Total Pageviews

Saturday, 28 March 2020

Umrah Trip 2018: The Unforgettable Memories (Part 1)

Assalamualaikum.

 

Hi everything..................... hihihi...


Akibat terlalu bosan berada di rumah disebabkan oleh Covid-19, maka aku nak cerita sikit kisah aku menunaikan umrah pada 22/2 sehingga 5/3/2018. Dua tahun yang lepas ya guyssss.. Agak lama jugak lah tapi aku terasa jugak nak share apa yang terjadi sepanjang dekat sana dengan readers di luar sana.


Nak dijadikan cerita, abang aku ajak buat umrah. Aku memang on ja! Memang dah ada niat nak buat Umrah sementara masih muda dan sihat. Walaupun ilmu di dada sangatlah kurang, aku cuba sebaik yang mugkin. Alhamdulillah mak aku pun join sekali. Jadinya dia lah tempat aku merujuk. Nak baca apa ni mak? Lepas ni nak buat apa ni mak? Macam mana nak masuk Raudhah ni mak? Kiranya mak aku dah jadi kitab rujukan sepanjang dekat sana memandangkan dia dah beberapa kali menunaikan umrah. I love u mak! Hahaha


Aku ambil pakej umrah dengan Tiram Travel. Pakej harga seorang around RM6000. Memang puas hati sangat sebab hotel dekat dengan Masjidil Haram. Hotel dekat Madinah jauh sikit dari Masjid Nabawi. Kena menapak sikit tapi tak lah jauh mana pun. Masih ok. Yang penting makanan dekat hotel sedap! Hahaha.. Orang lain turun berat badan, aku pulak naik berat badan sepanjang dekat sana. Paling terbaik sekali, aku punya mutawif. Sampai mak aku yang dah beberapa kali buat umrah pun cakap, mutawif kami waktu tu paling terbaik pernah dia jumpa! Apa-apa pun alhamdulillah.  Mudah-mudahan readers yang lain pun ada rezeki untuk ke sana.

 

Kami naik flight Airasia pada pukul 5.30 pagi. Waktu tu, ada team Andalusia jugak sekali dalam flight. Perjalanan memakan masa selama 9 jam 30 minit. Dalam flight mutawif akan briefing siap-siap berkenaan niat, pakaian, waktu solat dan sebagainya. Aku sampai di King Abdul Aziz  International Airport  pada pukul 10.15 pagi waktu tempatan. Untuk warga emas yang berkerusi roda or yang kurang upaya, anda diberikan layanan istimewa. Fast lane. Setel urusan, kami menaiki bas dari Jeddah ke Madinah. 





Perjalanan mengambil masa almost 5 hours dari Jeddah ke Madinah. Dekat Madinah kami stay dekat Hotel Concorde.

 

 




Ini lah antara punca kegemukan aku sepanjang dekat sana. Makanan sedap-sedap. Belum aku cerita bab nasi arab 10 riyal je wei. Sedap pulak tu.  Dekat Malaysia nak makan nasi arab punya lah mahal! Ini saranan aku. Please.... jangan cerewet! Aku ada jugak lah dengar cerita bab orang memilih makan ni. Belum jejak tanah haram dah risau tak lalu makan itu ini. Sampai sana memang tak lalu makan betul. Sebab tu sepanjang dekat sana aku fikir positif ja walaupun aku ditimpa dugaan. Aku ingat nak story kisah dugaan yang aku alami dalam part 2 or Part 3. Kemain rajin pulak aku menaip time kuarantin ni! Hahaha..







BinDawood Store. Ni lah tempat favourite aku kalau nak beli coklat, air dengan croissant 7 Days. Dekat sana ada ada perisa strawberry&vanilla flavour. Dekat Malaysia nan hado. Flavour ni paling terbaik pernah aku rasa dalam banyak-banyak flavour. Coklat brand local terlalu banyak dekat sana. Sedap dan murah. Malangnya aku tak snap pun coklat yang aku beli untuk bawak balik Malaysia. Untuk yang nak bersedekah makanan tapi tiada budget yang banyak, boleh beli coklat dekat sini dan bagi pada kanak-kanak di luar masjid. Kalau pergi sana, boleh nampak kanak-kanak Pakistan dan lain-lain banyak berkeliaran di luar masjid. Dorang ni banyak yang ke sana melalui jalan darat. Kalau makan pun, siap masak sendiri lepas tu berkelah luar perkarangan masjid satu family.






Sila lah try flavour ni kalau anda ke Bindawood. Kalau dekat Masjidil Haram, BinDawood ada dekat bawah Mcd. Senang ja nak cari. Kalau dekat Madinah, kena menanya sikit. Aku dah lupa kena keluar pintu gate berapa.

