Total Pageviews

Saturday, 21 June 2014

English Fest 2014

Assalamualaikum readers. 

 

Hari ni rasa a bit teruja plus sedikit letih. Sekolah ganti kan uolss. Walaubagaimanapun, aku tak ke sekolah pun tapi aku and the geng terlibat dengan English Fest di Sekolah Menengah Bum Bum di Pulau Bum Bum. Pulau okeh! Kena naik bot uolls.. 


Actually, English Fest memang dijalankan setiap tahun dan kali ni Sek Men Bum Bum yang jadi tuan rumah. Untuk pengetahuan uolls, Sek Men Bum Bum ni satu-satunya sekolah menengah di Semporna yang terletak di pulau. Aktiviti yang dijalankan semasa English Fest adalah singing competition bagi kategori solo dan duet. Selain itu, setiap sekolah perlu membuka booth dan kendalikan aktiviti yang boleh menarik pelajar untuk join. Booth yang paling terbaik akan dikira sebagai pemenang.

 

 




Untuk kali ni, aku diberi tugas untuk train pelajar menyanyi. Aku ambil cabaran ni sebab bila lagi nak gunakan peluang yang ada kan. Lagi tambah bersemangat bila aku dapat tahu yang sekolah aku tak pernah menang lagi. Sebelum cuti pertengahan tahun, aku dah buat audition untuk pilih peserta yang terbaik. Kemudian, aku search lagu yang sesuai dengan suara penyayi dan akhirnya lagu Set fire to the rain dipilih untuk kategori solo dan My heart will go on pula akan dinyayikan bagi kategori duet. Sebenarnya aku bukan tau pun pasal muzik ni.. Kira hentam sajalah!hahaha.. Janji penyayi ikut tempo dan tak menyayi ke laut sudah lah.. :)


Pukul 6.10 pagi lagi kami dah berkumpul di jeti. Memandangkan ada 7-8 buah sekolah yang akan menyeberang ke Pulau Bum Bum juga, maka kami tiba agak lewat kerana terpaksa menunggu giliran. Time ni rasa panas hati jugak la... Sian tengok students aku berpeluh-peluh menunggu. Bila dah naik bot, tepaksa pula tunggu giliran van untuk ke Sek Men Bum Bum. Perjalanan dari jeti Pulau Bum Bum ke Sek Men Bum Bum mengambil masa selama 10 minit. Aku tabik spring kepada guru-guru yang terpaksa menempuh perjalanan seumpama ini nak ke sekolah. Nak pijak tangga jeti pun dah rasa scary. Aku dengar ada kes sebelum ni cikgu jatuh laut sebab tergelincir time nak pijak tangga jeti. Alangkah  besarnya pengorbanan seorang guru!







\









Disebabkan aku and the geng ni jenis otak gila-gila dan ceria selalu maka kami nak create aktiviti yang unik serta mampu menarik pelajar untuk join. Kalau sebelum-sebelum ni guru-guru banyak buat aktiviti seperti main dam, teka silang-kata, music chair dan seangkatan dengannya. Kali ini, kawan aku Encik I yang ditugaskan untuk handle bahagian booth telah berjaya mengeluarkan idea untuk menghasilkan sebuah rumah ala-ala rumah hantu yang dikenali sebagai 'Fun House'. Apa yang aku perhatikan, dekat Semporna ni macam tiada fun fair je.. So, inilah peluang untuk mereka rasa rumah hantu percuma and at the same time mereka belajar bahasa inggeris sepanjang berada di dalam Fun House. Kami bahagikan kepada beberapa check point dan setiap check point, pelajar akan diberi soalan dan mereka perlu menjawabnya. Time ni la pelajar sekolah aku yang bertelekungkan kain sembahyang (hantu telekung) cuba mengganggu konsentrasi pelajar ketika menjawab soalan. Tak lupa, kami memasang ghost sound bagi menambah perasa Fun House. Hasilnya, berebut-rebut pelajar nak masuk.. Siap beratur panjang lagi! Curlass kau Jah......


 

Pertandingan nyayian pula bermula pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 10.00 pagi. Lagu-lagu yang dibawa oleh kebanyakkan pelajar memang best. Antaranya lagu Dont Speak(Pink), To love you more (Celine Dion), Let it go dan lain-lain. Berdasarkan pemerhatian aku, orang Sabah ni memang mempunyai kualiti suara yang mantap! Rasa macam tengok concert artis pun ado..









hantu telekung sedang mencari mangsa!hahaha






Macam banyak pulak nak stori. So aku pendekkan jela ek.. Macam malas nak tulis banyak-banyak. Lebih kurang pukul 11.00 macam tu, mereka umumkan bagi anugerah booth pilihan. Akhirnya sekolah aku berjaya memenangi The most outstanding Language Booth. Wow! Kembang kempis hidung Encik I time naik stage. hahahaha...

 

 










Kemudian diumumkan keputusan pertandingan menyayi kategori solo. Sekolah aku tak berjaya merangkul apa-apa nombor. Aku tetap berpuas hati dengan persembahan  yang diberikan oleh pelajar aku. Pada aku suara dia ada keunikkannya sendiri. Sekali dengar suara dan cara nyayiannya ala-ala Fatin Shidqia pemenang X-Factor Indonesia. Mungkin juri lebih suka mendengar suara yang ala-ala Siti Nurhaliza mahupun Rossa maka tiada rezeki di situ. Untuk kategori duet, aku jujurnya tidak meletak harapan yang tinggi untuk memenangi pertandigan ini. Tapi sudah rezeki pelajar aku, akhirnya mereka berjaya mencipta rekod baru sekolah apabila berjaya merangkul tempat pertama bagi kategori duet. Bagi aku saingan sangatlah sengit cuma terdapat kesilapan seperti terlupa lirik dan berlaku masalah teknikal yang mungkin menyebabkan markah dipotong.



















Sampai sini jela. Kalau berkesempatan lagi, kita jumpa di English Fest 2015.




Bye uolls...










#Sebagai ganjaran, aku hadiahkan shawl, blouse dan accessories yang mereka pakai sewaktu pertandingan nyayian berlangsung. Gembiranya mereka bila aku cakap macam tu!

2 comments:

  1. comelnya nama sekolah! bum bum. =))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Semporna mostly nama sek atau nama tempat ganda dua.. Macam Bum Bum, Bangau Bangau, Tampi Tampi etc.. Kata orang, orang sini suka kahwin lebih dari satu. Sebab tu nama tempat pun ganda dua..hehehehe :)

      Delete