybe disebabkan aku pernah pergi floating market yang lebih besar sebelum ini. Damnoen Saduak Floating Market tetap paling the best! Habis round floating market, kami terus ke Lee Garden.
Malam tu, kami terjah Asean Night Market. Naik tuk tuk sekali lagi. Caj sehala 100 baht. Pada mulanya driver tuk tuk tak nak hantar. Lepas pujuk, baru lah dia ok. Barang-barang yang dijual di sini lebih kurang sama je. Baju, kasut dan lain-lain. Harga pulak tidak lah terlalu murah tapi ramai pulak Malaysian datang menyopping di Hatyai. Murah ke? Ke aku tak jumpa tempat yang betul-betul murah. Aku ni jenis suka bertanya. Sempat aku menyoal peniaga-peniaga di Hatyai dan Hua Hin. Kata mereka, barang-barang yang mereka jual kebanyakkan datang dari Bangkok. Sebab tu harga barang di Bangkok lebih murah. Memang betul! Harga barang di Chatuchak Market, Bangkok berganda lebih murah.
Aku sempat merasa kerabu maggie di Asean Night Market. Banyak gerai makan di tingkat 2. Berpeluh-peluh aku makan. Hot and Sour! Gambar nan hado sebab eden tak bawak kamera.
Kesimpulannya, keistimewaan Hatyai pada aku hanya pada makanan halal yang mudah didapati. Harganya tidak lah murah seperti yang diwar-warkan. Awal pagi esokkannya, terus check out hotel dan menuju ke Hatyai station. Tiket ke Bukit Mertajam pada pukul 7 pagi berjaya dibeli. Tiket berharga 332 baht (free seat) dan hanya boleh dibeli on the spot. Sempat aku menapau pulut ayam as bekalan breakfast pagi itu.
Akhirnya, tamat sudah trip Thailand 2015. Berjaya juga aku cover Bangkok-Ayutthaya-Lopburi-Hua Hin-Hatyai dalam tempoh 8 hari walaupun kempunan tak dapat nak ke Chiang Mai atas kekangan masa.
Thanks sesiapa yang sudi membaca dan memberi komen-komen di blog aku selama ni. Rasa macam tak percaya ada yang sanggup membaca blog hamba yang tak famous ini.
Assalamualaikum.
Friday, 8 January 2016
Thailand Trip 2015 Day 6: The Venezia, Santorini Park & Swiss Sheep Farm
Sawadikha.
Happy new year readers!
Berbalik pada entri yang lepas di Hua Hin. Aku bermalam sehari sahaja di Hua Hin. Next day, aku check out pada pukul 11 pagi. Backpack simpan dalam hostel je sebab nak keluar jalan-jalan. Lagi pun train aku pukul 7 lebih malam. Aku plan nak ke Santorini Park and Swiss Sheep Farm je. Sekali, lain pulak jadinya. Before aku ke sana, aku try godek-godek blog. Mostly blogger buat day trip je dari Bangkok ke tempat ni. Pada aku macam merugikan masa sebab nak return Bangkok semula. Dah alang-alang nak ke Hatyai, aku beli je tiket train Hua Hin-Hatyai terus. Jimat masa dan duit.
Aku ada tanya-tanya jugak price nak ketiga-tiga tempat ni. Mostly around 1000 baht. Ishhh.. mahal kot! Sekali pekerja hostel cakap ada service tuk tuk berharga 800 baht untuk ketiga-tiga tempat ni. Terus aku on je. Masa naik tuk tuk, tiba-tiba terasa nak ke The Venezia. Dah alang-alang kan, pergi je lah. Perjalanan ke The Venezia makan masa lebih kurang 15 minit. Tiket masuk ke The Venezia berharga 180 baht. Actually ada pakej-pakej lain yang boleh add on. Pada aku cukup lah round-round area situ. Lagi pun cuaca mak aiiiii.. PANAS! Aku lupa nak inform yang Hua Hin-Cha Am sangat terkenal dengan cuaca panas. Tak ramai pengunjung pun sewaktu aku ke sana. The Venizia ni mendapat inspirasi daripada bandar Venice, Italy.
Pekerja hostel yang sangat friendly and kind. Selesa sangat-sangat stay dekat Tid Tarad Hostel walaupun hanya semalam.
Antara pakej yang ditawarkan berserta harga. Ada mini train, games, zoo, gondola cruise dan lain-lain.
Overall, The Venizia kurang best! So, terpulang pada anda nak singgah ke sini atau tidak. Pada pendapat aku selain suasana yang tak meriah dan panas, The Venizia ni macam kekurangan sesuatu daya penarik.
Next, jom ke Santorini Park! Lokasi Santorini Park adalah di Cha-Am tetapi bersempadan dengan Hua Hin. Kira sipi-sipi sangat dengan Hua Hin. Maaf if tersalah info ye. Santorini ni memang dalam wish list aku sebabnya binaan di sini mendapat inspirasi daripada Santorini, Greece. Kira agak unik la kan. Perjalanan ke sini dari The Venizia memakan masa selama lebih kurang 30 minit. Tiket masuk pula berharga 150 baht sahaja. Lebih murah. Walaupun kawasan Santorini Park juga tidak terlalu luas, tapi aku suka dengan binaan yang ada. Banggunan di sana dicat dengan warna biru dan putih. Cantik! Suasana di sini agak meriah dengan pengunjung jika dibandingkan dengan The Venezia.
