7 bulan yang lalu...
Tahun 2012 merupakan tahun yang memenatkan bagi aku. Hidup bergelumang dengan assignment dan exam je (hiperbola tahap melampau kan statement ni?). Sian otak aku hari-hari terpaksa berkerja keras. Maka, pada awal tahun 2013 aku menghadiahkan diri ini percutian ke China dan Hong Kong. Fuyooo!!! Nampak macam best je kan trip ni. Nanti aku citer best ke tak.
Sebenarnya aku dan kawan-kawan plan nak ke Korea Selatannnnnn... Namun apakan daya, tiada jodoh dengan Kim Jong Kook Oppa.. Oppa, next year i try simpan duit banyak-banyak ok.. Kita dating kat Nami Island tau (amik feel Winter Sonata). I belanja u makan ais kacang dengan laksa. Kalau u tak habis, kasi i je habiskan semua makanan tu..hahahaha..(secara dasarnya aku tak la sampai verangan tahap ni). Kim jong Kook datang Malaysia 2 kali pun aku buat tak tahu je. Cukup-cukup la setakat layan running man dekat la laptop tapi kalau dapat jumpa apa salahnya kan?kan?
|
Kegilaan ramai |
Setelah kecewa tak dapat ke Korea Selatan, aku pon godek-godek la website AirAsia. Ntah macam mana aku berasa seperti 'dirasuk' untuk booking tiket ke Guangzhou. Padahal aku tak tau satu habuk pon pasal Guangzhou. Waktu tu AirAsia tengah buat promosi. Atas dasar menebus kekecewaan, aku dan Cik DA membuat keputusan untuk booking je tiket ke Guangzhou.Tiket return untuk seorang berharga RM450 termasuk luggage. Bagi aku memang murah la.. Aku ingat lagi Cik DA nak sangat ke negara 4 musim. Demi memenuhi impian beliau, aku sanggup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang bagi menemani Cik DA. Berat badan aku turun 500 gram gak la time tu sebab tak dak duit nak makan. Cik DA, sila ingat ye jasa dan pengorbanan kawanmu ini. Kalau tak ingat, aku bagi bocoq rahsia hang..Amboiihh..kemain aku ugut!hahaha..
Sampai sini jela ek..Next entri aku akan story sket persediaan yang aku buat memandangkan trip kali hanya aku dan Cik DA je yang join. Tata.....
|
Sian Cik DA |
No comments:
Post a Comment