  




Suasana melepak sambil makan lepas selesai solat ni memang biasa. Aku rindu suasana dekat sana. Rasa kagum sangat bila dapat jumpa umat Islam seluruh pelosok dunia berkumpul di tempat yang sama. Kadang-kadang aku sengaja solat sebelah orang Pakistan. Kejap lagi sebelah orang Nigeria. Pernah jugak sekali tu sebelah orang Kyrgyzstan. Rindu beramah mesra dengan dorang. Ingat lagi wanita Pakistan tu cakap dengan aku. Katanya orang Malaysia ni bagus. Muda-muda dah ramai pergi buat umrah. Kemain dia puji rakyat Malaysia. Aku pun angguk-angguk ja dengar dia bercerita..





Gambar atas ni suasana dalam Masjid Nabawi.  Mostly banyak orang habiskan masa dekat masjid. Susah nak tengok masjid dalam keadaan lengang. Kalau nak dapat tempat best, kena datang awal. Kalau masuk time dah dekat nak masuk waktu solat, memang sesak. Nak tak nak, kena solat dekat perkarangan luar masjid.  Dekat sini lebih strict. Nak tangkap gambar dalam masjid pun kena hati-hati. Kalau kantoi, depa akan ambik phone dan suruh padam balik gambar. Waktu gap antara zohor dengan asar  or asar dengan maghrib tak salah aku, akan ada sesi kelas mengaji etc dalam masjid Nabawi. Ramai la orang Arab berkumpul dalam masjid. Kita pun boleh ja join sekali. Ada sekali tu aku suruh Cikgu Arab tu betulkan bacaan aku. Memang banyak la salah! Hahaha... It's okay! Aku fikir nak belajar ja. Teringin nak rasa pengalaman baru kan. Bukan senang orang Arab sendiri dengar dan betulkan bacaan.






Suasana bila selesai solat di Masjid Nabawi. Pintu masuk untuk wanita dan lelaki diasingkan. 




Aku nak bagi tips untuk first timer yang datang ke Masjid Nabawi. Nampak tak rak kasut di atas ni? Rak kasut ni berada di luar masjid. Untuk pengetahun korang, bila jejak masuk pintu masjid ada lagi rak kasut macam ni tepi pintu. Jadi, aku nk suggest jangan lah letak kat luar ni. Slipper pink bata aku dah hilang guys! Kalau terjatuh dekat bawah lantai, cleaner akan main sapu je. Sekelip mata hilang. Hahaha.... Jadi untuk elakkan dari hilang, sediakan plastik berwarna. Sampai je masjid, bukak slipper then masukkan dalam plastik. Lepas tu ikat elok-elok then simpan kalau boleh dekat ruangan rak kasut dalam masjid bahagian paling atas. 


 
 

Gambar atas ni nilah pintu masuk Masjid Nabawi. Masuk ja pintu tu dah boleh nampak rak kasut. Simpan baik-baik dekat situ sambil berdoa sikit agar tak hilang. Kalau hilang, anggaplah ujian kecil. Redha.







Pintu 16. Pintu hari-hari aku keluar masuk sepanjang berada di Madinah. Kalau nak deal berjumpa dengan kaum lelaki lepas solat, bagi tau ja tunggu dekat pintu gate berapa. Dekat Masjid Nabawi ada banyak pintu. So nak elak terkeliru, tengok je nombor setiap pintu masuk tu.







Bila cuaca mula panas, payung luar masjid ni akan terbukak. Waktu aku ke sana, cuaca sejuk.  Masih dalam musim sejuk dan berangin. Kalau tak salah aku, kalau nak rasa musim sejuk dekat sana, boleh datang waktu bulan 12 sehingga bulan 2. Memang seronok pergi sana time tu. Badan pun tak berpeluh sangat. Mak aku cakap, time bulan ramadhan cuaca memang panas betul. Mak aku pernah ke sana waktu ramadhan. Memang duduk masjid ja sepanjang masa dari Zohor sampai lah waktu berbuka. Lepas habis terawikh baru dia balik hotel.





 

 Bila payung dah tutup. 








Berpusu-pusu umat Islam keluar masjid selepas selesai menunaikan solat.



Next, antara kenangan yang tak boleh dilupakan dekat Masjid Nabawi bila aku jumpa budak kecik depan aku nama Maryam time nak tunggu solat maghrib or isyak. Kisah ni memang unpredictable gila! Nak dijadikan cerita, awal pagi tu aku baca al-Quran surah Maryam. By the way, aku memang bawak al-Quran sendiri dari Malaysia supaya senang sikit nak mengaji dan membaca terjemahan. Ntah macam mana bila baca terjemahan surah tu, aku rasa sebak. Boleh banyangkan keadaan Maryam time tu semasa mengandungkan Nabi Isa a.s.  Aku siap boleh menitis air mata. Aku rasa macam bukan aku dah ni dok teriak tiba-tiba wei!!! This is not me at all. Lain macam sedih ni.