Harga tiket untuk penduduk tempatan hanya 50 baht. Untuk pelancong luar pula 150 baht. Cukup berbaloi pada aku.
Dari jauh rasa macam ada laki usha aku je. Sekali bila tengok dekat-dekat, mamat ni rupanya. Cehhhhh......
Ada 2 atau 3 kedai je yang aku jumpa jual souvenirs. Harga boleh tahan mahal. Plan nak beli fm tapi fm yang dijual tak cukup unik dan tak padan dengan harga.
Siapa cakap kucing tak boleh terbang?
Di Santorini Park juga ada permainan untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Cuma kena bayar tiket lain untuk setiap permainan.
Penat round singgah minum green tea buble satu! Rasa kurang power. Tetap tak boleh menandingi green tea Cha Payom. Memang korang yang datang Thailand dan jumpa kiosk Cha Payom, try la any beverage kat sana.
Oppsss!!!!!!!!!!
Dah puas bergambar di Santorini Park, aku suruh driver tuk tuk bawa kami ke Swiss Sheep Farm. Lokasi Swiss Sheep Farm tidak jauh dari Santorini Park. Hanya perlu melintas jalan raya yang besar dan berjalan dalam 10-15 minit mungkin. Tetapi, banyak blogger cakap tak berani nak melintas jalan yang segedabak besarnya tu. Tambah-tambah kalau banyak kereta. Scary! Driver tuk tuk membuat pusingan u-turn untuk ke Swiss Sheep Farm. Turun dari tuk tuk, aku fikir banyak kali. Nak masuk ke tak, nak masuk ke tak.. Sebabnya cuaca tersangatlah panas. Kulit muka aku dah pedih. Untuk yang tiada masalah kulit sensitif kira ok lah. Pada yang ada masalah macam aku ni, sakitnya alahai.... So cancel! Ambil gambar depan Swiss Sheep Farm pun jadi lah.
Tak dapat masuk tapi dapat ambil gambar depan Swiss Sheep Farm pun jadi lah. Tapi tetap kempunan nak bagi kambing biri-biri makan. Kena usulkan trip ke Australia lah nampak gayanya.
View dari luar Swiss Sheep Farm. Macam tiada orang je.
Disebabkan tak jadi masuk Swiss Sheep Farm, driver tuk tuk nak bawak round area pantai Cha-Am.
Pantai di Cha-Am nampak agak happening. Banyak gerai-gerai makanan dan lain-lain dibuka berdekatan pantai.
Sampai hostel, terus panaskan makanan yang aku beli semalam. Memang dah minta izin nak makan, lepak, guna toilet dan bathroom sehingga pukul 5 dengan pekerja hostel. Sebab tu aku kata pekerja hostel tu sangat baik. Lepas makan, aku keluar hostel sebab nak usha jalan ke Hua Hin Railway Station. Lebih kurang 15 minutes walk jugak lah nak sampai ke sana. Hua Hin Railway Station adalah station keretapi yang tercantik di Thailand sebab 'design'nya masih mengekalkan ciri-ciri tradisional.
Cantik kan?
Berhadapan dengan station keretapi Hua Hin, aku jumpa 2 buah gerai makan muslim. So, aku rancang nak makan petang nanti. Pukul 5 petang, aku siap-siap mandi dan keluar dari hostel. Thanks to hostel staff for your kindness. On the way nak ke stesen keretapi, aku singgah makan di kedai muslim yang aku jumpa tadi. Owner gerai boleh cakap melayu. Aku perasan dekat menu dia tak tertera harga. So, aku tanya lah harga menu yang tertera. Dia tergagap nak jawab sambil pandang isteri dia. Aku macam syak dia nak menipu aku. Aku takut nanti terkono. Sebab tu aku tanya dulu harga before order. Aku order nasi apa ntah yang disuggest oleh owner gerai. Rasanya cukup sekadar untuk mengisi perut kosong.
Harga nasi di atas kalau tak salah 450-600 baht.
Harga tiket train ke Hatyai dari Hua Hin lebih kurang 800++ baht untuk lower bed. Upper bed lebih kurang 700++ baht. Sewaktu di stesen keretapi, terjumpa pulak mamat chinese Kedahan yang aku jumpa sewaktu naik minivan nak ke Hua Hin. Syok sembang dengan depa sebab selalunya chinese utara cakap pelat utara jugak. Depa ni dah hampir 2 minggu di Thailand. Sempat depa tunjuk gambar festival apa ntah yang disambut di Chiang Mai dengan aku. Actually, awal trip memang aku plan nak ke Chiang Mai tapi tiket flight sangat mahal sangat. So, tak jadilah plan ke Chiang Mai.
Tunggu punya tunggu, train tak sampai-sampai. Delayed lebih kurang 30 minit macam tu lah. Tiba-tiba lampu di stesen keretapi menyala. Suasana di stesen keretapi Hua Hin berubah serta merta.
Tara.........
Perjalanan dari Hua Hin ke Hatyai memakan masa lebih kurang 12 jam. Ini adalah third time aku tidur atas katil dalam train. Yang pasti, aku sangat suka sebab selesa.
Assalamualaikum
Subscribe to:
Posts (Atom)