Total Pageviews

Friday 11 December 2015

Thailand Trip 2015 Day 3: Ayutthaya

Cuaca di Thailand sangat panas. Hampir semua tempat aku rasa sangat panas kecuali di Hatyai. Rasa sedikit lembap disebabkan oleh hujan. Balik je trip Thailand ni, habis sunburn muka aku. Berbalik pada cerita asal, hari ketiga aku check out awal pagi untuk ke Ayutthaya.

 

Dari hostel, aku ke MRT Sukhumvit dan beli tiket ke stesen Hua Lamphong. Tiket berharga 28 baht. Sampai stesen, terus ke kaunter beli tiket ke Ayutthaya, 3rd class seat berharga 15 baht. Train yang aku beli bernombor 201 iaitu  pada pukul 9.25 pagi. Kalau beli 3rd class seat bermakna anda bebas duduk di mana-mana sahaja. Kalau seat full, memang terpaksa la berdiri. Perjalanan dijangka memakan masa selama 2 jam.



















Di stesen keretapi Hua Lamphong ada gerai makanan halal. Aku tapau siap-siap nasi kuning dengan ayam goreng (45 baht). Risau dekat Ayutthaya susah nak mencari makanan halal. Kak yang jual nasi kuning ni orang Patani. Dia boleh kecek melayu. Kemain aku ber'speaking', sekali dia balas dalam bahasa melayu. Malu sendiri.







Mak cik ni tengah syok layan angin sepoi-sepoi bahasa dekat tangga keretapi. 



Aku share sikit kisah pasal Ayutthaya. Ayutthaya berkedudukan 85km di utara Bangkok. Ayuttaya adalah bandar kecil yang terletak di wilayah Ayutthaya dan dihuni oleh lebih daripada 50000 orang penduduk. Ayutthaya dijumpai oleh King U Thong pada tahun 1350. Lebih kurang dalam tahun 1700, Ayutthaya telah dihuni oleh 1 000 000 penduduk, di mana pada ketika itu Ayutthaya di merupakan bandar yang terbesar. Malangnya, pada tahun 1767 Ayutthaya telah musnah dan menyebabkan kejatuhan kerajaan Ayutthaya. 


Selain itu, Ayutthaya merupakan sebuah pulau yang dikelilingi oleh aliran pertemuan 3 buah sungai iaitu sungai Chao Phraya, sungai Lopburi dan sungai Pa Sak. Mostly, traveller datang ke Ayutthaya nak melihat hasil tinggalan kuil. Antara kuil yang terkenal adalah Wat Phra Maha That (kuil terpenting semasa kegemilangan Ayutthaya) dan Wat Phra Si Sanphet (kuil terbesar di Ayutthaya).


Pukul 11.30 pagi aku tiba di Ayutthaya. Terus check in di  Baan Are Gong Riverside Homestay. Harga bilik semalam RM47. Tempat penginapan aku hanya 200 meter dengan stesen keretapi Ayuttahaya dan berdekatan juga dengan jeti untuk ke seberang. Cuaca time tu memang panas gila. Dah la aku book bilik yang ada kipas je. Memang serba tak kena jadinya. Bilik aku pulak sebelah rumah kosong yang ditinggalkan. Nampak macam scary woooo...




Tompokan putih apakah di dalam gambar di atas?Adakah makhluk halus?





Tandas bersih.





Buka tingkap bilik nampak benda alah ni. Scary kan? 




Around pukul 2 petang, aku ke tempat menyewa basikal. Ambil normal basikal je. Sewa sehari 50 baht sampai pukul 7.00 malam je. Then terus bawa basikal ke jeti untuk ke seberang. Part ni paling mencabar. Nak mengangkat basikal naik tangga memang menguji stamina. Peluh sebaldi! Kalau nak sewa basikal di pulau pun boleh. Harga lebih kurang 40 baht. Tambang untuk ke seberang adalah sebanyak 5 baht. Kalau bawa basikal, kena caj lagi 5 baht. Before start cycling, jangan lupa dapatkan map dulu. 







Peta Ayutthaya. Boleh dapatkan secara percuma di tempat penginapan masing-masing or di tempat menyewa basikal.






Aku round Ayutthaya sesuka hati je. Konon-konon nak release tension sebab dah lama tak berbasikal. Almost 3 hours jugak aku cycling sampai give up tak jumpa jalan balik. Tu lah akibatnya cycling tak tengok map.

Tengah berbasikal tu boleh nampak banyak binaan kuil di tepi jalan. Ada yang masih utuh dan ada yang hanya tinggal sipi-sipi je binaannya. Ada satu kuil je yang aku masuk iaitu Wat Maha Tat. Tiket masuk berharga 50 baht.








Surnburn 




Wat Som



Singgah beli ice green tea. Seriously,  Cha Payom punya green tea paling terbaik sepanjang aku di Thailand. Dah la harga semua jenis minuman 25 baht je. Minum time matahari atas kepala, memang terasa nikmat yang luar biasa. Yang pelik, sepanjang dekat Bangkok tak nampak plak kiosk Cha Payom ni. 








Boleh baca info mengenai Wat Maha Tat di sini















Dekat luar Wat Maha Tat ni ada gerai jual souvenir. So, memang mencari-cari la fm Ayutthaya. Kalau fm tulis Thailand semata-mata or Bangkok, memang tak nak la aku beli. Akhirnya masa nak balik tu jumpa jugak. Sebijik berharga 20 baht. At least ada jugak something unique yang aku beli dekat Ayutthaya. Lupa nak inform, jangan terkejut kalau round Ayutthaya boleh jumpa banyak kedai muslim. Try la round Ayuttaya semaksimum mungkin, insyaallah jumpa banyak kedai muslim di sepanjang jalan. 





Ada satu lagi info yang aku dapat. Pelajar universiti perlu memakai uniform setiap hari ke kuliah. Pakaian seperti dalam gambar di atas. Warna yang sama juga dipakai oleh pelajar sekolah. Cuma kalau tak salah yang berbeza dekat button baju kot! Perbezaan yang lain aku tak perasan sangat. Patut la aku pelik masa dalam train tengok budak sekolah kemain ber'make up' dan bertindik. Rupanya student universiti. 













#Walaupun di Ayutthaya banyak wat, 'are wat' dekat Kedah jugak menjadi poojaan hati.







No comments:

Post a Comment