Sewaktu nak tunggu masuk solat, aku perasan dan perhati gelagat beberapa orang budak depan aku. Untuk makluman readers semua, dekat sana tiada sesiapa yang marah pun kalau budak-budak kecik  menangis, menjerit or bermain dalam masjid. Adalah kebiasaan kalau time solat dengar baby menangis or budak menjerit. Aku ada la bertegur sapa dengan budak tu yang paling besar. Umur dalam 11-13 tahun kot. Adik-adik dia kecik-kecik lagi. Mata aku dok perhati adik dia yang sorang ni sebab dia suka perhati aku jugak. Hahaha..  Aku tanya nama dia apa? Sekali budak tu jawab, 'Maryam'. OMG!!! Boleh bayangkan tak seharian aku kat sana dibayangi oleh Maryam. Rasa sangat amazed kot! Sampai aku boleh tepuk mak aku yang tengah mengaji semata-mata nak bagi tau budak tu nama Maryam.





Yang kanan tu Maryam. Secomel orangnya. Sebelah kiri tu kakak dia. Slumber je aku suruh dia mengaji sebab aku nak dengar suara dia. Hahaha...








Selain kisah berjumpa budak dengan Maryam ni, aku dapat merasa sekali berpuasa sunat dekat sana. Walaupun puasa sunat hari Isnin, tetapi kemeriahan berbuka dalam masjid tu tetap ada. Rupanya ramai yang berpuasa jugak waktu tu. Masuk je waktu solat, dorang yang hulurkan dekat aku roti dan kurma. Alhamdulillah. 

 

Seronoknya dekat sana tak dapat nak diungkapkan. Orang berlumba-lumba nak bersedekah. Kalau time membeli tiba-tiba ada Pak Arab yang bayarkan, tu adalah perkara biasa jugak. 


Jadi sampai sini sahaja entri aku. Ada banyak lagi memori menarik yang aku akan ceritakan. Insyaallah.












**** Allah tidak memanggil yang mampu. Allah mampukan sesiapa saja yang Yakin, yang Mahu dan yang Rindu BAITULLAH.





Friday, 20 March 2020

Perth Trip 2017: Best Ke Travel Alone?

Salam and hi guys....

 

Dah lama terasa nak start balik update entri tapi asyik terbatas. I dont have time! (kemain alasan). Disebabkan our PM dah announce cuti 2 minggu due to Covid-19, I decided to update entri yang berkurun lamanya. Aku terpaksa godek-godek balik buku catatan lama untuk dirujuk memandangkan aku pernah bagi tahu sbelum ni yang aku ada masalah short term memory lost. Hahahaha....

 

 

 

Buku catatan kesayangan aku. Aku catat every trip yang aku pergi since 2015 sampai last trip to Saudi Arabia in 2018. Then baru ganti buku lain.

 

Okay, back to our topic. Actually aku plan pergi Perth dengan Rheitta, one of my good friends. Aku pernah travel dengan dia ke Euro dan South Korea sebelum ni. Nak dijadikan cerita, something happend to her family and she decided to cancel her trip. Time ni aku reply okay je sebab aku faham her situation. I know her well jugaklah. So aku sayang nak cancel plan ke Perth ni. Dah la dapat return tiket agak murah around RM600. Pada aku murah lah sebab on school holiday. The best thing is, waktu aku pergi tu bulan puasa. Bulan puasa guysss!!!!! Teringin nak rasa nikmat puasa di oversea. (padahal time pergi tu memang aku tak boleh puasa. Hahaha).

 

Memandangkan aku pernah target untuk merasa travel solo before 30, maka aku menyahut seruan hati walaupun kena beletiaq dengan mak aku. Aku meyakinkan mak aku yang Perth tu selamat ja untuk travel solo etc. Maka, bermulalah trip aku as a solo traveller to Perth selama 5 hari 4 malam. Flight aku D7236 dan aku fly pada pukul 1205 pagi (lepas rujuk buku catatan). Time ni aku tak terasa sangat feel travel solo tu. Sebab mengantuk gila.. Aku ingat lagi, naik je flight terus aku pengsan dan langsung tak santap menu yang aku order. Pukul 5.30 pagi, aku pun sampai lah Perth. Time ni mula dah rasa macam tak percaya. Apa yang aku buat ni? Aku dah dekat Australia ke? Benda tu berlegar-legar di dalam kepala otak aku kot. Rasa buat kerja GILA!

Aku langsung tak bawak apa-apa bekalan makanan. Sebab hasil pembacaan, banyak jugak Asian food yang halal dekat Australia plus boleh je beli roti etc dekat convenience store nearby. Memang dah set time travel memang makan ala kadar ja. Nak lepas imigresen, sempat la sekor anjing datang hidu-hidu beg aku dulu. Aku buat muka rilex and alhamdulillah done! Then aku beli simcard Optus 10 dollar dekat luar airport. Time ni pun bermasalah. Aku bukan English speaker wei. English aku so so. Seller yang jual simcard tu boleh gelakkan aku kot. Bila fikir balik, kalau la ada travel partner aku, Rheitta mesti small matter ja dia belikan. Pung pang pung pang English dia bantai. Hahaha.

