Dulu-dulu aku rajin jugak drawing dan painting.. Bukan bermakna aku ni memang terror tapi sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang sahaja. Tidak bermakna orang yang really good in art sahaja boleh berbuat demikian. Aktiviti ni kadang-kadang boleh hilangkan stress.
Dulu-dulu masa kita kecik-kecik, aku yakin semua orang mempunyai hobi menconteng dinding rumah atau dinding sekolah. Masa tadika aku suka lukis orang terutama family aku. Part rambut mak aku, aku akan buat kerinting sikit. Kasi real! Yang pasti, abang aku akan lukis gambar orang lidi sebab dia memang tak reti lukis..hahaha.. Arwah abah aku akan jadi juri dan pengkritik tetap. Pernah sekali aku masuk pertandingan mewarna peringkat sekolah-sekolah Kulim Bandar Baharu sewaktu darjah tiga. Cikgu kelas panggil aku dan beri lukisan bergambar yang hanya perlu diwarnakan sahaja. Balik rumah, aku bagi lukisan tu kat abah aku. Aku suruh dia je yang warnakan..hahaha. Tapi tiada rezeki aku di situ..
#Contoh lukisan mak aku waktu aku tadika
Rambut dan tahi lalat kat dagu paling penting! |
No comments:
Post a Comment