Entri ini tiada kaitan dengan my future husband.
Harap maklum!
Hew hew hew...
Aku ada kawan yang meminta supaya aku bercerita tentang kehidupan di Semporna. Tarik nafas dulu... lepas slow-slow.. Okeh, aku dah ready untuk bercerita. Sudah hampir 3 bulan aku mengajar di sebuah daerah Semporna yang bersempadan dengan Filipina dan Indonesia. Daerah yang dulunya aku tidak kenal langsung akan kedudukan geografi, sosial, ekonomi dan budayanya. Kini, aku mula belajar akannya sikit demi sikit. Alhamdulillah, aku dah boleh sesuaikan dengan keadaan di sini.
Dulu aku pernah mengajar selama dua tahun di ibu kota Kuala Lumpur dan menjalani latihan praktikal di Putrajaya. Pengalaman mengajar di bandar ternyata sangat berbeza dengan Semporna. Aku masih ingat kata kawan sekelas aku. Dia risau dan takut sekiranya dia tak mampu menjadi seperti guru dalam filem Sang Pemimpi dan mengajar di sekolah ala-ala era 80an. Siapa sangka, rezeki dia sekarang di salah sebuah sekolah di Kudat. Sekolahnya terletak di Pulau Banggi dan terpaksa menaiki bot atau feri untuk ke sekolah setiap hari. Nasib aku kira agak baik sebab tidak perlu menaiki bot untuk ke sekolah. Syukran!
Aku akui, perbezaan budaya, sosial dan persekitaraan buat aku menangis pada awal 2 minggu pertama di Semporna. Minggu kedua berada di Semporna, aku dan kawan-kawan stress disebabkan rumah sewa kami tiada air selama hampir seminggu. Terpaksa aku dan kawan-kawan menjadi kambing sekejap. Atas belas kasihan PK HEM sekolah aku yang juga merangkap jiran rumah, kami follow dia naik atas hilux dan pergi angkut air waktu malam. Bila ingat balik rasa nak tergelak pun ada. Kemudian, time hujung minggu kami keluar seharian ke pekan semata-mata tak nak balik rumah sebab rumah tiada air. Phewwww.. Akhirnya kami sepakat berpindah ke taman perumahan yang tiada masalah air. Selesai masalah!
Mula-mula pindah ke sini, kami dijaja dengan cerita mengenai peristiwa berdarah di Semporna pada tahun lepas.. Seram jugak la aku dengar tapi bak kata abang aku, kematian dekat mana-mana pun boleh terjadi. Berserah je pada Allah and everything will be fine! Kepada insan-insan yang aku sempat mengadu masalah , terima kasih kerana sudi mendengar. Malu pulak sebab over mengadu.
Kebanyakkan penduduk di Semporna berbangsa Bajau. Ada juga yang berbangsa bugis dan lain-lain. Awal-awal masuk sekolah, ada budak tanya aku. Kemain laju dia bercakap. Then aku reply, boleh ulang sekali lagi ka? Saya tak faham apa yang kamu cakap? Boleh tak cakap slow-slow? Dulu aku budget aku je yang cakap over the laju tapi rupa-rupanya ada orang berjaya mengatasi kepantasan aku bercakap. hew hew hew... Lama-lama dah boleh catch up sikit-sikit. Part paling best, aku dan roommate aku orang utara tapi kadang-kadang kami berdua tercakap dialek Sabah semasa kami. Aduhaiiii.. Sudah terbiasa bha.
Cuaca di Semporna agak panas. Mungkin disebabkan berdekatan dengan pulau tapi bila waktu malam, merasa juga angin laut yang sepoi-sepoi bahasa tu. Nyaman! Sekali tu, aku dan roommate aku ditugaskan menjaga sukan peringkat daerah Semporna. Seminggu kami berada di padang bertugas menjadi pengadil balapan. Kesannya kulit kami berdua dah ala-ala warganegara Afrika. Bila check pengukur tona warna kulit, aku dah berubah 7 tona warna. Masing-masing tergelak tengok kulit sendiri. Seumur hidup tak pernah gelap sebegitu. Kah kah kah.. Masuk sekolah, pelajar mula menegur, kenapa cikgu jadi hitam? Jenuh aku tempek bedak 5 lapis tapi tiada effect pun.. Lepas tu mula la operasi pakai masker lemon campur oat la, yogurt la dan tiap malam aku tempek bedak sejuk. Pas seminggu lebih dah nampak sedikit perubahan.
Cikgu di sana pernah berpesan, jangan terlalu mengharapkan yang lebih dengan pelajar kamu. Aku tak pernah menduga pun akan dapat pelajar yang masih tidak boleh membaca walaupun berada di tingkatan 5. Yang pasti, aku akan cuba bagi yang terbaik.. Atleast they learn something from me. Jumlah A tidak menjanjikan bagusnya seorang guru itu. Yang penting, siapa kita pada mata pelajar. Betapa istimewanya anak-anak Semporna berbanding anak-anak di semenanjung.
Bangau-bangau, Bum-Bum dan Tampi-Tampi merupakan antara nama sekolah yang terdapat di Semporna. Kata seorang penduduk tempatan, di Semporna memang suka letak nama tempat ganda dua. Katanya, orang sini suka kahwin ramai sebab tu nama tempat pun diganda dua. Boleh pulak macam tu kan???hahahaha.. Tapi memang si Semporna banyak lelaki yang kahwin lebih daripada satu termasuklah Pak Cik Raspand orang kaya Semporna. Aku suka tengok rumah beliau yang serba mewah dan besar gedabak itu. Sempat seorang pelajar melawak dengan aku. 'Cikgu, anak pak cik Raspand ada yang masih bujang. Cikgu nak tak?'. Erkkkk.....
Rumah pak cik Raspand yang menjadi idaman setiap insan |
Yeah! terbaek.. kan dah cakap dah.. ;)
ReplyDeleteterima kasih jelah jadi antara kawan tempat mengadu..sekarang hati dah kebal ye..no more mengadu domba..hahahaha..
DeleteSuka baca blog ni. I'm academician too and love teaching so much. Bila niat kita baik insyaAllah akan dipermudahkan segalanya. Good luck.
ReplyDeleteThanks..
DeleteSaya pun berfikir perkara yang sama..Nak buat sesuatu mesti dimulakan dengan niat yang baik. Insyaallah everything will be ok!
Terbaik
ReplyDelete