 

Dah boleh  imagine sikit kan feel jadi solo traveller? Aku rasa aku ada satu perasaan nak mencuba benda baru and aku nak uji tahap mana keberanian aku. Satu lagi, aku jenis tak kisah  kalau nak makan sorang and jalan sorang-sorang. Sebab tu, aku terasa sangat nak menikmati feel travel solo tu. Bila dah sampai Perth, nak tak nak kena jugak on trip! No matter what happen. Gituewwwww.... 

 

Aku berjaya naik bas dari airport dan jalan kaki beratus-ratus meter selepas banyak road tutup disebabkan ada marathon event time tu. Aku tak mau buat 'teruk' nanti mood travel ke laut dalam. So aku chill je sambil tengok orang berlari dan menikmati cuaca yang berangin. Kalau silap jalan, just asking people and jalan lagi sampai aku berjaya jumpa hostel aku. 

 

 Aku naik bas no  380 dari airport dan bus akan stop dekat station Elizabeth Quay. Nampak tak aku sorang-sorang ja dalam bas sambil melayan perasaan blur macam tak percaya aku dah menjejakkan kaki ke Perth, Australia.




 Sambil melilau-lilau cari hostel sorang-sorang, aku layankan perasaan tengok orang ramai nak memulakan larian.



Finally, aku berjaya sampai ke hostel aku, Kangaroo Inn. Depan pintu hostel terang-terang tulis closed sebab aku sampai awal pagi. Kalau nak dorang bukak pintu kena call. OMG! Seumur hidup aku tak pernah call sesiapa cakap fully in english. Ntah macam mana, disebabkan aku fikir aku sorang-sorang and aku nak check in cepat, terus aku call no yang tertera di depan pintu. #$%@#*(*()&ghjguftdopo<mtdr#$%%^ aku cakap English dengan mamat receptionist dengan penuh keyakinan. Ntah dia faham ke tak? Tak lama kemudian, taraaa ada mamat chinese bermata bulat bukak pintu.  First impression, wow! handsomenya kata hatiku walaupun mamat receptionist tu belum mandi. Aku mampu bercakap dengan hati je memadangkan travel solo kan. Kalau la ada travel partner, dah lama menjerit, 'wehhhhh handsomenya mamat tu!!!!!' Kah kah kah..... 

 

 

 

 

Mamat receptionist tu cakap aku tak boleh check in lagi. So, dia tanya nama aku sebab dia nak buatkan tag untuk backpack aku. Then aku cakap lah, Zalika. Sekali dia tulis dekat tag, Alica. So aku just tambah Z dekat depan. Maka jadilah Zalica. Still bunyik sama ja kan?

 

Terimalah nama omputih saya Zalica. Cantik bukan nama itu?Hahaha...








Ini lah dorm aku. Ada dua bunk bed. Tandas dekat luar. First night aku tidur sorang-sorang. Second and third night, aku ditemani oleh minah Jepun dekat bawah ni. Bila dah travel solo, boleh la kita kenal-kenal and make friend dengan traveller lain. Minah Jepun ni sebaya aku. Lepas balik dari Perth trip, dia ada contact aku through fb sebab dia plan nak travel ke Malaysia. Yang aku ingat, aku buat muka tak malu pinjam lotion dia disebabkan muka kering teruk. Buruknya perangai. Hahaha..




 

Atas ni female toilet dekat hostel aku. Aku suka tandas dekat sini. Bersih gila. Selesa ja. Memang recommended kalau yang tercari-cari dorm or bilik berdekatan town, boleh lah book Kangaroo Inn.









Bila travel solo, kita kena alert dengan dengan time especially bila naik apa-apa transport. Aku ingat lagi aku terlelap dalam train dari Fremantle station to Perth Underground station. Perjalanan makan masa 40 minit. On the way balik tu rasa mengantuk gila. Phewwww... nasib aku terjaga dari tidur. Kalau tak..........

 


 Pintu keluar Fremantle station



 

Aku bergambar di depan Fremantle station. Tragis kan bila travel solo? Gambar pun langsung tak menarik. Time ni pulak aku tak prepare langsung cara-cara nak snap solo photo. 

 

 



Gambar ni adalah laluan yang terpaksa aku tempuhi untuk ke Caversham Wildlife Park. Aku  naik bas sampailah ke pintu masuk Whiteman Park. No shuttle bus on weekday. Aku rasa almost 2 km jugak lah aku jalan kaki. Time nak pergi, jumpa dengan tiga pinoy. Tak la rasa takut dan sunyi. Time nak balik tu, memang aku sorang-sorang. Boleh rasa agak scary. Aku on surah-surah dekat phone untuk menenangkan aku. Time ni rasa berserah pada Allah SWT.




 Demi nak tengok kangaroo and koala, sanggup redah jalan sunyi.. Adoiii.... Sepanjang jalan tu boleh nampak kangaroo liar dok melompat-lompat.



 



Binatang atas ni namanya Quokka. The happiest animal on planet. Quokka ni banyak boleh dijumpai dekat Rottnest Island. Nak ke Rottnest Island, boleh naik feri dekat Fremantle atau naik dekat beberapa pilihan tempat lagi. Aku booked tiket ferry plus sewa basikal siap-siap through website. Kita boleh pilih time feri nak pergi dan balik. Depend berapa lama kita nak spend dekat Rottnest Island.







Cuaca panas tapi berangin. Aku enjoyed the most time pergi Rottnest Island. Walaupun nak minum air pun cover malu dengan foreigner (sebab bulan puasa) tapi penat yang berbaloi sangat! Cycling half Rottnest Island sambil enjoy breathtaking view. Perghhhhh..... If Im not mistaken, satu island jarak dia around 20km. So aku choosed to cover half je, 10km. Kalau anyone yang tak larat cycling, boleh pilih naik bus.








 


 Cantik kan? Time ni aku really enjoy my 'me time'.







 Enjoy sunset atas feri on the way back to Fremantale.






Sampai ja hostel, aku melantak nasi dekat Insan Cafe (malaysian food) selang beberapa buah dengan hostel aku. Sebab tu aku sangat suggest traveller stay dekat Kangaroo Inn. Perut anda pasti terjaga! Just get prepare duit. Menu kat atas ni berharga 11 dollar. Jangan convert nanti menangis air mata darah. Yang penting, makan sehari sekali ja. 

 

 


Blue Boat House. 

Seronok tak travel alone? Aku boleh travel alone BUT aku prefer lagi travel berdua.

 Nampak tak Blue Boat House kat atas tu? Boleh rasa kan dia sunyi ja atas laut walaupun dia nampak gah dan cantik di situ. 

Walaupun it was a nice experience dapat travel secara solo tapi its better if you have friend to talk with.  So, aku nak dedicate this entry to my travel partner, Yana, Rheitta, dan yang lain-lain. Thanks sebab jadi travel partner aku yang sangat baik walaupun ada gaduh-gaduh sikit.

 

Jom kita travel lagi nanti! 




 

Saturday, 20 July 2019

How We Survived In India

Hi. Welcome back!

 

Terasa nak sambung menulis blog tapi tak berminat nak menulis tentang trip aku day by day. Trip euro memang dah tersadai. Trip Perth and umrah pun innalillah... 

 

Tiba-tiba aku dapat idea nak menulis how we survide in India. Entri ini aku akan sentuh tentang apa yang aku makan dan minum di India dan segala peritiwa scam yang kami lalui. Walaupun ada yang dah aku share dalam previous entri, aku tetap nak tulis pasal ni gak. Lantaklah kan nak syok sendiri. Hahaha...

 

So, mari aku kongsikan macam mana kami berjaya survive di India tanpa cirit birit walaupun dua orang kawan lelaki aku  'game' aku dan Cik Y. Dorang masak maggi guna air paip panas dekat toilet bilik dorang and then bagi kami makan. That time memang tak syak apa-apa cuma rasa pelik kenapa dorang baik hati sangat masakkan maggi untuk aku and Cik Y. Kami ni yang memang kepenatan dan kebulur nak mampus makan kaw-kaw punya tak ingat dunia. The next day baru dorang cerita 'kejahatan' dorang. Nasib tak cirit weh. Korang boleh baca banyak traveller memang advise awal-awal jangan cuba-cuba minum air paip hotel. Awas!

 

Boleh katakan everyday sehari  sekali je kami akan makan luar untuk cut budget. The rest kami makan maggi, rendang, instant rice dan tak lupa jajan. To be honest coki-coki dan biscuit stick brand pejoy sangat heaven dinikmati time travel especially during winter. Memang both are my favourite!

 

 

Yang perisa coklat, green tea and oreo tu sedap kot! Sesuai bagi sesiapa yang nak menambahkan lemak yang sedia seperti aku.

 

 

Dah alang-alang cakap pasal jajan ni, ada lah sekali dua kami try jajan dekat India. Model depan plastik bungkusan tu gambar Salman Khan. Sampai sekarang terngiang-ngiang lagi aroma jajan tu. Bau dia macam telur busuk aka kentut. Hahaha.. 

 

Keropok brand ni lah. Cuma tak sure perisa yang mana satu. Yang pasti depan plastik muka Salman Khan. Sedap punyeeeeee!!!!!! Kata abang Man dalam gambar di atas

 

 

Untuk mengelakkan dari cirit-birit memang kami try elak beli street food. Tapi ada je aku beli cookies dan kek area tepi jalan dekat Srinagar town. Dekat Kashmir  nampak macam bersih sikit lah.

 

 


Kami beli limau dengan pisang dekat mamat ni area Jaipur. Dekat depan restoran Muhammadi Palace. Buah limau sekilo 50rs dan pisang sekilo 20rs. Murah kan?






Yang atas ni maggi masala. Kawan aku order makan dekat Sonamarg. Tak ingat rasa sedap ke tak. Sedap lagi maggi kari Malaysia aku rasa. Sebab Kashmiri sendiri pun cakap maggi Malaysia sedap. Dekat sini jugak lah aku kena 'urine' bila order chicken soup apa ntah. Sekali yang datang sup kuah lebihan maggi. What the fishhhh!!!!  Hahaha... Aku tak simpan pulak gambar rupa sup yang aku order tu. 

 

 

Keluar je dari restoran tu, salji lebat. Salji yang turun umpama kesedihan yang aku rasai makan chicken soup aka lebihan kuah maggi masala. Kalau travel buddies aku baca blog ni mesti dorang ketawa bila terkenangkan rupa chicken soup aku tu.

 

 

Next, aku nak share  beryani yang aku makan dekat India. Tapi kebanyakkan nama restoran aku tak catat dalam buku catatan aku. Satu kesilapan di sini. Sepanjang berada di India, boleh katakan kerap jugak lah makan beryani. Sampai dalam flight pun beryani. Awal-awal rasa excited sebab sedap lain macam. Original mari from India gituewwwww.. Lama-lama rasa muak gila. Pleaseee aku nak makan pasta, nasik lemak, tom yam dan segala jenis masakan mee!!!!!!!!

 

 


Restoran kat atas ni adalah restoran pertama yang aku jejak dekat Kashmir. Beryani ayam dia lazat dan satu lagi lemonade dia memang terbaik! Memang lain dari yang lain. Selain chai dan segala jenis tea yang ada dekat India, aku memang suggest korang cuba Indian lemonade. Boleh nampak kan gelas dekat gambar di atas tu. Tu lah air lemonade. Nampak tak padu langsung tapi jangan hanya memandang luaran semata-mata. Korang boleh tengok dekat YouTube macam mana dorang bancuh air ni. But kami tak lah beli yang tepi jalan. Cuma setiap kali makan dekat restoran, kami akan order air lemonade.





Yang atas ni pun aku tak mencatat nama apa. Rasa not bad! Aku makan ni on the way balik dari Gulmarg.



Restoran Muhammadi Palace Jaipur




Dekat Jaipur, kami try makan dekat Muhammadi Palace. Rasanya dua kali kami makan dekat sini. Siap tapau beriyani untuk makan atas train. Restoran ni memang recommended oleh traveller yang lain. Pada pendapat aku, memang sedap pun. Chicken kurma dia padu! Rupa langsung tak sama macam kurma dekat Malaysia. Yang datang Jaipur, boleh lah datang sini. Harga pun tak lah mahal sangat. Boleh lah nak makan sehari sekali.  Jimat punya pasal.











View rooftop Tuk Tuk Backpacker Jaipur. Layan gila sambil minum chai sambil lepak-lepak sembang dengan traveller lain. Sempat lah sembang dengan mamat dari Perancis. Kongsi-kongsi pengalaman sepanjang berada dekat India.

 



Indian chai

 





Free breakfast dekat Smyle Inn, Paharganj. Breakfast dekat sini memang terbaik walaupun menu dia setiap hari roti, telur, pisang, kek, cereal, susu n kopi. Cukup dah buat aku kenyang sampai ke petang.  Time stay dekat sana, ada juga jumpa traveller dari Malaysia.

 

 

Pada aku, Paharganj adalah area yang sangat worst tapi sebab location memang sangat strategik dengan train station plus banyak hostel/hotel budget, memang sangat sesuai untuk backpacker stay area sini. Dekat sini lah aku jumpa local kencing bersepah. Open air toilets are everywhere! Kawan aku pulak menyaksikan mak cik sedang menyelak sari lalu membuang di tepi jalan. Kah kah kah. Paling best sebelah toilet ada gerai makan. Ramai pulak pelanggan gerai makan tu. Eeeuwwwwww.... 




Harga semalam dekat Smyle Inn ni korang boleh check dekat mana-mana website. Yang penting tak mahal mana pun. Dalam bilik pun ok. Cuma nak ke situ kena melalui Main Bazaar yang sangat sesak di waktu kemuncak.





Next, aku nak cerita bab scammer pulak. Scammer di India memang tak boleh lari. Sebelum sampai India, memang aku dah get ready baca dan tanya dengan traveller lain. Start dari Kashmir, tak boleh lari dari scam weh! Samaada anda perasan anda sedang diperdayakan ataupun tidak ja. Ada aku baca dari blog lain yang cakap semua kashmiri yang kita deal dekat Kashmir tu sama ja. Cakap pusing-pusing! Pada pengalaman aku ada betulnya. Cuma aku bersyukur dekat Kashmir aku dapat elak beberapa scam yang pelik macam dekat Tanmarg dan Gulmarg. Setiap kali mereka approach, memang kami tak layan. Aku perasan rupanya harga yang kita deal dengan tour guide tak sama dengan team yang lain! Time aku jejak Kashmir, ada lagi team berlima dari Malaysia. Satu lagi team bertiga. Team aku plak berempat. Tapi harga yang aku bayar lagi murah dari team berlima tu. Aku paling kesian pada team yang bertiga. Dah la kena bayar mahal. Dalam USD pulak. Lepas tu seminggu dekat Kashmir, langsung tak jejak Gulmarg. Memang gila! Dorang terlalu percaya dan ikut apa yang guide cakap.  Jadi aku memang advise korang kena bertegas dengan guide korang. Mantapkan ilmu di dada tentang tempat yang kita nak pergi. Ready awal-awal kalau-kalau dorang buat ayat pusing-pusing. Plan your trip well. Apa-apapun Kashmir memang terbaik untuk diterokai. 

 

Jom layan sikit gambar-gambar sepanjang aku dekat Kashmir. 

 

 





Pahalgam



Riding horses sambil feeling-feeling dalam movie Narnia. View memang cantik sangat. Subhanallah.


 

 

Stop point Baisaran Valley dekat Pahalgam, boleh lah nampak banyak geng kashmiri yang akan approach korang. Sila sediakan perisai jika tak berminat dengan pakej-pakej yang ditawarkan.






Sonamarg 

 

 



Gambar atas ni area rumah guide aku. Area situ rumah gabak-gabak gila. Bilik luas cuma heater tak cukup panas. Sejuk gila. Aku deal dengan Shuja Rather. Taip je nama tu dalam fb. Tapi nak pesan, makesure korang study well dan deal betul-betul dengan mana-mana guide yang korang ambil. Overal dengan dia aku bagi 8/10.. Kalau tak silap aku, dengan Shuja ni dia ambil 6500rs per person untuk 5 hari 4 malam. Harga cover transport, accomodation, breakfast dan tiket Nishat Garden/Pari Mahal rasanya. Lupa dah. The rest memang kami bayar sendiri. Satu yang best dengan dia, kita boleh request kakak ipar dia masak. Memang masakan kakak ipar dia sedap. Sorang dia caj 300rs. Boleh lah kalau nak merasa makan dekat dapur rumah feeling-feeling kashmiri.



My travel buddies. Aku nak popularkan dorang dalam blog aku yang bersawang.

 







 



Pari Mahal


 

 Dal Lake

 

 

 Road to Gulmarg



 

Berjaya menepis segala jenis scam dekat Gulmarg. Jalan kaki dari tempat parking kereta sampai ke ticket counter. Jauh jugak lah menapak plus dengan trek licin. Kawan aku siap jatuh lagi. Apa yang kami buat? Gelakkan dia kuat-kuat! Hahaha.. Kami tak sewa boots pun sebab masing-masing memang pakai boots dah. Memang dekat Gulmarg berjimat habis.

 




 Sweet corn atas first phase Gulmarg. Tak sedap. Boleh lah buat nak merasa.

 









Time beratur nak beli tiket gondola ke phase 1, kami perasan yang kawan aku tu je the only foreigner yang beratur beli tiket sendiri.  The rest memang local. Ada jugak terbaca pasal scam tiket gondola Gulmarg ni. Memang dah set nak jalan kaki dan beli tiket sendiri. Actually, sepanjang dari tempat parking kereta nak ke ticket counter, ada je kashmiri yang approach kami. Sanggup dorang follow kami almost 2km walaupun kami dah tolak cara baik. Tak nak jugak give up pujuk kami. End up, dorang give up jugak! Memang rasa sangat kasihan dengan kashmiri yang mencari rezeki time winter dengan ambil upah guna sledge. Tapi kena faham jugak yang kami ni backpacker. Cuma kalau boleh nak minimize our budget.




 View dalam gondola tp phase 1




Imagine kalau kashmiri tarik aku pakai sledge ni. Dalam keadaan sejuk pun boleh berpeluh aku rasa. 

 




Ada few restaurants dekat phase 1. Spent time dekat sini sambil minum coffee. 

 

On the way nak balik dari Gulmarg kami ternampak kebun epal. Minta driver stop kejap. Dapat lah merasa tengok dan pegang buah epal walaupun tinggal saki baki buah je lagi. Nak masuk sini macam kena bayar. Murah je tapi aku dah tak ingat berapa harga dia.






 

 

 

Dekat Paharganj, Old Delhi, Agra dan Jaipur beberapa kali kami kena scam auto rickshaw. Caj paling tak boleh blah dari Paharganj ke Sarojini Market auto driver caj 1000rs. Padahal awal-awal driver ok dengan 300rs yang kami bargain. Jarak nak ke Sarojini Market memang jauh jugaklah. dekat 8-10km kot. Time tu gembira kemain lah dapat bargain harga 300rs. Sampai je Sarojini Market, kami hulur wang 500rs sekeping. Driver tu boleh cakap dia nak lagi 500rs. Time tu aku pegang kamera boleh slumber acah-acah nak snap gambar and report pada polis. Terus kami blah! Memang langsung tak pandang dah. Burn 200rs.  So, kalau traveller yang stay area Paharganj, sila jangan deal dengan auto area situ. Kena jalan sikit keluar sampai jumpa jalan besar. Deal auto area jalan besar lagi ok kot rasanya.

 

 


 

Walaupun kena scam auto on the way nak Sarojini Market tapi bila dapat window shopping dekat sini boleh jadi hilang ingatan sekejap. Berbaloi beli kain dekat sini compare beli dekat Jaipur. Tapi kualiti kain ada ja yang mudah tertetas benang. Hmmmm... Barang-barang lain yang boleh korang usha seperti sarung kusyen (murah gila!), keychain, baju bundle, lampu perhiasan dan lain-lain lagi.

 





Thambi siap request aku ambil gambar dia. Time ni tengah traffic jam. Lepas snap, siap minta nak tengok gambar dia elok ke tak. Hahaha...



Selain tu, dekat Agra pun apa kurangnya. Kemain kami percaya dengan pak cik auto ni sorang ni. Nak bawa round Agra plus bawak kedai souvenir murah-murah. Hampeh kami tak beli pun. Dia ingat aku tak baca blog ke yang fm dan keychain murah area depan Taj Mahal. Beli je dengan peniaga kaki lima area situ. Last-last dia give up lepas kami langsung tak membeli dekat kedai yang dia bawak. Terus dia turunkan kami dekat gate Taj Mahal. 

 


Ini lah pak cik auto dekat Agra yang aku maksudkan. Dari Agra Catt Station dia caj 200rs nak ke hotel Osakataj. Then, kami boleh pulak berjanji nak deal dengan dia bawak round Agra after lunch. Memang satu kesilapan dekat sini.




Kawan aku kat atas berbaju merah ni tengah mengelak dari memandang pakcik driver auto tu sebab air liur pak cik tu asyik terpercik. Kami yang duduk dekat belakang gelak tak ingat dunia menyaksikan gelagat beliau. Nasiblah hang wei! Hahaha...






 Jalan kaki nak ke Taj Mahal. Ada je yang nak mengikut dan approach.

 

Nak beli fm, beli lah dekat luar gate Taj Mahal. Boleh pilih-pilih. Murah pulak. Harga rasanya aku ada mention dalam previous entry.

 



 Nak jejak Taj Mahal bukan sahaja terpaksa melalui scam yang bersepah tetapi terpaksa jugak berhimpit-himpit dengan local. 

 


Ini je gambar terbaik berempat depan Taj Mahal yang berjaya kami ambil. Tu pun kena photomb. Hmmmm...







Scam kain dekat Jaipur. Kain yang kami beli banyak tak ok. Mudah terkoyak dan tertarik. Survey lah dulu sebab kawan aku dah terkena. Kedai A jual harga lain, kedai B jual harga lain. Beza ratus-ratus rupee pulak.

 






Dekat Jaipur kami kena scam auto jugak. Kena dekat Tuk Tuk Backpacker hostel tempat kami stay. Driver bawak pergi kedai souvenir mahal. Pastu luar kedai ada penjaga kedai muka macam gengster movie tamil. Seram gila! 

 


 View dari luar tingkap Tuk Tuk Backpacker hostel, Jaipur.


 

View dari depan hostel. Tu lah driver auto yang kami deal. Dia cakap dia muslim. Janji nak bawak kedai murah-murah tapi ntah mana-mana bawak kami.







 

Sian tengok anak-anak ni keluar dari kelas minum paip je. Gambar di ambil dekat salah sebuah sekolah dekat pekan Jaipur.

 

 

 

Overall aku rasa paling berbaloi dan paling puas hati bila kami book taxi dengan Smyle Inn hostel nak ke airport. Tak salah caj yang kena memang murah. Tapi aku dah lupa harga berapa. Kalau ikut buku catatan aku, sorang aku bayar dalam RM5 lepas convert ke RM. Memang tak langsung rasa kena SCAM! hahaha.. Jadi kalau ada yang nak ke airport dari Paharganj, boleh lah deal dengan Smyle Inn sendiri.

 


Thanks ahjumma dari Korea yang ambil gambar kami berempat ni dekat Paharganj. Nak harapkan local ambik, pic memang out gila!

 

 

 

 

Cukuplah kot aku tamatkan entri aku sampai sini je. Trip India memang tak akan aku lupa dalam ingatan. Balik je dari trip, aku turun around 2kg walaupun almost everyday pekena beryani. hahaha...

 

India menjadi negara ke-15 yang aku jejaki. Target nak capai 20 negara tapi ntah bila dapat aku capai. Doakan saya!

 

 




 

 

 

 

 

 

****Rindu nak jadi pelarian tidur dekat aiport dan menjadi perhatian local yang lalu lalang.